Sabtu, 27 Januari 2018

Khasiat Amalan Murah Rezeki

1. Mohon Keampunan dari Allah SWT dan Bertaubat dari Dosa. Memohon keampunan dari Allah SWT adalah sangat penting untuk mencari redha-Nya dalam usaha menggali rezeki kita. Ia umpama menjadi benih bagi pohon rezeki yang kita telah tanam dan usahakan. Jika kita sentiasa memohon keampunan Allah SWT, maka makin suburlah benih rezeki yang tumbuh.

2. Mohon Keampunan Sesama Manusia. Satu lagi tugas utama kita, iaitu memohon keampunan sesama manusia. Allah SWT Maha Pengampun dan sedia memaafkan dosa-dosa hambanya, namun dosa kita sesama manusia hanya manusia itu sendiri yang dapat mengampunkannya.
3. Mohon Keampunan dan Doa Ibu Bapa. Kita seharusnya melayan sebaik-baiknya kedua ibu bapa kita. Bakti mereka dalam membesarkan kita tidak ternilai harganya. Mohonlah keampunan dari kedua-dua ibu bapa. Insya’Allah, rezeki akan dikurniakan bak bunga wangi yang mekar menguntum. Amalan murah rezeki.
4. Solat Dhuha. Solat Dhuha termasuk dalam kandungan Hadith Rasulallah saw sebagai amalan yang digalakkan untuk diamalkan. Mengikut kajian, solat Dhuha yang dilakukan pada awal pagi hari ini mempunyai rahsia dan khasiat tersendiri.
5. Menjaga Amal Maaruf, Solat 5 Waktu dan Banyakkan Berzikir. Allah SWT amat menyayangi hamba-Nya yang sentiasa mengingati-Nya. Allah SWT menjanjikan bantuan dan pertolongan buat para hamba-Nya yang sentiasa menunaikan solat, bersabar dengan segala ujian-Nya dan sentiasa mengingatinya walaupun dalam keadaan susah mahu pun senang. Segala amalan juga haruslah kita jaga, yang baik kita perbanyakkan dan yang haram kita jauhkan.
6. Banyakkan Bersedekah. Percayalah bahawa semakin banyak kita bersedekah, semakin Allah menambahkan rezeki kita. Sedekah dan zakat mempunyai rahsia tersendiri di mana ia dapat menyuburkan dan membersihkan rezeki yang kita terima. Maka jangan takut untuk bersedekah.
7. Berdoa Bersungguh-sungguh diwaktu Mustajab Berdoa. Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap amalan dan usaha yang telah dilakukan haruslah diiringi dengan doa dan kemudiannya bertawakal kepada Allah SWT. Berdoalah kepada Allah agar murahkan rezeki dan membukakan pintu rezeki seluas-luasnya.


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ رَحْمَةِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ فَضْلِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد بِعَدَدِ خَلْقِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَا فِى عِلْمِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ كَلِمَاتِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ كَرَمِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ حُرُوْفِ كَلاَمِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ قَطْرِ اْلاَمْطَارِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ وَرَقِ اْلاَشْجَارِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ رَمْلِ اْلقِفَارِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ اْلحُبُوبِ وَ الثِّمَارِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَا اَظْلَمَ عَلَيْهِ اللَّيْلُ وَ اَشْرَقَ عَلَيْهِ النَّهَارِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَنْ صَلَّ عَلَيْهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَنْ لَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ اَنْفَاسِ الْخَلَائِقِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ نُجُوْمِ السَّمَوَاتِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ كُلِّ شَىْءٍ فِى الدُّنْيَا وَاْلاَخِرَةِ وَصَلَوَاتُ اللهِ تَعَالَى وَ مَلاَئِكَتِهِ وَ اَنْبِيَائِهِ وَ رُسُلِهِ وَ جَمِيْعِ خَلْقِهِ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ وَ اِمَامِ اْلمُتَّقِيْنَ وَ قَائِدِ غُرِّ اْلمُحَجَّلِيْنَ وَ شَفِيْعِ اْلمُذْنِبِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ وَ اَصْحَابِهِ وَ اَزْوَاجِهِ وَ ذُرِّيَتِهِ وَ اَهْلِ بَيْتِهِ وَ اْلاَئِمَّةِ الْمَضِيْنَ وَ الْمَشَائِخِ الْمُتَقَدِّمِيْنَ وَ الشُّهَدَاءِ وَ الصَّالِحِيْنَ وَ اَهْلِ طَاعَتِكَ اَجْمَعِيْنَ مِنْ اَهْلِ السَّمَوَاتِ وَ اْلاَرَضِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ وَ يَا اَكْرَمَ اْلاَكْرَمِيْنَ وَ الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ



























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.