السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا. مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْهُ فَلاَ هَادِيَ لَهُ
سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا إِنَّكَ أَنْتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أَمَّا بَعْدُ
Alhamdulillah, kita bersyukur pada Allah SWT, kita masih diberikan peluang oleh Allah untuk terus mencetak prestasi ibadah dan semoga dengan peluang dan kesempatan yang kita sedang nikmati ini, kita saling ingat mengingatkan agar benar-benar kita mampu memaksimalkan penggunaannya.
Jadi, ikhwah sekalian, kita masuk kepada surah Al-‘Asr. Surah ini disebutkan oleh para mufassirin bahawa ia merupakan urutan surah yang ke-13 yang diterima di Mekah.
Di situ Allah bersumpah dengan satu waktu. Kalau kita lihat ikhwah sekalian, dalam Al-Qran itu ada beberapa lafaz yang Allah gunakan untuk menggambarkan waktu. Jadi antaranya الدَّهْر ,الْعَصْر dan الوقت sendiri.
الدَّهْر (ad-dahru) itu disebutkan sejak keberadaan langit dan bumi ini. Itu disebut الدَّهْر. Manusia, ketika bumi sudah ada, dia belum ada lagi. Sebab itulah Allah sebutkan,
هَلْ أَتَىٰ عَلَى الْإِنْسَانِ حِينٌ مِنَ الدَّهْرِ لَمْ يَكُنْ شَيْئًا مَذْكُورًا
"Bukankah pernah datang kepada manusia waktu dari masa yang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?"
[QS Al-Insan, 76:1]
Pernah berlaku satu masa, maksudnya di zaman dahulu, ketika langit dan bumi sudah ada tapi manusia itu belum ada lagi wujudnya. Itu disebut الدَّهْر.
Dan ada lagi Al-Quran menggunakan perkataan الوقت (al-waktu). الوقت itu menggambarkan sesuatu perkerjaan yang perlu diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sebab itu disebut,
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
"Sungguh solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman."
[QS An-Nisa', 4:103]
الوقت, sebab dia ada tempoh.
Dan, yang terakhir yang kita akan bahas iaitu, الْعَصْر (al-'asru).
عصر itu ialah waktu yang digunakan oleh manusia. Sejak dia lahir mungkin dari tahun sekian sampai wafatnya itu, disebut sebagai الْعَصْر. Masa yang dipergunakan untuk melalui hidup ini. Contohnya, kita lahir tahun 1975, maka sejak dari itulah kita punya عصر, sampai nanti kita diakhiri. Ataupun di dalam Al-Quran ada juga yang namanya أَجَل (a-jal), itu juga berkenaan dengan waktu. أَجَل itu adalah berakhirnya tempoh kehidupan dan tempohnya sesuatu itu. Contohnya, gelas pecah. Maksudnya, ajalnya sudah sampai.
Ikhwah sekalian. Erti sebenar الْعَصْر itu ialah, "memerah". Sebab itu, عصير ('a-syir) itu ialah jus.
"أين عصير؟"
"Mana jus?"Sebab ia kan diperah. Termasuklah santan. Namanya عصير.
Kenapa Allah menggunakan الْعَصْر ? Ini adalah untuk menggambarkan sesuatu yang akan memberi efek yang sangat besar.
Sebab itu waktu 'Asar itu disebut عصر, ikhwah sekalian. Sebab ketika itu, keringat manusia telah diperahkan dengan aktiviti dari pagi. Jadi, itu juga makna-makna yang kita boleh gabungkan. Maka mungkin dengan pemerahan keringat itu, sehingga manusia apabila sampai waktu itu ('Asar), dia sudah malas. Di sini Allah bersumpah,
وَالْعَصْرِ
"Demi masa"
إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْر
"Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian"
Ikhwah sekalian, di situ disebutkan bahawa betul-betul manusia itu secara total. Allah menggunakan فِي.
فِي itukan maksudnya "di dalam". Jadi secara totalnya manusia itu memang terancam dengan kerugian. Barulah di sana ada pengecualian.
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا
"Kecuali mereka yang beriman"
Bila آمَنُوا ikhwah sekalian, dengan hanya beriman, dia baru boleh menyelamatkan kerugiannya satu per empat.
وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
"Dan beramal soleh"
Itu beerti, separuh dari unsur kerugian itu dia sudah cuba untuk menyelamatkan.
Di situ ada empat peringkat yang Allah akan selamatkan maunsia daripada kerugian yang total.
Mungkin hari ini masyarakat kita tengok ramai yang mengaku beriman. Mudah-mudahan imannya itu adalah iman yang diraikan oleh Allah. Tapi, itu baru satu per empat daripada unsur kerugian yang dia boleh selamatkan. Sehinggalah dia mampu mengekspresikan imannya itu dalam bentuk amal soleh. Itu baru separuh!
