Jumaat, 16 Ogos 2019

Khasiat Selawat Tafrijiyah

Mencari kelebihan selawat Tafrijiyah? Sebelum itu, kenapa kita dianjurkan untuk berselawat kepada Nabi Muhammad saw? Jawapannya adalah kerana Allah s.w.t telah memerintahkan hamba-hambanya supaya berselawat dan mengucapkan salam ke atas Nabi s.a.w dengan berfirman dalam Surah al-Ahzab,

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya, “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi Segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang Yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi serta ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. (Surah al-Ahzab ayat 56)
Sebagai umat Nabi Muhammad saw, selawat adalah salah satu cara untuk kita membuktikan kecintaan serta tanda ingatan kita kepada junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Amalan berselawat ini bukan sahaja diganjari rahmat daripada Allah swt, malah terdapat banyak lagi yang kita peroleh bukan sahaja di dunia malah di akhirat.
selawat
Imej via junablogg
Antara kelebihan berselawat adalah:
1) Diampunkan dosa
Dari Anas bin Malik ra, beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,
مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ
Maksudnya, “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” (HR An-Nasa’i)
2) Mendapat Syafaat Rasulullah saw di Akhirat
Dari Ibn Mas’ud ra, bahawa Nabi saw bersabda,

أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً

Maksudnya, “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari qiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (HR at-Tirmizi)
3) Terhindar dari Dukacita
Ketika Ubai bin Ka’ab r.a. berkata bahawa beliau akan jadikan semua masa berdoanya untuk berselawat kepada Nabi saw, Baginda bersabda yang bermaksud, “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu.” (HR Imam Ahmad & at-Tirmizi)

Apa Itu Selawat Tafrijiyah?

Selawat Tafrijiyyah juga disebut sebagai Selawat Nariyah atau Selawat Kamilah yang membawa erti sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Harapnya, jika selawat ini diamalkan, ia dapat menghilangkan kesempitan yang kita hadapi dengan izin Allah swt.
Selawat Tafrijiyah adalah antara selawat yang terkenal diamalkan oleh sebahagian para ulama. Selawat ini juga dikenali sebagai Selawat at-Tafrijiyah al-Qurthubiyyah (dinisbahkan kepada Imam al-Qurtubi), dan ada juga ulama yang menisbahkannya kepada Imam ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Imam al-Husain.
Menurut Dr Rozaimi Ramle, selawat tafrijiyah tidak ada dalam mana-mana riwayat hadis. Kerana selawat itu adalah suatu lafaz yang khusus, iaitu “Allahumma solli a’la Muhammad” atau “Sollallahu a’laihi wasallam”. Manakala, doa-doa yang dibaca selepas selawat itu adalah sebagai salah satu amalan tawasul kepada amal soleh. (Sedutan ceramah boleh didengar di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=_KCfHeEF7cE)
Selawat tafrijiyah memang sarat dengan doa yang kita mohon kepada Allah swt agar dilapangkan dari kesempitan, dicapaikan segala hajat dan juga diberi husnul khatimah.

Lafaz dan Makna Selawat Tafrijiyah

اَللَّهُمَّ صَلِّى صَلاتًا كَامِلَةً، وِسَلِّمْ سَلَامًا تَآمًا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الَّذِي تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْقُرَبُ، وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَآئِجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَآئِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيمِ، وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْم، وَعَلَى اَلِهِ وصَحْبِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna, dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad saw, yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu, dan terbukanya kesempitan, serta didatanginya semua hajat, dan diperoleh semua pemberian, serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya), dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan Baginda.
(Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam”.

Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah

Seperti yang telah dinyatakan di atas, Allah swt memerintahkan kita berselawat kepada junjungan mulia Nabi Muhammad saw. Malah, banyak kelebihan yang kita peroleh daripada amalan selawat.
Namun bagi selawat tafrijiyah, seperti mana maksudnya iaitu sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang, maka selawat ini ibarat satu doa yang kita panjatkan kepada Allah swt agar dapat mengeluarkan kita daripada kesempitan yang kita hadapi.
Walaupun terdapat kenyataan berkenaan amalan membaca selawat tafrijiyah sebanyak 100 kali akan menghilangkan kesedihan manakala, membacanya sebanyak 4444 kali akan tercapai segala hajat.
Tetapi, pada hemat penulis, saranan membaca selawat sebanyak sebanyak 100 kali dan 4444 kali ini adalah daripada orang-orang wara’ yang mengajak masyarakat untuk amalkan selawat kepada Nabi Muhammad saw. Malah selawat tafrijiyah ini juga mengandungi banyak doa yang kita panjatkan kepada Allah swt. Sememangnya ia suatu selawat yang baik untuk kita amalkan.
Namun begitu, adalah lebih baik jika kita berselawat seikhlas hati kerana Allah taala tanpa perlu mengehadkan bacaan selawat itu kepada jumlah-jumlah tertentu. Seperti mana dalam hadis Nabi saw, Ubai bin Ka’ab r.a. berkata,

يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي أُكْثِرُ الصَّلَاةَ عَلَيْكَ فَكَمْ أَجْعَلُ لَكَ مِنْ صَلَاتِي قَالَ مَا شِئْتَ قُلْتُ الرُّبُعَ قَالَ مَا شِئْتَ وإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْتُ فالنِّصْفَ قَالَ مَا شِئْتَ وَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قَالَ قُلْتُ فَالثُّلُثَيْنِ قَالَ مَا شِئْتَ وَإِنْ زِدْتَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكَ قُلْتُ أَجْعَلُ لَكَ صَلَاتِي كُلَّهَا قَالَ إِذن تُكْفَى هَمَّكَ وَيُغْفَرُ لَكَ ذَنْبُكَ

Maksudnya: “Ya Rasulullah! Aku banyak menggunakan masa berdoa, memohon rahmat untuk diriku, sekarang aku hendak untukkan masa berselawat bagi tuan maka sebanyak mana yang elok aku untukkan?”;
Baginda s.a.w., menjawab: “Sekadar mana yang engkau suka”;
Aku berkata: “Aku hendak untukkan sesuku dari masaku”;
Baginda s.a.w., bersabda: “Sekadar mana yang engkau suka, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau begitu aku untukkan setengah dari masaku”;
Baginda s.a.w bersabda: “Suka hatimulah dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “Kalau demikian, aku untukkan dua pertiga dari masaku”;
Baginda s.a.w., bersabda: “Suka hatimulah, dan jika engkau lebihkan lagi, maka itu lebih baik untukmu”;
Aku berkata: “(Kalau begitu) aku jadikan masa berdoaku semuanya untuk berselawat kepada tuan”;
Baginda s.a.w., bersabda: “Jika demikian, terpeliharalah dan terselamatlah engkau dari apa yang mendukacitakan dan membimbangkanmu, sama ada perkara dunia mahu pun perkara akhirat dan diampunkan dosamu. (HR Imam Ahmad & at-Tirmizi)

Kesimpulan

Selawat tafrijiyah mengandungi banyak doa kepada Allah swt agar kita diberi kelapangan, dipenuhi segala hajat, diberi pengakhiran hidup yang baik serta ucapan selawat kepada Nabi saw serta keluarga Baginda agar mereka dilimpahkan rahmat serta kesejahteraan yang sempurna daripada Allah swt.
Ucapan selawat tafrijiyah ini mungkin sedikit panjang untuk dihafal. Oleh itu, anda boleh tulis ucapan ini pada sekeping kertas dan selitkan kertas tersebut di dalam al-Quran, mudah-mudahan, bila anda membuka al-Quran untuk mengaji, anda boleh membaca selawat tafrijiyah ini. Ataupun dengan kemudahan telefon pintar, anda boleh simpan gambar teks selawat tafrijiyah ini di dalam telefon pintar anda.
Amallah bacaan selawat ini sebanyak mana yang kita mampu. Tidak perlu mengehadkan bacaan ini pada jumlah-jumlah tertentu. Mudah-mudahan amalan kita semua diterima oleh Allah swt.

Artikel Menarik Lain

Bagaimana dengan artikel berkenaan Selawat Tafrijiyah yang dikongsikan? Anda dapat manfaat?
Jangan lupa untuk like dan share ya. Selain artikel di atas, kami juga menulis artikel lain untuk anda baca iaitu:













