2. Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
3. Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani
4. Al-Sheikh Abdul Kadir Al-Jelani Al-Hasani, Quddisa sirruhu menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. di dalam kitabnya al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibnu Farhun berkata: Berselawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya ‘Hadaiq al-Anwar’:-
- Melaksanakan perintah Allah.
- Bersamaan dengan selawat Allah kepada Rasulullah s.a.w.
- Bersamaan dengan selawat para malaikat.
- Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
- Dikurniakan oleh Allah sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
- Dituliskan oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
- Dihapuskan oleh Allah sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
- Segala doa akan diperkenankan oleh Allah.
- Mendapat syafaat daripada Rasulullah s.a.w.
- Mendapat keampunan Allah serta akan ditutup segala keaiban.
- Allah akan menutupi segala dukacita.
- Dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah s.a.w.
- Mendapat darjat al-Sidq.
- Ditunaikan segala hajat.
- Salam sejahtera pada hari kiamat.
- Allah dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat.
- Mendapat khabar gembira daripada Allah dengan balasan syurga.
- Salam sejahtera pada huru-hara hari kiamat.
- Rasulullah s..a.w. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
- Mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa.
- Mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu.
- Tidak akan merasai fakir.
- Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
- Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah s.a.w. kepada yang berselawat.
- Selawat akan menjemput setiap pengucapanya ke jalan syurga.
- Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan Rasul-Nya atau daripada majlis-majlis lagha.
- Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah apabila disebut (di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan kalimah selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
- Selamat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
- Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
- Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah.
- Mendapat keberkatan daripada Allah.
- Mendapat kesempurnaan iman.
- Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w.
- Mendapat hidayah Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah.
35.Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah s.a.w. secara langsung.
- Teguh pendirian dengan kebenaran.
- Berselawat bererti kita menggunakan sebahagian hak-hak Rasulullah s.a.w. ke atas diri kita. Di samping itu ianya dianggap sebagai mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
- Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengikut segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah.
- Berselawat bererti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah, ke atas Rasulullah s.a.w. dan kepada diri sendiri.
- Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah s.a.w. di dalam jiwanya.
- Dikurniakan oleh Allah maqam seorang Syeikh dan Murabbi.
- Mendapat kebahagiaan, ketenangan hidup didunia dan akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.