Jawab murid. "Apabila mendapat suami dan anak yg soleh, rumah yang selesa, harta yang mencukupi lagi selesa untuk beribadah, disitulah adanya bahagia."
Sang Guru hanya tersenyum dan bertanya, "Adakah Siti Mariam tidak bahagia, dipulau dan difitnah ? Adakah Siti Hajar tak menemu bahagia apabila ditinggalkan Nabi Ibrahim keseorangan di padang pasir yang tandus bersama anak kesayangannya ? "
Si murid termenung .
"Anakku , bahagia bukan terletak pada keselesaan diri mu. Ada yang kaya raya , tapi hati resah gelisah diburu ancaman dan ketakutan. Ada yang miskin hatinya juga resah makan dan minum tak pernah mencukupi ."
"Jadi , di mana bahagia itu wahai Guruku ? "
"Anakku , bahagia yang sebenar apabila dirimu berada dalam pelukan Allah, Tuhanmu. Engkau sanggup menempuh ujian demi mendapat cintaNya. Engkau menangis kerinduan untuk sentiasa bertemuNya. Hatimu tidak mahu yang lain melainkan pandangan dan cintaNya semata. Itulah kebahgiaan yang sebenar benarnya.
Si murid menangis teresak esak. Sudah betapa lama dirinya melupakan Tuhan. Sudah berapa lama dirinya tidak bermanja dengan Tuhan yang sentiasa menyuapkan rezeki dan menjaganya siang dan malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.