Isnin, 12 Jun 2023

Zikir untuk 100 kebaikan, dijauhkan 100 keburukan

 SETIAP insan berlumba-lumba untuk mengecapi kebahagiaan dan kesenangan dalam kehidupan.

Oleh sebab itu, apa sahaja perkara yang dilakukan haruslah berlandaskan dan matlamat utamanya mendatangkan kebahagiaan.

Justeru, pendakwah, Asma’ Harun berkongsi satu zikir yang membantu mendatangkan kebaikan untuk kehidupan.

“SAYA NAK BERKONGSI ILMU YANG TIDAK TERNILAI MELEBIHI DUNIA DAN ISINYA, SATU ZIKIR YANG DIAJARKAN RASULULLAH SAW.

“SAYA HANYA MENYAMPAIKAN, KITA SAMA-SAMA BERAMAL DENGAN ISTIQAMAH DAN KHUSYUK. MUDAH-MUDAHAN AKAN MERASAI KEMANISANNYA,” CORET BELIAU DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK.

Ujarnya, daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa membaca

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariika lahuu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qodir.

“Yang beerti tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain ALLAH Yang Maha Esa tidak ada sekutu bagi-NYA. Milik-NYA kerajaan dan bagi-NYA segala puji dan DIA MAHA KUASA atas segala sesuatu.”

“Membaca zikir ini sebanyak 100 kali dalam sehari, maka baginya pahala seperti membebaskan 10 orang hamba, ditetapkan baginya 100 kebaikan dan dijauhkan daripadanya 100 keburukan.

“Dan baginya perlindungan daripada (godaan) syaitan pada hari itu hingga petang dan tidak ada orang yang lebih baik amalnya daripada orang yang membaca doa ini kecuali seseorang yang dapat mengamalkan lebih banyak zikir ini.” (HR Bukhari, hadis sahih)

Menurut beliau lima waktu yang boleh diamalkan zikir tersebut:
1. Boleh diamalkan pada bila-bila masa kerana Nabi SAW tidak menetapkan waktu.

2. Jika nak tetapkan untuk diri sendiri tiada masalah sebagai contoh:

  • 50 kali lepas Subuh dan 50 kali lepas Asar atau 20 kali selepas solat, asalkan cukup 100 kali.

3. Nabi Muhammad SAW menggalakkan membaca sebanyak maksudnya melebihi 100 kali sebagaimana penghujung Hadis.

Baca juga Mengapa Rasulullah Membaca Surah Al-Sajadah Hari Jumaat?

4. Wanita yang sedang dalam keadaan tidak suci, seperti haid dan nifas juga boleh mengamalkannya.

5. Membaca tanpa wuduk atau menghadap kiblat juga tiada masalah sambil melakukan tugasan juga dibolehkan.

Namun begitu suasana yang fokus tenang khusyuk sudah tentu lebih baik.

Semoga yang sedang dalam kesusahan, kebimbangan, ketakutan, kesedihan, kesempitan dan apa sahaja, ALLAH angkat segala musibah dan ujian, diberikan jalan keluar terbaik dunia dan akhirat.

Semoga ALLAH juga berikan kita kekuatan beramal dan istiqamah hingga diberikan Husnul Khatimah.

Selamat beramal!

sumber: https://sinarplus.sinarharian.com.my/agama/zikir-untuk-100-kebaikan-dijauhkan-100-keburukan/
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.