Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa menghidupkan malam hari raya fitrah dan malam hari raya korban, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati.” (Riwayat Imam at-Thabrani daripada ‘Ubadah r.a.)
Amalan zikir berikut dipetik daripada kitab Jamik al-Fawaid wa Jauhar al-Qola’id karangan asy-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, halaman 117:
AMALAN PERTAMA (dibaca 300 kali):
سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْم
Barang siapa membaca pada malam hari raya fitrah 300 kali kemudian dihadiahkan kepada kaum Muslimin yang telah meninggal dunia, dimasukkan dalam tiap-tiap kubur mereka 1000 cahaya dan dijadikan dalam kuburnya nanti 1000 cahaya.
AMALAN KEDUA (dibaca 400 kali):
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهْ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَىْ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
Barang siapa membacanya pada tiap-tiap satu daripada dua hari raya,
· Dikahwinkan Allah dengan 400 orang Hurul Ain (bidadari).
· Seperti memerdekakan 100 hamba.
· Malaikat membuat baginya beberapa dusun dan ditanamkan beberapa pohon kayu sehingga Hari Kiamat.
Nota: Menurut Imam az-Zuhri (wafat 124H), beliau tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak mendengarnya daripada Anas r.a. manakala Anas sendiri tidak pernah meninggalkan amalan ini sejak mendengarnya daripada Rasulullah SAW.
* Bagi kedua-dua amalan, waktu mengamalkannya adalah antara lepas Maghrib malam raya hingga didirikan solat sunat hari raya.
Risalah ini diperkemaskan daripada naskhah asal yang diedarkan oleh Maahad
Raudhatul Ulum, Ulu Rening, Batang Kali serta diperpanjangkan oleh
al-Fadhil Ustaz Azhar Hasyim dalam pengajian di kediaman beliau di Subang
Bestari pada 12 Ogos 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.