Khamis, 22 Jun 2023

AMALKAN ZIKIR INI UNTUK DIBERIKAN 100 KEBAIKAN DAN DIJAUHKAN DARI 100 KEBURUKAN

 Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ


Maksudnya: "Barang siapa yang membaca


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ'


'laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai'in qodir'

(Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-Nya. Milik-Nya kerajaan dan bagi-Nya segala puji dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu),

sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 ORANG HAMBA, ditetapkan baginya 100 KEBAIKAN dan dijauhkan daripadanya 100 KEBURUKAN dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini".

(HR Bukhari, hadis sahih)


Subhanallah, melalui hadis ini antara fadilat yang akan diperolehi ialah:

1) Ditulis bagi yang mengamalkannya 100 kebaikan.
2) Dijauhkan daripada yang mengamalkannya 100 keburukan.
3) Mendapat perlindungan daripada godaan dan gangguan syaitan.
4) Tidak ada orang yang lebih baik amalannya daripada orang yang membaca sebanyaknya zikir ini.


Selain itu, antara fadilat besar zikir ini adalah ganjarannya menyamai dengan pahala membebaskan 10 orang hamba. Dalam sebuah hadis sahih yang lain, Rasulullah SAW pernah bersabda berkenaan pahala bagi orang yang membebaskan hanya SEORANG hamba;


Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda :

مَنْ أَعْتَقَ رَقَبَةً أَعْتَقَ اللَّهُ بِكُلِّ عُضْوٍ مِنْهَا عُضْوًا مِنْ أَعْضَائِهِ مِنَ النَّارِ حَتَّى فَرْجَهُ بِفَرْجِهِ

“Barangsiapa yang membebaskan seorang hamba, Allah akan membebaskan setiap anggota badannya daripada neraka sehingga dia terselamat dengannya.”

(HR al-Bukhari, hadis sahih)


Begitu besarnya ganjaran jika membebaskan seorang hamba sehingga Allah akan membebaskan tubuhnya dari neraka. Bayangkan betapa beruntungnya lagi bagi mereka yang mengamalkan zikir ini kerana ganjarannya menyamai pahala membebaskan 10 orang hamba. Masya-Allah.

Sahabat, mari bersama dalam beramal dan menghayati zikir yang sangat indah ini, mudah-mudahan kita dipilih untuk menjadi hambaNya yang istiqomah dan dimasukkan ke dalam Syurga Firdaus yang indah, Allahumma ameen. 🤲🌹


by Ustazah Asma' binti Harun

#UAHSahabatDuniaAkhirat








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.