Khamis, 15 Ogos 2019

7 Zikir Dan Doa Yang Perlu Diamalkan Setiap Hari

7 Zikir Dan Doa Yang Perlu Diamalkan Setiap Hari



Zikir


Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan atas kamu semua 7 Laluan Jalan dan kami sama sekali tidak akan lengah terhadap ciptaan Kami.”
Al-Mu’minuun, ayat 17
1.   TASBIH
سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته
     “Subhaanallah wabihamdihi ‘adada holqihIi wa Ridha nafsihi  wa zinatan ‘arsyihi
wa midada kalimaatihi”
2.   ZIKIR
لا إله الا الله وحده لا شريك له، له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
     “Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariikalahu Lahul Mulku Wa lahul Hamdu  Wa huwa ‘alaa  Kulli syai’in Qodiir”
3.  PENGHULU ISTIGHFAR
اللهم أنت ربي لا اله الا انت خلقني وانا عبدك، وأنا على عهدك ووعدك مااستطعت،أعوذ بك من شر ما صنعت، ابوء لك بنعمتك علي، وابوء بذنبي، فاغفرلي فإنه لا يغفروا الذنوب إلا أنت.
     “Allaahumma Anta Rabbi Laa ilaaha illaa Anta Kholaqtani wa anaa
abduka Wa ana ‘alaa ‘ahdiKa Wa wa’diKa mas tatho’tu Aa’uudzu biKa min   Syarri maa sona’tu            Abuu’u laKabinikmatiKa ‘alayya Wa abuu’uu bidzanbi Faghfirliy Fainnahu laa yagfirudz dzunuu
ba illaa Anta…”
4.   DOA
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الاخرة حسنة وقنا عذاب النار
    “Rabbanaa aatinaa fid dunyahasanah  Wa fil aakhirati hasanah Wa qinaa ‘adzaabannaar”
5.  AMALAN DOA MENGHINDARI BALA
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم.
    “Bismillaahil ladzii  laa yadhurru ma’asmihii syai’un fil ardhi walaa fis samaa’  Iwa Huwas Samii’ul ‘Aliim”
6.  DOA MENGHINDARI BENCANA
لا اله الا انت سبحانك اني كنت من الظالمين
     “Laa ilaaha illaa Anta SubhaanaKa innii  Kuntu minadz dzoolimiin”
7.   DOA PENENANG
لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
     “Laa haula walaa  quwwata illaa billaahil ‘Aliyyi ‘Adziim “

Share For Saham Akhirat.
#AlMukhlisin




























Rabu, 7 Ogos 2019

Khasiat Ayat Qursy

*DASYATNYA AYAT KURSI*       

Bunyinya :         
📿Allaahu-laa-ila ha illa-huwal Haiyul Qayyum 
📿La-ta'-Khu-dzuhuu-Sinatun Wala naumun
📿Lahuu-maafis-samaawaati wama fil Ardhi 
📿Man-dzal-la-dzi, Yash-fa-'u, 'in-dahuu il-la-biiznihi 
📿Ya'lamu maabaina Aidiihim wa-maa khal-fahum 
📿Walaa Yuhiituuna Bisyai-in, Min 'ilmihi il-la bima Syaa-a 
📿Wasi-a' Kursi-yuhuss Samaawaati wal Ardha       
📿Walaa-ya uu-duhuu hif-dzu-huma wa hu wal' Aliyul Adzim'         
💡 *Baca pada saat keluar rumah* 70000 Malaikat akan menjagamu.
💡 *Baca pada saat masuk rumah* kemiskinan tak akan masuk ke dalam rumahmu. 
💡 *Baca setelah berwudhu* darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat.
💡 *Baca pada saat hendak tidur* malaikat akan menjagamu sepanjang malam.         
💡 *Baca setelah sholat* maka jarak antara kamu dan Syurga hanyalah kematian.         
🌸SAMPAI KEPADA ORANG LAIN, MAKA INI ADALAH SEDEKAH JARIAH DAN PADA SETIAP ORANG YANG MENGAMALKANNYA KAMU AKAN IKUT MENDAPAT PAHALANYA SAMPAI HARI KIAMAT🌸

