Jumaat, 2 November 2018

Isteri Taat

Kisah isteri yang taat suami pada zaman Rasulullah s.a.w
Sebelum suaminya pergi meninggalkan rumah, dia sempat berpesan kepada isterinya, jangan keluar ke pekan sepanjang dia takda di rumah.

Pada satu ketika, bapa isteri sedang sakit tenat di luar kampung halamannya. Isteri serba salah lalu meminta nasihat dari Rasulullah s.a.w dan Nabi berpesan, dengar sahaja apa nasihat suami. Isteri akur dan tidak melawat bapanya yang sedang sakit.

Pada satu ketika pula, bapa isteri tadi meninggal dunia, isteri ingin melihat jenazah bapanya tapi teringat pesan suami. Isteri bertemu lagi Nabi s.a.w, dan Nabi menjawab, dengar sahaja apa nasihat suami.

Sehinggalah bapanya dikebumikan, isteri ni tadi tak dapat menziarahi arwah bapanya walaupun ketika bapanya sakit dan meninggal dunia.

Dan ketika suaminya pulang, isteri menceritakan yang dia tidak dapat menziarahi bapanya ketika sakit, ketika meninggal dunia dan ketika bapanya dikebumikan.

Suaminya pun sedih, suami tidak sangka isterinya begitu taat kepadanya. Sebenarnya dia tak bermaksud demikian. Kalau bapa sakit, meninggal dunia dan semasa pengkebumian, semua itu dikecualikan. Isterinya dibenarkan keluar.

Lalu kedua-duanya bertemu Rasulullah s.a.w, maka ketika itu Allah berfirman dan Nabi s.a.w menyampaikannya kepada kedua-dua suami isteri tadi bahawa kerana ketaatan isteri kepada suami, Allah telah ampunkan dosa bapanya dan menjadikan bapanya ahli syurga.

Orang alim beritahu, kadang-kala amalan dari anak-anak juga boleh jadi asbab untuk ibu bapa kita ke Jannah. Allahumma amin! Wallahualam..








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.