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
"Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh"
Tapi tetap masih dalam keadaan rugi. Baru separuh.
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ
"Dan saling berwasiat dengan kebenaran"
Dan,
وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
"Dan saling berwasiat dengan kesabaran"
Ikhwah sekalian, bilakah manusia itu akan mula merasa kerugian? Apalagi, bila kita katakan, Allah menggunakan kalimah فِي.
فِي itukan ikhwah sekalian, dia tidak kelihatan bahawa dia akan masuk ke dalam itu. Jadi, betul-betul manusia itu terselubungi oleh kerugian. Sehingga ada yang kadang-kadang dengan keselubungan itu, dia mungkin tidak sedar, sebab dia sangka dia tiada masalah. Sedangkan dia terancam untuk binasa jika dia tidak berusaha untuk menyelamatkan diri.
فِي itukan ikhwah sekalian, dia tidak kelihatan bahawa dia akan masuk ke dalam itu. Jadi, betul-betul manusia itu terselubungi oleh kerugian. Sehingga ada yang kadang-kadang dengan keselubungan itu, dia mungkin tidak sedar, sebab dia sangka dia tiada masalah. Sedangkan dia terancam untuk binasa jika dia tidak berusaha untuk menyelamatkan diri.
Satu lagi, pada kalimat خُسْرٍ itu tidak menggunakan ال, menunjukkan bahawa, "Aneka ragam kerugian yang akan menimpa manusia." Maksudnya kerugian itu berbentuk umum. Jika dia menggunakan ال, bererti ada satu kerugian yang khas yang Allah maksudkan. Tapi, dengan tidak adanya ال, bererti, memang beraneka ragam kerugian yang akan menimpa manusia, melainkan dia beramal dengan empat amalan yang disebutkan oleh Surah Al-'Asr ini.
Disebutkan dalam satu riwayat, setiap kali terbitnya matahari, di sana ada satu laungan atau seruan yang menyeru,
"Wahai putera-puteri Adam, aku adalah makhluk baru yang kalau engkau tak manfaatkan sebentar lagi akan pergi dan takkan kembali selama-lamanya. Itulah waktu."
Waktu itu adalah modal kita yang paling besar yang kita akan gunakan untuk beraktiviti duniawi, untuk beribadah kepada Allah, untuk memberikan hak-hak keperibadian kita. Tapi kalau orang salah menggunakannya, maka dia akan menyesal.
Penyesalan itu akan berlaku ketika masuk waktu عصر. Maksudnya, bila umur orang itu sudah senja, saat itulah baru dia menyesal.
Sudah bodoh mengenai Al-Quran, hendak baca pun sudah rabun, sudah tidak tahu solat, mahu ruku' pun pinggang sudah sakit, lutut sudah sakit. Di saat itulah baru dia menyesal. Ada juga pepatah yang mengatakan, 'sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna'.
Kita yang masih dianugerahkan oleh Allah, Al-'Asr, kesempatan untuk mengguna pakai umur yang ada, mudah-mudahan kita mampu untuk saling وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ. Kita saling ingat-mengingatkan.
Di sini Allah bukan menggunakan kalimah yang bukan pasif atau satu hala. Tapi, dua hala. SALING ingat-mengingatkan. Maksudnya, saya akan rugi kalau saya tidak mengingatkan orang lain, dan saya akan rugi kalau tidak mengambil peringatan daripada orang lain. Kerana tidak ada manusia yang sempurna. Adanya "ا" dan "تَ" di situ menunjukkan adanya SALING belajar dan mengajarkan. Saling memberi dan menerima. Dan itu secara terus menerus, berkesinambungan. Sebab itu disebutkan وَصِيَّة (wasiah), iaitu penyampaian pesan secara halus agar diamalkan orang lain secara berkesinambungan. Itu makna "wasiat". Ada wasiat Allah. Ada wasiat Rasulullah.
Ini antara laluan untuk mengelak dari ancaman kerugian yang telah dimaklumkan oleh Allah melalui Al-Quran. Maka kita sebagai orang yang berakal dan orang yang waras, mari kita berusaha untuk memenuhi empat kriteria untuk selamat daripada kerugian yang Allah sebutkan.
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
"Dan saling berwasiat dengan kebenaran, dan saling berwasiat dengan kesabaran"
Menurut Abdullah Azam ketika dia mentafsirkan ini, "Kenapa selepas kebenaran itu Allah letak kesabaran?". Kerana dalam menyampaikan kebenaran ini, tidak semuanya diterima dengan dada yang lapang. Mungkin ada yang dicemuh, ada yang diperli. Tapi, mahu tidak mahu, demi keselamatan kita di akhirat, sampaikan! Soal penerimaan itu negatif ataupun positif, itu bukan urusan kita. Jadi, urusannya ialah, الصَّبْر.
Maka, sabar ketika menyampaikan kebenaran jika ditanggapi dalam bentuk negatif.
وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
"Dan saling berwasiat dengan kesabaran"
Jadi, kebenaran itu perlu kesabaran. Maksudnya, walaupun kita sekarang ini tahu kebenaran, tetapi jika tidak sabar, kita akan terpedaya dengan daya tarikan keduniaan yang penipuan, مَتَاعُ الْغُرُورِ.
وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ
"Tiadalah kenikmatan dunia itu melainkan kenimatan yang penuh dengan penipuan"
[QS Al-Hadid, 57:20]
Inilah yang Allah sebutkan. Begitu pentingnya ayat ini (Surah Al-'Asr) sampaikan Imam Asy-Syafie mengatakan,
"Andaikata Allah tidak menurunkan wahyu melainkan dengan Al-'Asr ini, maka ianya cukup bagi manusia."
Untuk digunakan sebagai silibus kehidupan.
Kebenaran yang kita disuruh untuk bersamanya ini adalah sesuatu yang mantap, yang tidak berubah. Syariat itukan sesuatu yang mantap, jelas, tegas dan tidak berubah. Dan, puncak kebenaran itu ialah Allah yang tidak akan berubah dan tidak akan berubah selama-lamanya.
Kita juga diingatkan untuk saling ingat-mengingatkan tentang keesaan Allah SWT, dan juga isi kandungan Al-Quran yang juga datangnya dari Allah. Ini adalah tugas kita. Ini menunjukkan mengajar itu satu kewajiban. Maksudnya DAKWAH itu adalah satu yang dituntut oleh agama, sebab dengan dakwahlah manusia itu akan tersentuh dengan sentuhan maklumat.
Ramai orang yang hendak solat, tapi dia tak tahu bagaimana nak solat. Ramai orang hendak berubah, tapi dia tidak tahu dari sudut mana dia harus memulai dia punya titik mula, titik perubahan. Inilah fungsi dakwah. Iaitu kita memberikan satu sentuhan kepada manusia-manusia yang sedang menunggu untuk perbaiki diri, namun disebabkan keterbatasan maklumat keagamaan yang dimiliki, akhirnya dia kebingungan. Maka dakwahlah penawarnya.
Dan sebagai seorang yang telah meyakini akan kepentingan dakwah, dakwah itu dia tidak ada dia punya penghujung. Penghujungnya itulah hari kiamat, itu secara umum. Tetapi, secara peribadi, dakwah itu berakhir mengikut umur manusia. Ia sangat memerlukan kesabaran.
Jadi, kesimpulannya, ikhwah sekalian, kita kena hargai dan isi serta manage waktu yang Allah berikan. Sebab itu adalah modal yang terbesar kita untuk mengharungi hidup yang bersifat ujian ini.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ رَحْمَةِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ فَضْلِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد بِعَدَدِ خَلْقِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَا فِى عِلْمِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ كَلِمَاتِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ كَرَمِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ حُرُوْفِ كَلاَمِ اللهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ قَطْرِ اْلاَمْطَارِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ وَرَقِ اْلاَشْجَارِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ رَمْلِ اْلقِفَارِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ اْلحُبُوبِ وَ الثِّمَارِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَا اَظْلَمَ عَلَيْهِ اللَّيْلُ وَ اَشْرَقَ عَلَيْهِ النَّهَارِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَنْ صَلَّ عَلَيْهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ مَنْ لَمْ يُصَلِّ عَلَيْهِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ اَنْفَاسِ الْخَلَائِقِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ نُجُوْمِ السَّمَوَاتِ
اَللّٰهُمَّ صَلِّ وَ سَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ بِعَدَدِ كُلِّ شَىْءٍ فِى الدُّنْيَا وَاْلاَخِرَةِ وَصَلَوَاتُ اللهِ تَعَالَى وَ مَلاَئِكَتِهِ وَ اَنْبِيَائِهِ وَ رُسُلِهِ وَ جَمِيْعِ خَلْقِهِ عَلَى سَيِّدِ الْمُرْسَلِيْنَ وَ اِمَامِ اْلمُتَّقِيْنَ وَ قَائِدِ غُرِّ اْلمُحَجَّلِيْنَ وَ شَفِيْعِ اْلمُذْنِبِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِهِ وَ اَصْحَابِهِ وَ اَزْوَاجِهِ وَ ذُرِّيَتِهِ وَ اَهْلِ بَيْتِهِ وَ اْلاَئِمَّةِ الْمَضِيْنَ وَ الْمَشَائِخِ الْمُتَقَدِّمِيْنَ وَ الشُّهَدَاءِ وَ الصَّالِحِيْنَ وَ اَهْلِ طَاعَتِكَ اَجْمَعِيْنَ مِنْ اَهْلِ السَّمَوَاتِ وَ اْلاَرَضِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ وَ يَا اَكْرَمَ اْلاَكْرَمِيْنَ وَ الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.