Selasa, 26 Julai 2022

Selawat Azimiyyah - Lafaz Dan Kelebihannya Yang Besar

 Selawat ini merupakan salah satu wirid dari aurad bagi Tarekat Ahmadiah Idrisiyyah. Selawat Azimiah ini sangat besar fadhilatnya.


Ertinya : 

Yaa Allah sesunggguhnya aku memohon kepadaMu dengan cahaya Wajah Allah Yang Agung. Yang memenuhi tiang-tiang Arasy Allah Yang Agung. Dan dengannya berdirilah alam-alam (ciptaan) Allah Yang Agung. Agar selawat tersampaikan atas pelindung kami, Muhammad SAW, yang memiliki derajat yang Agung. Dan atas keluarga nabi Allah Yang Agung. Dengan ukuran Keagungan Zat Allah yang Agung. Disetiap kedipan dan nafas, sebanyak apa yang termaktub dalam Ilmu Allah Yang Agung. Selawat yang sentosa dengan Kekekalan Allah Yang Agung. (sebagai) pengagungan terhadap Haq (kebenaran) engkau wahai Muhammad, yang memiliki akhlak (perangai) yang Agung. Dan salam atas beliau SAW serta keluarganya, semisal yang demikian itu . dan satukanlah aku dengan Beliau sebagaimana engkau satukan ruh dengan nafas, secara zhahir dan batin, dalam keadaan terjaga (sedar) atau tidur (mimpi). Dan jadikanlah beliau yaa Tuhanku, sebagai ruhani jiwaku, di setiap arah, di dunia ini sebelum (datangnya) hari akhir, wahai Zat yang memiliki Keagungan. 


Kelebihan Selawat Azimiah


Sheikh Ibrahim ar-Rashid, beliau berkata (mengenai kelebihan membaca Selawat Azimiah sekali): "Ini melebihi (selawat) Dala-il al-Khayrat oleh seribu ribu ribu ribu ribu kali." Dia berkata, "seribu" 20 kali.

1 kali baca Selawat Azimiah adalah bersamaan baca 20,000 kali baca Selawat Dala-ilul Khairat. Selawat Dala-ilul Khairat ialah satu kitab tebal yang menghimpunkan beratus-ratus jenis selawat yang muktabar.

Kitab Selawat Dala-ilul Khairat, Selawat setebal 225 muka surat. Nak khatamkannya mengambil masa seminggu, baru dapat dikira 1 kali baca Selawat Dala-ilul Khairat.

Tapi 1 kali baca Selawat Azimiah bersamaan dengan baca 20,000 kali Selawat Dala-ilul Khairat.