Selasa, 11 Februari 2020

Selawat dan Kelebihannya

Wednesday, December 28, 2016

Selawat



BERSELAWAT

MAKNA SELAWAT


Dari Segi Bahasa :
Bermakna doa, rahmat daripada Allah, memberi berkat dan ibadah.

Dari Segi Syarak :
Mengakui kerasulan Baginda lalu berdoa agar Allah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW.
Berselawat itu berkait rapat dengan konsep iman dan Islam sesuai dengan firman Allah SWT :

 Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi SAW. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi SAW dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya. 

(Surah al-Ahzab : 56 )

Kesimpulannya, berselawat itu ada perbezaan takrifannya. Jika daripada Allah ( terhadap hamba-Nya yang beriman) bererti memberi rahmat. Jika daripada malaikat bererti meminta keampunan Allah dan jika daripada orang beriman bererti doa kesejahteraan seperti :

 KELEBIHAN BERSELAWAT

1. Ia merupakan salah satu amalan paling utama.

2. boleh menghapuskan kesalahan dan dosa.

3. Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia dan akhirat serta syafaat Nabi SAW

4. Menjadi benteng sifat munafik dan kafir.

5.  Selamat daripada huru-hara hari kiamat.

6. Menjadi penyebab hajat, doa and amalan baik diterima Allah.

7. Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit.

8. Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mapu bersedekah.

9. Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga kelak.

10. Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan.

HADIS TENTANG KELEBIHAN SELAWAT

Sabda yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud

"Sesungguhnya bagi mereka yang paling utama pada hari kiamat bagiku adalah yang paling banyak selawat untukku."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali, dihapus-kan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat."
( Riwayat Ahmad, al-Nasa'i dan al-Hakim daripada Anas r.a. )

"Sesiapa membaca selawat untukku pada hari Jumaat 200 selawat, diampuni Allah segala dosanya selama 200 tahun."
( Riwayat al-Dailami daripada Abu Zar r.a. )

"Sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat."
( Riwayat al-Tabrani daripada Abi Darda' r.a. )

"Di mana sahaja kamu berada, berselawatlah kepadaku, nescaya selawat itu sampai kepadaku."
( Riwayat al-Tabrani daripada Husain b. Ali r.a. )

 MASA DAN TEMPAT DIANJURKAN BERSELAWAT

 Sesudah laungan azan

 Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid

 Dalam solat jenazah

 Dalam takbir-takbir Hari Raya

 Sewaktu membaca tahiyat ( tasyahud ) akhir dalam solat.

 Pada awal dan akhir bacaan doa, sesuai dengan hadis riwayat Al-Tirmizi yang bermaksud :

"Bahawa doa itu terhenti di antara langit dan bumi, tidak akan diankat ke langit sehinggalah dibacakam selawat ke atas Nabi SAW."

 Pada malam dan siang hari jumaat

 Dalam khutbah dan semasa bacaan doa qunut

 Ketika orang menyebut nama Rasulullah SAW

 Tiap pagi, petang, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah, sakit dan lain
JENIS SELAWAT

Berbagai-bagai jenis selawat telah dinukilkan sejak zaman Nabi SAW dan para sahabat, dan menjadi amaln para solehin, alim ulama serta orang-orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada Allah dan Rasul-Nya.

Berikut ini diutarakan beberapa jenis selawat yan masyhur dan diamalkan secara meluas sejak zaman-berzaman.
1. Selawat Munijah ( penyelamat )

Ia diamalkan selepas selesai solat fardu dan boleh dijadikan wirid harian. Akan dijauhkan segala bala bencana dan menjadi penyelamat terutama pada masa-masa yang genting, insya-Allah.


3. Selawat al-Fatih

Ia menjadi amalan wliyullah agung, Sheikh Abdul Qadir Jailani. Diamalkan bacaannya sebanyak mungkit setiap hari. Insya-Allah tercapai segala hajat, dihilangkan kesusahan, dan menolak segala yang buruk.
4. Selawat Nur

Insya-Allah, apabila menjadi amalan harian, diluaskan pintu rezeki, ditunaikan hajat dan dijauhkan segala bala bencana. Selawat ini lebih dikenali sebagai Selawat Badawi.

