Rabu, 16 Januari 2019

Kelebihan Mempelajari al-Qur’an dan Mengajarkannya

 
Daripada Uthman RA, daripada Nabi SAW bersabda: "Orang yang paling baik di antara kamu adalah seseorang yang belajar al-Qur’an dan mengajarkannya."  (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 5027, Abu Dawud, No. 1452, at-Tirmizi, No.2907)
Matan Hadith :

عَنْ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ.
تخريج : [صحيح البخاري , كِتَاب فَضَائِلِ الْقُرْآنِ , بَاب خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ, حديث رقم 5027].
 
 
Pengajaran hadith :
 
  1. Al-Qur’an adalah firman Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, yang tertulis di dalam mushaf, dinukil daripadanya secara mutawatir dan diberikan ganjaran pahala beribadah apabila membacanya.
  2. Umat Islam dituntut mempelajari al-Qur’an sama ada untuk memperbetulkan bacaannya atau memahami isi kandungannya sebagai pedoman dalam kehidupan.
  3. Apabila seseorang Muslim mempelajari al-Qur’an maka Allah SWT akan mengurniai kemuliaan dan kelebihan yang besar. Manakala bagi mereka yang mahir dengan al-Qur’an dituntut mengajarkannya kerana Allah SWT akan memberikan kepadanya kemuliaan sebagai ahli al-Qur’an.
 
Sumber rujukan :
 
 1. Kitab Sahih al-Bukhari 2. Kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari Li Ibn Hajar al-Asqolani
3. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.