Dan daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Tidak harus bersifat hasad (iri hati) melainkan dalam dua perkara iaitu : Seseorang yang dikurniakan oleh Allah al-Qur’an (dihafaz dan difahaminya), maka ia membacanya sepanjang malam dan siang dan seseorang yang dikurniakan Allah harta lalu ia membelanjakannya (ke jalan yang diredhai Allah) sepanjang malam dan siang.”
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Huraian Hadith:
- Umat Islam dikehendaki beramal dengan setiap ilmu yang dipelajari yang tidak bertentangan dengan syariat Islam.
- Harta kekayaan yang dikurniakan Allah hendaklah dibelanjakan kepada perkara kebajikan sahaja.
Sumber : Kitab Riyadhus Salihin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.