Selasa, 21 Ogos 2018

6 Rahsia Di Sebalik Surah Al-Fatihah


Oleh Rizal Alhaj  •  10 Aug 2018  •  3 min baca
Ada banyak fadhilat dan keutamaan ketika seseorang membaca Surah Al-Fatihah. Antara hikmah dan keutamaan membaca Surah Al-Fatihah ialah;

#1- Memperolehi Pahala

Membaca Surah Al-Fatihah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.

#2- Melapangkan Fikiran Dan Hati

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhuk dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari.
Inshaa Allah akan mudah memperolehi ilmu pengetahuan. Disamping itu dapat mengawal hati dan fikiran dari hal-hal yang merosakkan.

#3- Terhindar Dari Gangguan Syaitan

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah sewaktu hendak tidur diikuti membaca Surah Al-Ikhlas tiga kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas.
Inshaa Allah akan aman tenteram dan terhindar dari gangguan syaitan dan iblis.

#4- Hajat Dikabulkan

Bagi mereka yang memiliki hajat yang baik, termasuk untuk mendapatkan kenaikan pangkat dan untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik dari keadaan fakir.
Selain itu, bagi menyelesaikan hutang, untuk menyembuhkan penyakit, berharap agar anak menjadi soleh dan berbagai hajat lagi.
Maka hendaklah ia memohon kepada Allah S.W.T dengan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali setiap hari.
Waktunya adalah antara solat sunat Subuh dan solat fardhu Subuh. Amalkan sehingga 40 hari, Inshaa Allah hajat kita akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.
Barangsiapa mengamalkan bacaan Surah Al-Fatihah di waktu tengah malam sebanyak 41 kali maka Allah S.W.T bukakan pintu rezekinya dan Allah S.W.T permudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan.
Selesai bacaan Surah Al-Fatihah tersebut sebaiknya diiringi dengan doa :
“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya sehingga Engkau membukakan bagiku pintu-pintu rahmat, mengurniakan rezeki Mu. Dan Engkau mudahkanlah setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezeki Mu yang berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah. Sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Aku mohon kepada Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati…” Riwayat Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi di dalam kitab ‘Qaddasallaahusirrahu

Setengah ulama menganjurkan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 40 kali selepas solat Maghrib dan sunatnya. Inshaa Allah apa yang dihajatkan akan terkabul.

#5- Dimurahkan Rezeki

Amalkan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap habis solat fardhu, Inshaa Allah akan memperolehi rezeki yang lancar, pangkat / darjat yang baik di sisi masyarakat dan baik akhlaknya.
Bahkan dimudahkan dalam urusan hidupnya dan keluarga mendapatkan perlindungan dari Allah S.W.T.
Allah S.W.T membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudahkan segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali sewaktu bangun tengah malam. Inshaa Allah akan dimakbulkan Allah S.W.T.

#6- Ikhtiar Menyembuhkan Penyakit

Disarankan juga mengamalkan membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali, Inshaa Allah dapat mengubati sakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lain.
Itulah beberapa fadhilah atau khasiat dari Surah Al-Fatihah yang boleh kita amalkan sesuai dengan hajat kita.
Apa pun hajat kita, asalkan kita yakin dan percaya dengan kekuasaan Allah S.W.T, tentu Allah S.W.T akan mengabulkan doa-doa kita.

Kongsikan Artikel Ini  

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

























 



 



 
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.