📚👑🕋💝🕌✨💫
🎋🍂🍃🍁💫
🥀السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
🥀اللهم صل على محمد وعلى ال محمد
Allah SWT berfirman:
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ
وَلَوْ شَآءَ رَبُّكَ لَءَامَنَ مَنْ فِى الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا ۚ أَفَأَنْتَ تُكْرِهُ النَّاسَ حَتّٰى يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ
"Dan (bukanlah tanggungjawabmu wahai Muhammad menjadikan seluruh umat manusia beriman), jika Tuhanmu menghendaki nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi. (Janganlah engkau bersedih hati tentang kedegilan orang-orang yang ingkar itu; kalau Tuhan tidak menghendaki) maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?"
(QS. Yunus 10: Ayat 99)juz 11.
وَمَا كَانَ لِنَفْسٍ أَنْ تُؤْمِنَ إِلَّا بِإِذْنِ اللَّهِ ۚ وَيَجْعَلُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يَعْقِلُونَ
"Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah (melalui undang-undang dan peraturanNya); dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami (perintah-perintahNya)."
(QS. Yunus 10: Ayat 100)juz 11.
قُلِ انْظُرُوا مَاذَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۚ وَمَا تُغْنِى الْأَايٰتُ وَالنُّذُرُ عَنْ قَوْمٍ لَّا يُؤْمِنُونَ
"Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya). Dalam pada itu, segala tanda dan bukti (yang menunjukkan kekuasaan Allah), dan segala Rasul (yang menyampaikan perintah-perintah Allah dan memberi amaran), tidak akan memberi faedah kepada orang-orang yang tidak menaruh kepercayaan kepadanya."
(QS. Yunus 10: Ayat 101)juz 11.
🎋
🎋🍂✨
🎋🍂🍃✨
SALAM FAJAR.
Dunia kita kumpul utk ditinggalkan....tetapi akhirat kita siapkan bekal utk didatangi kerana kita akan pulang k sana.
🎋🍂🍃🍁✨
🎋🍂🍃🍁✨💫
27 Safar 1440 H Isnin = 5/10/18
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.