Ahad, 19 Mei 2019

Selawat Saadah


Tuesday, 17 February 2015


Selawat Yang Senilai Dengan 100,000

Selawat Sulthon

Di riwayatkan bahawa Sulthon Mahmud AI Gornawiy, Beliau di awal pemerintahannya duduk setelah Solat Subuh sibuk membaca Selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 300 ribu (300,000) kali sampai siang hari dan orang-orang (Rakyatnya) duduk di pintu, menunggu keluarnya (Shulton Mahmud) untuk menyelesaikan hajat maing-masing.

Setelah keadaan ini berlangsung lama, maka Beliau melihat Nabi SAW di dalam tidurnya. Nabi mengatakan kepadanya "Apa ini pemanjangan waktu sehingga rakyat mu telah menunggu keluarnya kamu".

Maka Sulthon Mahmud menjawab, saya duduk menghabiskan waktu lama kerana saya berselawat kepada mu dalam jumlah tertentu (300 ribu kali) dan saya tidak berdiri melainkan ianya selesai. 

Maka Nabi Muhammad SAW mengatakan kepadanya "Ini menyusahkan orang lemah (rakyat) mu, dan yang punya hajat"..

Akan tetapi saya (Nabi) akan mengajarkan kepadamu Selawat yang ringkas, yang mana apabila kamu membacanya satu kali sebanding 100 ribu kali, jadi kamu tinggal membaca 3 kali saja bersamaan dengan 300 ribu kali.

Setelah itu kamu keluar menemui rakyat  mu untuk menyelesaikan urusan-urusan mereka, sehinggga kamu mendapat pahala Selawat 300 ribu kali dan mendapat pahala memberi manfaat kepada orang Muslimin.

Maka  (Sulthon Mahmud) dia  pun mempelajari Selawat itu dari Nabi Muhammad SAW lalu dia mengamalkannya secara rutin. 

Setelah itu, Beliau melihat Nabi Muhammad SAW sekali lagi, dan Nabi SAW mengatakan kepadanya "Amalan apa yang kamu amalkan sehingga kamu melelahkan Malaikat di dalam mencatat pahala amalanmu".

Maka beliau menjawab, Saya tidak mengamalkan sesuatu kecuali Selawat yang Kau ajarkan kepadaku.

Sumber ini Kitab Al-Qirtos Fi Manaqib Al Attas.
























































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.