Baca Al-Mathurat Tiap Hari
Al Ma'thurat
|
المَأثُورَاتُ
|
Al-Mathurat ialah wirid dan doa harian yang disusun oleh As Syahid Imam Hassan Al Banna berdasarkan dalil-dalil yang sahih; dan amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.
Al Mathurat zikir pagi dan petang.
Boleh ikut baca sambil mendengar bacaan al-Mathurat:
Alhamdulillah.... Istiqamah kita membaca al-Mathurat pagi dan petang.
Untuk bacaaan petang tukar:
اَصْبَحْنَا kepada اَمْسَيْنَا
وَاِلَيْهِ النُّشُوْرُ kepada 'wa ilai hil masir'
اَصْبَحْنَا وَاَصْبَحَ kepada اَمْسَيْنَا وَاَمْسَى
اَصْبَحْتُ kepada 'amsaitu'
Ayat disalin dari website m-mathurat.com, ribuan terimakasih. Alhamdulillah tercapai hasrat untuk dapat membaca al-mathurat yang ber 'font'besar terus dari blog melalui hand-fon. Lagi pula, memori telefon dah semakin kurang. Jadi untuk jimatkan space, dapat lah saya delete kan saja applikasi al-Mathurat yang telah di-upload ke dalam telefon sebelum ini... Alhamdulillah.
Doa bermaksud:
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami lidah yang lembut basah kerana mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu dan tubuh badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah kami cara hidup (Din) yang jitu dan unggul, selamat daripada segala mara bahaya dan petaka. Kami mohon, ya Allah, kecukupan daripada segalanya sehingga tidak sampai kami terpaksa meminta-minta daripada orang lain. Berikanlah kami, ya Allah, iman yang sebenar-benarnya sehingga kami tidak lagi gentar, mengharap dan menyembah selain daripada-Mu. Kembangkanlah naungan rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Janganlah, ya Allah, Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun kadar sekelip mata sekalipun atau kadar masa yang lebih singkat dari itu, ya Allah, ya Tuhan kami, Engkau Tuhan yang Maha Memperkenankan segala permintaan.
Selawat dan restu-Mu untuk Junjungan kami Muhammad SAW, Nabi yang mulia, dan kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda seluruhnya.
Aamiin ya hayyu ya qayyum.
**Doa Selepas Wirid Al-Mathurat ada di SINI
**maksud ayat-ayat al-Mathurat ada di sini