Khamis, 15 Julai 2021

7 Fadhilat Bulan Zulhijjah Yang Anda Perlu Ketahui by korban akikah

Bulan Zulhijjah Bulan Penuh Dengan Keberkatan

Walaupun anda tidak berpeluang untuk menunaikan haji, bulan Zulhijjah ini merupakan peluang yang besar untuk anda meningkatkan amal ibadat di rumah.

Tahukah anda 10 hari awal Zulhijjah mempunyai kelebihan tersendiri berbanding bulan-bulan lain?

Pada bulan inilah Allah SWT memberikan pintu keredaan, keampunan dan kerahmatan kepada hamba-Nya.

Firman Allah SWT:

“...dan hendaklah menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu..” (Surah al-Hajj, ayat 28).

Ulama-ulama mentafsirkan hari-hari tersebut merupakan 10 hari awal pada bulan Zulhijjah.

Oleh itu, perbanyakanlah berzikir menyebut nama-nama Allah, melakukan amal-amal sunat, berpuasa dan bersedekah untuk menghayati keberkatan bulan ini.

Fadhilat Beribadah Pada 10 Hari Terawal Zulhijjah


Keistimewaan bulan Zulhijjah memang hebat dan besar. 

Seperti yang telah disebut, bulan ini merupakan peluang umat Islam untuk menggandakan amal ibadah.

Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibnu Abbas R.A, daripada Nabi SAW, baginda bersabda:

“Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-.”Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya?”Baginda bersabda,”Walaupun jihad di jalan Allah tidak dapat menandinginya, melainkan seorang  lelaki yang keluar berjihad bersama hartanya, kemudian dia langsung tidak kembali.”

Riwayat al-Bukhari (969), Abu Daud (2438), Ibn Majah (1727), al-Tirmizi (757)

10 hari ini lebih disukai Allah berbanding amalan pada hari-hari lain tanpa sebarang pengecualian.

Apabila ia adalah perkara yang paling disukai oleh Allah, maka ia adalah sesuatu yang afdal disisi-Nya.

Hadis ini juga turut diriwayatkan dengan lafaz,

“Tiada hari-hari amalan yang dilakukan padanya menjadi afdal berbanding 10 hari awal Zulhijjah.”

Hadis Palsu Tentang Bulan Zulhijjah

Anda perlu berhati-hati apabila cuba mentafsirkan sesuatu hadis yang dikongsikan oleh orang lain di Facebook atau Whatsapp.

Ini kerana selain adanya hadis yang mempunyai sanad dan perawi yang boleh dipertikaikan. Ianya adalah hadis palsu.

Berikut merupakan hadis palsu yang sudah mula tersebar tentang bulan Zulhijjah:

 “Pada hari pertama daripada bulan Zulhijjah, Allah telah mengampunkan Nabi Adam padanya dan barangsiapa yang berpuasa pada hari tersebut, maka Allah akan mengampunkan setiap dosanya.”

Hadith ini adalah hadis yang boleh dipertikaikan.

Namun begitu, kita amat digalakkan untuk meningkatkan amal soleh dan ketaatan kita kepada Allah SWT pada 10 hari pertama ini.

Amalkan solat-solat sunat, berpuasa, bersedekah, membaca al-Quran, berzikir, qiyamullail dan sebagainya.

Amalan Sunat Bulan Zulhijjah

Antara amalan-amalan yang anda boleh amalkan pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah ini:

1. Berpuasa

Puasa Arafah sebelum Hari Raya Aidil Adha merupakan antara ibadah yang boleh dilakukan pada 9 Zulhijjah.

Selain daripada puasa Arafah, anda juga mengamalkan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

2. Memperbanyak zikir

Amalan ini anda boleh lakukan pada setiap masa.

Selepas solat, luangkan masa untuk berzikir dan bermunajat kepada Allah. Ganjarannya besar terutama sekali pada awal 10 hari Zulhijjah ini.

3. Haji dan Umrah

Macam Macam Ada: October 2012

Ini bagi anda yang berkemampuan untuk melaksanakan ibadah haji dan umrah di Tanah Suci Mekah.

Namun berikutan situasi COVID-19 yang masih belum reda, rakyat Malaysia tidak dapat melaksanakan amalan ini pada tahun ini.

4. Ibadah Korban


Jika berkemampuan, anda digalakkan untuk melakukan ibadah ini. 

Ibadah ini dijalankan bagi mengingati dan menghargai kisah Nabi Ibrahim yang ingin melaksanakan perintah Allah S.W.T dengan menyembelih anaknya Nabi Ismail yang dikasihi.

