Daripada Abu Umamah RA berkata saya telah mendengar Rasulullah SAW berkhutbah ketika Haji Wada', Baginda SAW bersabda: "Hendaklah kamu bertaqwa (takut) kepada Allah SWT Tuhanmu, dan (melaksanakan yang difardhukan) solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta, dan mentaati pemimpin nescaya kamu akan dimasukkan ke syurga (milik) Tuhanmu.” Abu 'Isa berkata: “Ini adalah hadith hasan sahih.” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No. 616)
Matan Hadith:
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ يَقُولُ سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ فَقَالَ: اتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ وَصَلُّوا خَمْسَكُمْ وَصُومُوا شَهْرَكُمْ وَأَدُّوا زَكَاةَ أَمْوَالِكُمْ وَأَطِيعُوا ذَا أَمْرِكُمْ تَدْخُلُوا جَنَّةَ رَبِّكُمْ
]سنن الترمذي , أبواب السفر , باب منه , حديث 616 , عن أبي أمامة رضي الله عنه , قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيح[
Pengajaran Hadith :
- Sifat taqwa adalah jalan menuju ke syurga dan merupakan syarat masuk ke syurga. Taqwa yang dimaksudkan adalah melaksanakan semua kewajipan yang ditentukan ke atas setiap Muslim merangkumi solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat harta dan mentaati pemimpin.
- Bagi mencapai sifat taqwa, ianya perlu disertai dengan sifat istiqamah dalam setiap amalan kebaikan di dunia kerana ia merupakan penyebab kejayaan di akhirat.
- Natijah sifat taqwa dan istiqamah ini ialah Allah SWT akan menganjari dengan syurga yang kekal abadi selama-lamanya.
Sumber Rujukan :
1- Kitab Jami' at-Tarmizi
2- Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami' at-Tirmizi Lil Mubarakfuri
3- Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih
4- Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
2- Kitab Tuhfatul Ahwazi Bisyarhi Jami' at-Tirmizi Lil Mubarakfuri
3- Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Masobih
4- Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.