Jumaat, 23 Februari 2018

Khasiat Doa Selepas Azan

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Doa Selepas Azan adalah suatu sunnah dan apabila telah selesai azan yang dikumandangkan oleh mu’azzin, setiap Muslim yang mendengar azan tersebut hendaklah berdoa dengan penuh penghayatan.
Waktu selepas azan juga adalah masa mustajab berdoa, maka lebih afdhal dan ada baiknya jika setiap kali lepas doa azan kita tambahkan dengan Asmaul Husna dan doa untuk ibu bapa. Terlebih dahulu hendaklah dibaca 1 – 3 kali selawat sebelum membaca doa selepas azan:


 selawat nabi ringkas
.
.
Kemudian bacalah doa selepas azan berikut:
 Doa Selepas Azan dan Iqamat SQ
.
Hadis dari Abdullah bin Amr, Rasulullah bersabda: “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang  di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.” (Riwayat Imam Muslim).
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
Artikel Berkaitan:
  1. Keistimewaan Dan Kelebihan Seruan Azan  (Klik Di Sini)
  2. Fadhilat Menjawab Lafaz Dan Seruan Azan  (Klik Di Sini)
https://shafiqolbu.wordpress.com/2014/03/23/doa-selepas-azan/












 







 
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.