"Di hari akhirat kelak, Allah swt akan membahagikan manusia kepada tiga golongan"
▪ Golongan yang pertama adalah golongan kanan(Ashabul Yamin). Golongan ini adalah golongan yang beriman dengan Allah swt, mentaati perintah Allah swt dan menjauhi maksiat.
▪ Golongan yang kedua adalah golongan kiri(Ashabus Shimal). Golongan ini adalah golongan yang kafir kepada Allah swt, ingkar dengan perintah Allah swt dan sentiasa berada di dalam lembah maksiat.
▪ Golongan yang ketiga adalah golongan yang hampir dengan Allah swt. (Al Muqarrabun).
▪ Siapakah golongan Al Muqarrabun ni?
▪ Adakah orang yang bangkit tengah malam solat tahajud?
▪ Atau orang yang banyak berzikir dan baca Al Quran?
▪ Atau orang yang banyak sedekahnya?
"BUKAN"
▪ Al Muqarrabun adalah golongan manusia yang buat kebaikan dahulu daripada orang lain. Mereka adalah pelopor kebaikan. Mereka juga berebut-rebut dan berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan.
▪ Mereka ini istimewa di sisi Allah swt.
▪ Orang yang mula-mula buat kebaikan ini, dia akan dapat pahala semua orang yang mengikuti di belakang.
#dampingiquran
#warnaikehidupan
#quranelqurthuby
22 Oktober 2018
13 Safar 1440 H
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.