Selasa, 6 Ogos 2019

17 Keutamaan Laa Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah

17 Keutamaan Laa Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah




Dalam kehidupan sehari hari, tentunya ada masa dimana manusia merasa berat dan merasa lelah, salah satu cara untuk mengatasinya yakni dengan berdzikir untuk memohon kekuatan pada Allah, dzikir tersebut bertujuan untuk memberikan ketenangan dan memohon jalan keluar, berikut salah satu dzikir terbaik yang memiliki 17 keutamaan, yakni laa hawla wa laa quwwata illa billah, berikut selengkapnya.
ads
1. Bekal di Surga
Suatu ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda pada ‘Abdullah bin Qois, “Wahai ‘Abdullah bin Qois, katakanlah ‘Laa hawla wa laa quwwata illa billah’, karena ia merupakan simpanan pahala berharga di surga” (HR. Bukhari no. 7386). Dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah merupakan dzikir yang penuh kebaikan hingga nantinya bisa menjadi jalan untuk mendapat hal berharga di surga sebab itulah pengaruh dzikir terhadap jiwa.
2. Meningkatkan Rasa Taat
Ibnu Mas’ud berkata,“Tidak ada daya untuk menghindarkan diri dari maksiat selain dengan perlindungan dari Allah. Tidak ada kekuatan untuk melaksanakan ketaatan selain dengan pertolongan Allah.” Dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah akan memberikan rasa taat yang lebih sebab menyadari secara langsung pertolongan dan perlindungan dari Allah sebagai wujud kasih sayang Allah kepada hambaNya.
3. Akhlak Mulia
Dari Abi Musa Al-Asy’ari radhiallahu anhu ia berkata: Rasulullah shallallahu alaihi wasallam berkata kepadaku: “Maukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga?”, Maka aku menjawab: “Tentu, wahai Rasulullah”. Maka beliau menjawab: “Ucapkanlah Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah” Jelas bahwa dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah merupakan akhlak mulia yang sering dilakukan orang sholeh yang memahami alasan pentingnya akhlak mulia menurut islam.
4. Melindungi dari Bahaya
Suatu ketika di jaman dulu dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah memberikan pertolongan untuk lepas dari bahaya sebab termasuk keutamaan berdzikir kepada Allah, yaitu Suatu ketika Al Asyja’i melaporkan kepada Rasulullah saw bahwa anaknya yang bernama Auf telah ditawan oleh musuh. Maka Rasulullah berpesan kepadanya agar Al Asyja’i mengutus seseorang untuk menemui anaknya dan menyampaikan agar Auf memperbanyak membaca “La Haula wa La Quwwata Illa Billah”.
5. Memberikan Kekuatan
Dan dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah terbukti memberikan kekuatan dan keberhasilan sebagai cara menjadi orang sukses menurut Al Qur’anMaka setelah hal tersebut disampaikan dan Auf memperbanyak membaca “Laa Haula wa La Quwwata Illa Billah” terjadilah bermacam keajaiban. Betapa tidak, tali kulit yang mengikat tangan Auf tiba-tiba terlepas maka Auf pun kabur dengan menunggang onta milik musuh.
6. Jalan Keluar Segala Kesusahan
Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar,” ( Terjemah QS. Ath-Thalaq(65):2). Memang dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah ialah jalan keluar atas segala permasalahan dan memberikan pertolongan atas segala kesusahan atau kesulitan yang sedang dihadapi.
7. Sunnah Rasulullah
Rasulullah saw bersabda: “ Perbanyaklah membaca ‘La Haula wa La Quwwata Illa Billah’, karena sesungguhnya ia merupakan perbendaharaan dari perbendaharaan-perbendaharaan Surga. (HR.Ahmad). Rasulullah menganjurkan kepada umatnya untuk memperbanyak dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah sebab menjadi sesuatu yang disukai Allah dan memiliki banyak kebaikan.

