Isnin, 1 Julai 2019

Khasiat amalan - Jutawan Akhirat

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
TAZKIRAH  HARI INI :
JUTAWAN AKHIRAT..
KERANA PEMURAHNYA ALLaH
mari kita perbanyakkan ibadah  Kepada Allah untuk mengagungkan Allah, kerana rasa syukur dan cinta kepada Allah SWT.
Kalau kita memperbanyakkan amalan baik, maka Allah akan memasukkan kita ke  dalam golongan pilihan-Nya yang diqabulkan amal ubudiyyah mereka.
Tanda amal kita diterima adalah semakin banyak kita beramal, tidak akan nampak perasaan bangga. Jika seseorang beramal sedikit tapi berasa bangga, itu petanda amal itu tidak dimaqbulkan Allah SWT.
Allah maha pemurah. Allah menciptakan kita. Allah tahu kelemahan kita.
Kasih Allah kepada kita melebihi cinta dan kasihnya seorang ibu kepada anaknya.
kita yakin Allah kasihkan kita… tanpa kasih Allah mungkin disaat ini kita berada di tempat yang boleh mengundang murka Allah.
Alhamdulillah, Allah masih beri taufik dan hidayahnya sehingga kita dilorongkan kepada kebaikan yang mengundang rahmat-Nya.
Kehidupan kita hari ini sentiasa terikat dengan waktu, tempat dan suasana sehingga kadang kala ada sebahagian dari kita menjadikan alasan untuk tidak merebut ganjaran pahala dari Allah. Lantaran itu kepada manusia yang lemah seperti kita Allah tawarkan amal yang mudah dan ringan tetapi ganjarannya sangat besar.
1) Seseorang boleh mendapat ganjaran pahala sebanyak 1.5 bil.  dalam masa 2 saat saja. Tahukan anda apa ibadah itu?
عن عبادة رضي الله عنه قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( من استغفر للمؤمنين والمؤمنات كتب الله له بكل مؤمن ومؤمنة حسنة ) رواه الطبراني في "مسند الشاميين"( 3/234 ) قال الهيثمي في "مجمع الزوائد" (10/210) : إسناده جيد
Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa yang beristighfar untuk kaum mukminin dan mukminat, akan diberikan ganjaran kebaikan sejumlah banyaknya kaum mukminin dan mukminat ”.
P/s: ( sekalipun hadis ini dinilai dhoif, kita sebutkan di sini kerana mengambil kira perkara ini Fadhoil a’mal dan kerana ada juga ulama menilainya hasan seperti al-haitsami)  
Sebutlah, “Astaghfirullah lil mukminin wal mukminat”.

Sekarang, terdapat  lebih kurang 1.5 bilion umat Islam di dunia, jadi dengan menyebut doa ini, kita boleh mendapat ganjaran melakukan kebaikan kepada mereka semua sebanyak itu juga.
2) Jika kita membaca al-quran satu baris, ada 30/40 huruf, ganjarannya ialah 300/400 pahala . Jika baca satu muka surat, ada 15 baris, 15 kali 300/400 sudah berapa banyak kebaikan yang kida dapat ? Ini menunjukkan besarnya ganjaran Allah.
وعن عبد الله بن مسعود - رضي الله عنه - أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: «مَن قرأ حرفًا من القرآن فله حسنة والحسنة بعشر أمثالها، لا أقول: الم حرف ولكن ألف حرف ولام حرف وميم حرف»(4) رواه الترمذي وصحّحه
:“Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka baginya diberi sepuluh pahala kebajikan dan ditambah sepuluh lagi kebajikan  seumpamanya, tidak aku katakan ( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tatapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. ”



3) Satu selawat kepada Nabi SAW, Allah akan ganjarkan dengan berselawat kembali 10 kali kepadamu. Satu selawat daripada Allah tentulah lebih baik dan mulia daripada sejuta doa dan selawat manusia.
جاء من حديث أنس بن مالك رضي الله عنه قال قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر صلوات وحطت عنه عشر خطيئات ورفعت له عشر درجات.  رواه الإمام أحمد (11587) والنسائي (1297) - واللفظ له - بإسناد حسن.
“ Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat. Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali selawat dan dihapuskan dariny
Sesiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat. Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali selawat dan dihapuskan darinya sepuluh kesalahan dan diangkatkan untuknya sepuluh darajat”
Dalam 1 minit, boleh dimanfaatkan dengan 100 kali selawat. Jikalau lidah anda berat dan tidak mampu , maka dengan 50 kali selawat, dan kita akan diganjarkan dengan 500 kali selawat daripada Allah SWT. Dan 500 kesalahan dihapuskan serta 500 darjat kemulian bakal diraih.
Dengan sebanyak itu rahmat dan anugerah Allah kepada orang yang berselawat, Insya Allah segala keperluan kita semua akan dicukupkan Allah SWT dan moga-moga selawat kita diterima Allah SWT.

















Kesimpulan :
Tidak semua dari kita berpeluang untuk menjadi jutawan di dunia. Jangan sampai kita tidak menjadi JUTAWAN AKHIRAT… peluang untuk beramal amat mudah dan ganjaran yang besar telah Allah sediakan..
Hamba yang fakir ini berdoa moga-moga setiap orang Islam menjadi muslim yang dipilih Allah SWT menjadi kekasih-Nya . Semoga Allah SWT mengisi hati semua orang Islam untuk mencintai al-Quran dan  Rasulullah SAW.  Semoga kita semua  dijauhkan perasaan permusuhan, pergaduhan atau benci-membenci sesama kita yang meleburkan pahala amalan kita...amin.
Doakan istiqamah dapat beramal dan sampaikanla

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.