Jumaat, 3 Januari 2020

7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah S.A.W Yg Mustajab

7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah S.A.W Yg Mustajab

Dalam ATM Ada Rm5 Ringgit.Ini 7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah S.A.W Yg Mustajab.

Rezeki itu bukan sekadar wang ringgit namun kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, bebas hutang turut boleh dianggap rezeki. Semuanya nikmat Allah yang patut disyukuri.
Tidak sudah untuk sentiasa murah rezeki. Amalkanlah zikir dan doa pembuka pintu rezeki ini dalam kehidupan seharian. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah buka seluas-seluasnya rezeki dari pelusuk bumi untuk kita.
1. Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At-Tabrani)
2. Membaca La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin
“Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut di dalam kubur.” (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)
3. Membaca Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahil Adziim
“Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu.” (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)
4. Membaca Surah Al-Ikhlas
“Barangsiapa membaca Surat Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya.” (HR. AtTabrani)
5. Membaca Surah Al-Waqi’ah
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah setiap malam, maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup.” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)
6. Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi
Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)
7. Melazimkan Beristighafar
“Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak diduga-duga.” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)
Semoga Allah mengabulkan Doa kita. Semoga Bermanfaat. In shaa Allah.
Kemampuan setiap orang beramal adalah berbeza. Saranan saya, kalau tidak mampu beramal semua, cuba amalkan satu persatu. Biar sedikit tetapi istikamah. Jangan lupa berdoa kepada Allah SWT agar diberi kemampuan untuk beramal. Kalau tidak mampu beramal semua jangan tinggal semua, nanti kita yang rugi.




































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.