5. Bertaubat

Manusia memang tidak boleh lari dari kesilapan dan dosa.

Ambil peluang keberkatan 10 hari ini untuk memohon kemaafan dan bertaubat kepada Allah SWT.

6. Tingkatkan Amalan Sunat

Kita juga digalakkan untuk melakukan amalan seperti membaca al-Quran, bersedekah, mengeratkan hubungan silaturahim dan lain-lain.

Apabila anda sudah biasa mengamalkannya, maka anda masih akan melakukan amalan-amalan ini pada hari-hari selain 10 hari Zulhijjah ini.

7. Solat Sunat

Selain solat fardhu, kita juga digalakkan mengamalkan solat-solat sunat seperti solat taubat, solat hajat, solat tahajjud dan lain-lain.

Kesimpulannya, kita haruslah mengambil kesempatan 10 hari awal Zulhijjah untuk meningkatkan lagi amalan-amalan kita kerana ganjarannya sangat besar di sisi Allah.

Insya-Allah, hidup kita akan diberkati Allah SWT. Amin.





































Kelebihan 10 Hari Pertama Bulan Zulhijjah & Amalan Sunnah Yang Dianjurkan by ecentral

 Amalan Sunnah Yang Dianjurkan

Ternyata terdapat banyak kelebihan sehingga Rasulullah meletakkan 10 hari terawal Zulhijjah hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita.

Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah.

Antara amalan bulan Zulhijjah yang disarankan untuk kita melakukan amal soleh sebanyaknya, seperti:

1. ANJURAN UNTUK TIDAK MEMOTONG, MENCABUT DAN MENCUKUR RAMBUT, BULU MAHUPUN KUKU KE ATAS ORANG YANG MELAKUKAN IBADAH KORBAN

Sunat untuk tidak memotong, mencabut dan mencukur rambut, bulu mahupun kuku bagi orang yang melakukan ibadah korban bermula daripada 1 Zulhijjah sehingga haiwan korbannya disembelih.

Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أُهِلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ، فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ، وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّيَ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mempunyai haiwan korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.”
[HR Muslim, hadis sahih]

Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ وَعِنْدَهُ أُضْحِيَّةٌ يُرِيدُ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَأْخُذَنَّ شَعْرًا وَلاَ يَقْلِمَنَّ ظُفُرًا
Maksudnya: “Apabila masuknya sepuluh (hari Zulhijjah) dan seseorang itu mempunyai haiwan korban yang dia hendak menyembelihnya, maka janganlah dia memotong rambutnya dan jangan dia memotong kukunya.”
[HR Muslim, hadis sahih]

Anjuran untuk tidak memotong rambut, bulu dan kuku ini sepertimana pendapat al-Imam al-Syafi’e beserta ashabnya yang lain dan ini juga adalah pendapat muktamad di dalam mazhab al-Syafi’e.

2. BERPUASA PADA HARI ARAFAH

Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijjah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun fardhu bagi umat Islam yang menunaikan ibadah haji.

Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, dianjurkan untuk berpuasa, berzikir dan melakukan amalan sunat pada hari tersebut.

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi Muhhamd SAW bersabda:
صِيَامٌ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَن يُكَفِّرُ السَّنَّةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالَّتِي بَعْدَهُ
Maksudnya: “Berpuasa pada hari Arafah kerana mengharap pahala daripada Allah agar adalah sebagai penghapus dosa bagi setahun sebelum dan sesudahnya.”
[HR Muslim, hadis sahih]

3. MEMPERBANYAKKAN BERDOA

Kelebihan bulan Zulhijjah juga terletak pada doa yang diucapkan, terutamanya pada Hari Arafah (9 Zulhijjah).

Nabi Muhammad SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ، وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلَّ شَيْءٍ قَدِيْرُ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku ialah, tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
[HR al-Tirmizi, hadis hasan]

Dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
Maksudnya: “Tidak ada hari di mana Allah membebaskan hamba dari neraka lebih banyak daripada hari Arafah, dan sungguh Dia mendekat lalu membanggakan mereka di depan para malaikat dan berkata: “Apa yang mereka inginkan?”
[HR Muslim, hadis sahih]

4. MENGHIDUPKAN SUASANA HARI RAYA DENGAN TAKBIR

Sabda Nabi Muhammad SAW:
زَيِّنُوْا أَعْيَادَكُمْ بِالتَّكْبير
Maksudnya: “Kamu hiasilah hari raya dengan takbir.”
[HR al-Thabarani]

Al-Bukhari meriwayatkan bahawa Ibnu Umar dan Abu Hurairah r.a. keluar ke pasar pada 10 hari awal Zulhijjah, lalu mereka bertakbir sehingga menyebabkan orang ramai turut bertakbir bersama mereka.