5. Selawat untuk Memohon Akhlak yang Terbaik dan Rezeki yang Berkat
6. Selawat Dikabulkan Hajat

Jika dibaca 100 kali sehari, Insya-Allah dikabulkan hajat ( 30 di dunia dan 70 di akhirat )
7. Selawat Menjauhkan Segala Penyakit dan Kesulitan
8. Selawat Penolak Wabak dan Kecelakaan
9. Selawat Ketinggian

Selawat ini begitu dianjurkan oleh Baginda SAW kerana dengan banyak mengamalkannya, seseorang itu akan ditempatkan di sisi Rasulullah di dalm syurga kelak.

10. Selawat Menghapuskan Dosa 80 Tahun
11. Selawat Syifa ( Pengubatan / Kesembuhan Penyakit / Tibi )

12. Selawat untuk Mencegah Lupa ( ilmu )

Hendaklah diamalkan / dibaca antara waktu selepas solat Maghrib sehingga waktu Isyak mengikut bilangan yang dikehendaki. Insya-Allah tidak akan lupa ayat-ayat suci al-Quran, doa atau pelajaran-pelajaran yang telah dihafal oleh seseorang.
13. Selawat Jalilah

Elok dibaca selepas solat Hajat.

14. Selawat Saadah ( Kebahagiaan )

Membaca sekali selawat ini bersamaan 600 000 kali berselawat  : seperti mana dijelaskan oleh Imam Dardiri dan Syed Ahmad Dahlan
15. Selawat Mohon Syafaat Nabi Muhammad SAW

Dengan selalu membaca selawat ini insya-Allah akan memperolehi syafaat daripada Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak.

Isnin, 10 Februari 2020

Selawat Sulthon - Selawat Yang Senilai Dengan 100,000

Selawat Yang Senilai Dengan 100,000

Selawat Sulthon

Di riwayatkan bahawa Sulthon Mahmud AI Gornawiy, Beliau di awal pemerintahannya duduk setelah Solat Subuh sibuk membaca Selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 300 ribu (300,000) kali sampai siang hari dan orang-orang (Rakyatnya) duduk di pintu, menunggu keluarnya (Shulton Mahmud) untuk menyelesaikan hajat maing-masing.

Setelah keadaan ini berlangsung lama, maka Beliau melihat Nabi SAW di dalam tidurnya. Nabi mengatakan kepadanya "Apa ini pemanjangan waktu sehingga rakyat mu telah menunggu keluarnya kamu".

Maka Sulthon Mahmud menjawab, saya duduk menghabiskan waktu lama kerana saya berselawat kepada mu dalam jumlah tertentu (300 ribu kali) dan saya tidak berdiri melainkan ianya selesai. 

Maka Nabi Muhammad SAW mengatakan kepadanya "Ini menyusahkan orang lemah (rakyat) mu, dan yang punya hajat"..

Akan tetapi saya (Nabi) akan mengajarkan kepadamu Selawat yang ringkas, yang mana apabila kamu membacanya satu kali sebanding 100 ribu kali, jadi kamu tinggal membaca 3 kali saja bersamaan dengan 300 ribu kali.

Setelah itu kamu keluar menemui rakyat  mu untuk menyelesaikan urusan-urusan mereka, sehinggga kamu mendapat pahala Selawat 300 ribu kali dan mendapat pahala memberi manfaat kepada orang Muslimin.

Maka  (Sulthon Mahmud) dia  pun mempelajari Selawat itu dari Nabi Muhammad SAW lalu dia mengamalkannya secara rutin. 

Setelah itu, Beliau melihat Nabi Muhammad SAW sekali lagi, dan Nabi SAW mengatakan kepadanya "Amalan apa yang kamu amalkan sehingga kamu melelahkan Malaikat di dalam mencatat pahala amalanmu".

Maka beliau menjawab, Saya tidak mengamalkan sesuatu kecuali Selawat yang Kau ajarkan kepadaku.

Sumber ini Kitab Al-Qirtos Fi Manaqib Al Attas.