Anak Akan Jadi Lebih Beradab Bila Ibu Bapa Didik Anak Dengan Cara Ini..
Nak didik anak untuk menjadi seorang yang beradab dan sopan bukanlah mudah. Tambah pula semasa membesar, anak-anak mudah untuk mengikut contoh dari orang sekeliling tidak kira yang positif atau negatif. Jadi, amat penting untuk anda sebagai ibubapa tahu dengan lebih mendalam akan cara-cara yang mudah untuk melatih anak supaya mempunyai adab yang bagus. Jom cuba 15 tips ini.
14 TIPS MENGAJAR ADAB PADA ANAK
Since viral baru ni video anak pukul ibu dia tu. Saya nak share 15 tips ajar adab pada anak. Moga bermanfaat!
1. Sentiasa masuk rumah dengan salam dan ciuman. Cium anak-anak, cium isteri anda depan mereka. Ini akan beri satu sense of love and mercy pada anak-anak.
2. Jaga percakapan. Jangan pernah mengumpat jiran, atau sewaktu memandu, jangan mengutuk pemandu lain. Anak-anak anda dengar, hadam dan tiru percakapan anda. Hati-hati.
3. Bila call parents, bagi anak anda bercakap dengan mereka juga. Cucu kalau sembang dengan tok, memang lama. Sentiasa bawa mereka ziarah ibu bapa anda. Makin baik anda jaga ibu bapa anda, makin baik lah anak anda jaga anda nanti.
4. Bila hantar mereka ke sekolah, jangan asyik pasang Radio atau CD je. Tetapi, ceritakan pada mereka tentang diri anda. Zaman kecik-kecik anda dulu, zaman bercinta dan sebagainya. This will have a greater Impact -Trust Me!
5. Baca kan pada mereka sepotong hadith setiap pagi. Tak ambil masa lama pun, tetapi kesannya sangat hebat! Cuba lah.
6. Sikat rambut, gosok gigi, perpakaian kemas walaupun anda hanya duduk di rumah. Anak-anak perlu belajar bahawa berperwatakan kemas tiada kaitan dengan keluar rumah. Jadikan kemas itu personality mereka.
7. Kurangkan perkataan jangan atau tak boleh. Along, jangan buat itu, along jangan buat ini, along, itu tau boleh, ini tak boleh. Down lah budak tuu… Focus pada benda yang mereka kena buat atau boleh buat. Ini akan tambah confidence mereka.
8. Mintak izin anak sebelum masuk ke bilik mereka. Jangan sekadar ketuk pintu terus masuk. Mereka pun akan buat benda sama untuk anda.
9. Minta maaf pada anak-anak kalau anda ada buat silap. Ini akan mengajar mereka untuk jadi humble dan polite.
10. Jangan nak jadi sarcastic sangat atau perlekehkan pandangan atau pendapat mereka. Ini akan hilangkan keyakinan mereka, dan menyakitkan hati mereka.
11. Tunjuk kan rasa hormat pada privacy anak-anak anda. Ini penting untuk self-esteem mereka.
12. Ajar mereka sunnah-sunnah gaya hidup Nabi Muhammad ﷺ. Itu yang terbaik!
13. Elakkan bergaduh/bertekak depan anak. Ada salah faham settle elok-elok belakang mereka.
14. Layan ibu/ayah mereka (isteri/suami kita) macam Raja/Permaisuri. Macam mana kita layan pasangan, macam tulah anak akan layan kita.
*Memang akan mengambil masa yang agak lama untuk melatih anak-anak tentang adab. Namun apa yang anda perlu lakukan adalah terus sabar dalam mencuba kerana hasilnya pasti akan membanggakan anda!
VIDEO :
Apa kata anda? Dah Baca jangan lupa komen dan share ya.Terima Kasih
Jom like page kami juga di Facebook @Terlajak Viral
Jom like page kami juga di Facebook @Terlajak Viral
Copyright © 2018 | WordPress Theme by MH Themes
Leave a Reply