Rabu, 16 Januari 2019

Kewajipan Menjaga Lidah dan Kemaluan

 
Daripada Sahl bin Sa'd RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda SAW bersabda: "Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjamin baginya syurga.”(Hadith riwayat al-Bukhari, No: 6474, 6807, at-Tirmizi, No: 2408, Ahmad, No: 21757)

Matan Hadith:

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ يَضْمَنْ لِي مَا بَيْنَ لَحْيَيْهِ وَمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَضْمَنْ لَهُ الْجَنَّةَ
]التخريج : صحيح البخاري , كتاب الرقاق , باب حفظ اللسان , رقم الحديث 6474 , عن سهل بن سعد رضي الله عنه[
 
Pengajaran Hadith :
 
  1. Allah SWT telah mencipta syurga dan neraka di akhirat sebagai destinasi abadi seseorang hamba. Apabila dia melakukan amal kebaikan, balasan syurga akan menanti dan sebaliknya jika melakukan amal kejahatan maka nerakalah tempat kembali.
  2. Jaminan syurga kepada seseorang Muslim yang dapat menjaga mulut, lidah dan kemaluannya. Menjaga mulut ialah menjauhi makanan dan sumber yang haram. Menjaga lidah pula dengan memperbanyakkan berzikir, memohon keampunan dan bertaubat daripada dosa-dosa yang telah dilakukan. Seterusnya menjaga kemaluan daripada hubungan yang tidak halal dan yang diharamkan.
  3. Keutamaan menjaga lidah kerana daripadanya akan lahir perbuatan yang akan membawa kepada dosa-dosa kemaluan dan sebagainya. Awasilah dalam berkata-kata. Jangan disebabkan tergelincir dan kelembutan lidah yang tidak bertulang menjadi punca dosa dan dimasukkan seseorang ke dalam neraka.
 
Sumber Rujukan :
 
  1. Kitab Sahih al-Bukhari
  2. Kitab Jami’e at-Tirmizi
  3. Kitab Musnad Ahmad
  4. Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani
  5. Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih Li al-Syeikh ‘Ali al-QariKitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Lil Imam al-Nawawi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.