‘Affan turut menceritakan peristiwa ini. Beliau berkata:
“Abu Hurairah dan Ibnu Umar datang ke pasar pada 10 hari terawal bulan Zuhijjah, kemudian meraka bertakbir dan orang ramai turut bertakbir bersama mereka. Mereka berdua tidak datang melainkan untuk bertakbir.”

Terdapat dua jenis takbir pada hari raya:

i. Takbir Mursal atau Muthlaq (المرسل أو المطلق)
• Bermula sebaik sahaja terbenam matahari pada malam hari raya (sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Aidiladha), dan ia berterusan hinggalah apabila imam mula mengangkat takbir bagi menunaikan Solat Hari Raya.

ii. Takbir Muqayyad (المقيد)
• Bermula bermula dari solat Subuh Hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) hinggalah selepas solat Asar pada Hari Tasyrik terakhir (13 Zulhijjah).

Baca juga: Doa Selepas Solat Fardhu Yang Mudah – Jabatan Agama Islam WP (JAWI)

5. MEMPERBANYAKKAN BERZIKIR

Antara cara merebut kelebihan bulan Zulhijjah juga adalah dengan memperbanyakkan zikir.

Hadis Nabi Muhammad SAW:
مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ الْعَمَلِ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ
Maksudnya: “Tidak ada satu hari yang pahala di hari itu lebih besar di sisi Allah dan beramal di hari itu lebih dicintai di sisi Allah daripada sepuluh hari ini. Oleh sebab itu perbanyaklah kalian bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
[HR Ahmad]

6. MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH

Daripada Abu Umamah al-Bahili berkata, Rasulullah SAW bersabda:
صَنَائِعُ الْمَعْرُوفِ تَقِي مَصَارِعَ السُّوءِ, وَصَدَقَةُ السِّرِّ تُطْفِئُ غَضَبَ الرَّبِّ, وَصِلَةُ الرَّحِمِ تَزِيدُ فِي الْعُمْر
Maksudnya: “Orang-orang yang melakukan kebaikan akan memelihara diri mereka dari nasib buruk. Sedekah secara rahsia menghapuskan kemurkaan Tuhan dan silaturahim pula menambahkan umur.”
[HR al-Thabarani]

7. MENTADABBUR AYAT AL-QURAN

Tadabbur bermaksud menghayati atau merenung kisah-kisah di dalam al-Quran sewaktu membacanya.

Firman Allah SWT:
أَفَلَا یَتَدَبَّرُونَ ٱلۡقُرۡءَانَۚ وَلَوۡ كَانَ مِنۡ عِندِ غَیۡرِ ٱللَّهِ لَوَجَدُوا۟ فِیهِ ٱخۡتِلَـٰفا كَثِیرا
Maksudnya: “Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.”
[Surah al-Nisa’: 82]

8. MELAKUKAN IBADAH KORBAN BAGI YANG MAMPU

Daripada Aisyah r.a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (haiwan korban).

Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).”
[HR al-Tirmizi, hadis hasan]

9. MAKAN DAGING KORBAN DAN BERIKAN SEDEKAH KEPADA ASNAF DAN FAKIR MISKIN

فَكُلُوا۟ مِنْهَا وَأَطْعِمُوا۟ ٱلْبَآئِسَ ٱلْفَقِيرَ
Maksudnya: “Maka makanlah sebahagian daripadanya (haiwan korban) dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-orang yang sengsara dan fakir.
[Surah al-Hajj: 28]

10. LARANGAN BERPUASA PADA HARI-HARI TASYRIK

Hari-hari Tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah merupakan amalan melontar jamrah di Mina bagi yang mengerjakan ibadah haji. Selain itu, umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, digalakkan untuk melakukan ibadah korban pada tarikh tersebut.

Kita juga dianjurkan untuk menikmati makanan dan minuman sebagai bentuk syukur atas nikmat Allah SWT. Rasulullah SAW menyebutkan Hari Tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.

Sabda Nabi Muhammad SAW:
أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
Maksudnya: “Hari tasyrik adalah hari untuk makan dan minum.”
[HR Muslim, hadis sahih]

Baca juga: Solat Dhuha: Panduan Lengkap Beserta Doa Dhuha

Semoga kita dapat sama-sama memanfaatkan 10 hari terawal Zulhijjah ini dengan amalan-amalan yang bermanfaat seperti mana yang dianjurkan oleh Nabi SAW.

Ayuh, jom imarahkan 10 hari yang penuh keberkatan ini!

RUJUKAN