8. Penawar Segala Penyakit
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang mengucapkan Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah maka hal itu sebagai penawar baginya dari 99 penyakit dan yang termudah adalah rasa bimbang”. (HR. Tabrani). Segala penyakit hati dan kesedihan serta kesusahan akan hilang jika sering mengamalkan dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah sebab merupakan ungkapan doa dan berserah dri pada Allah.
9. Mengalahkah Musuh Allah
Jaman dahulu juga ada suatu kisah tentang seseorang yang bisa mengalahkan musuh Allah ketika berperang dengan berusaha sebaik mungkin dan memperbanyak membaca dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah, Hubaib bin Salamah rahimmullah saat menghadapi musuh atau mengepung sebuah benteng sangat senang memperbanyakkan ucapan “ Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah “.
10. Memudahkan Pekerjaan
Ibnul Qoyyim rahimahullah mengatakan “ Kalimat Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah” mempunyai pengaruh yang sangat menakjubkan saat menanggung beban pekerjaan yang sulit dan keras, atau saat menghadap kepada raja dan orang yang ditakutkan, selain pengaruhnya yang efektif untuk menolak kemiskinan. Berusaha sebaik mungkin dan banyak membaca dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah akan membantu memberikan keberhasilan pada setiap usaha yang dilakukan.
11. Jauh dari Petaka
Makhul rahimahullah berkata: “ Barangsiapa yang yang mengatakan Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah maka akan lenyap dari dirinya tujuh puluh pintu petaka, yang paling rendah adalah bencana kemiskinan”. Dengan membaca dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah secara rutin akan melindungi dari segala bahaya dan dari segala malapetaka yang merugikan baik di dunia maupun di akherat.
12. Kalimat yang Disukai Allah
Nabi saw yang mulia bersabda, “Maukah aku tunjukkan kepadamu sebuah kalimat yang berasal dari bawah ‘Arsy dari pusaka surgaKatakanlah olehmu: Laa Haula wa La Quwwata Illa Billah”, niscaya Allah akan mengatakan, ‘hambaKu telah menyerahkan dirinya dan meminta perlindungan.”(HR Al-Hakim dari Abu Hurairah r.a).
Allah menyukai hambaNya yang banyak menyebut dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah sebab menjadi wujud bahwa hamba tersebut mengakui kekuatan Allah dan berserah diri pada Allah dengan tetap berusaha serta melakukan yang terbaik yang ia mampu sehingga Allah selalu menolongnya dan memberi jalan keluar di tiap kesulitan yang dihadapi.
13. Jauh dari Laknat Allah
Perbanyaklah Al-Baaqiyaat Al-Shaalihaat, yaitu tasbih, tahlil, tahmid, takbir, dan laa haula wa laa quwwata illa billah.”(HR Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim dari Abu Sa’id r.a). Tentunya dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah yang merupakan salah satu dzikir terbaik akan emnjauhkan dari laknat Allah sebab memilikki pahala dan nilai yang begitu tinggi di mata Allah.
14. Berserah Kepada Allah
Imam a-Nawawi berkata: “La haula wa la quwwata illa billah”, itulah kalimat yang digunakan untuk menyerah diri dan menyatakan bahwa kita tidak mempunyai hak untuk memiliki sesuatu urusan. Ia kalimah yang menyatakan bahawa seseorang hamba tiada mempunyai daya upaya untuk menolak sesuatu kejahatan (kemudaratan) dan tiada mempunyai daya kekuatan untuk mendatangkan kebaikan kepada dirinya melainkan dengan kudrat iradat Allah subhnahu wa ta’ala juga.”
Manusia memang hanya bisa berusaha dan hasil wajib diserahkan sepenuhnya kepada Allah sehingga buan hanya membaca dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah dan segala sesuatu akan datang sendiri namun jga harus disertai usaha maksimal sehingga apa yang diusahakan berhasil dan benar benar memberikan keberkahan untuk hidup di dunia dan di akherat.
15. Jauh dari Penyakit Hati
La haula wa la quwwata illa billah”. Secara lengkap kita juga dapat menambahkan lafaz ” alliyil adzim” yang berarti ” Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung” di belakangnya. Boleh menambah pujian lain dalam dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah sebab akan menjauhkan diri dari rasa sombong dan menjauhkand dari segala penyakit hati yang berbahaya.
16. Mententramkan Hati
La Haula wala Quwwata illa billah” berulang-ulang kali, menyerahkan segenap hatinya kepada Sang Khalik, insya Allah jiwanya akan tenang, tenteram, dan segala urusan kembali kepada Allah Ta’ala. Tentuya semua dzikir termasuk dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah akan memberikan ketenangan hati sehingga ia jauh dari hati yang gundah atau sesat.

17. Dekat dengan Allah
Ada banyak kisah mengenai dzikir laa hawla wa laa quwwata illa billah yang memberikan pertolongan untuk para nabi dan rasul terdahulu sebab dzikir tersebut akan mendekatkan seseorang kepada Allah sehingga dengan ijin Allah kesulitan apapun yang dihadapi dapat dijalani dan dilewati dengan indah dan penuh keberhasilan.
Pertolongan Allah swt bukan hanya hak monopoli para nabi. Seperti ketika nabi Ibrahim as yang tetap bugar meski dibakar api oleh raja Namrud atau nabi Musa as yang dikejar musuh dan tersudut di tepi laut hingga Allah swt memberikan pertolongan-Nya dengan terbelahnya laut. Ataupun nabi Yunus as yang dalam keadaan putus asa terbuang dari kapal kemudian dimakan seekor ikan hiu tapi bisa tetap hidup.
Juga ketika Rasulullah saw dikejar musuh hingga mulut gua bersama sahabat Abu Bakar as-Siddiq, tetapi musuh  tidak dapat melihatnya. Pertolongan Allah swt yang semacam itu juga diperuntukkan kaum Muslimin melalui Hawqallah yaitu lafaz “La haula wa la quwwata illa billah”.
Demikian artikel kali ini, semoga menjadi wawsan yang bermanfaat untuk anda dan bisa diamalkan dalam kehidupan sehari hari sehingga menjadi pribadi yang jauh lebih baik imannya. Terima kasih sudah membaca, salam hangat dari penulis.