Rabu, 27 Jun 2018

Amalan Istimewa yang Diajarkan Rasulullah Kepada Sayyidah Fatimah



Berikut ini penggalan ceramah Ustaz Muhammad bin Alwi Bsa dalam acara peringatan Maulid Nabi yang diselenggarakan oleh Paguyuban Sabilulungan di Bandung Jawa Barat, Senin (9/2) kedudukan dan amalan istimewa Sayyidah Fatimah:


“…..sebelum saya akhiri di sini, ada adik-adik kita, anak-anak kita, akan saya sampaikan sesuatu supaya ada yang kita bawa pulang dan mulai kita praktikkan apa yang diajarkan Rasulullah.
Rasulullah punya anak yang paling beliau cintai namanya Siti Fatimah. Disebutkan dalam hadis Bukhari, Siti Fatimah menurut Rasulullah, adalah sepenggal dari beliau, dan pemimpin penghuni surga dari kaum wanita. Rasulullah sangat mencintainya.

Siti Fatimah pun juga sangat mencintai Rasulullah. Sehingga beliau pernah berkata ‘dunia kalian ini yang kucintai hanya tiga’. Apa itu? ‘Pertama, melihat wajah Rasulullah. Kedua, membaca kitab Allah. Ketiga, berinfak di jalan Allah’.

Yang ingin saya sampaikan adalah satu amalan yang diamalkan Siti Fatimah atas perintah Rasulullah. Kita akan pulang dan kita akan praktikkan malam ini. Supaya bukti cinta kita kepada Rasulullah dalam acara ini, ada sesuatu yang kita bawa pulang.

Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.
Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau  tidur.  Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu

Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran.  Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat.  Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat  dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran. Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat. Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu. Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallahwalhamdulillahwa Laa Ilaha Illallahwa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada putrinya Fatimah. Dan mari kita amalkan dan ajarkan kepada anak-anak kita:

1.     Membaca  Qulhuwallahu Ahad (Al-Ikhlas) 3 x.
2.     Shalawat kepada para Nabi (Allahumma Shalli ala Muhammad wa Ali Muhammad wa Alal Anbiya-i wal Mursalin).
3.     Mendoakan kaum Muslimin (Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat).
4.     Kemudian membaca (Subhanallah, wa-Alhamdulillah wa Laa ilaa ha Illallah wa-Allahu Akbar).

Kita mulai praktikkan malam ini dan ajarkan kepada anak-anak kita.  Dengan menghadiri Maulid seperti ini kita menghidupkan sunnah Rasulullah, kita mulai untuk kita, anak-anak kita, keluarga kita, bagaimana sebelum tidur mengamalkan apa yang diajarkan Rasulullah kepada putrinya Siti Fatimah.” (Malik/Yudhi)



























Khasiat Selawat



1. Sabda baginda Rasulullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)


2. Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

3. Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani

4. Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-

  1. Melaksanakan perintah Allah.
  2. Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
  3. Bersamaan dengan selawat para malaikat.
  4. Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
  5. Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
  6. Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
  7. Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
  8. Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
  9. Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
  10. Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
  11. Allah akan menutupi segala dukacita.
  12. Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
  13. Mendapat darjat al-Sidq.
  14. Ditunaikan segala hajat.
  15. Salam sejahtera pada hari kiamat.
  16. Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
  17. Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
  18. Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
  19. Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
  20. Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
  21. Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
  22. Tidak akan merasai fakir.
  23. Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
  24. Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
  25. Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
  26. Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
  27. Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  28. Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
  29. Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
  30. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
  31. Mendapat keberkatan daripada Allah.
  32. Mendapat kesempurnaan iman.
  33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
  34. Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.

35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
  1. Teguh pendirian dengan kebenaran.
  2. Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
  3. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
  4. Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
  5. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
  6. Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
  7. Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.