Kebaikan dan Khasiat Halba Untuk Kesihatan, Mungkin Ramai Yang Tak Tahu!

Khasiat halba untuk kesihatan
Mungkin masih ada yang belum tahu tentang kebaikan dan khasiat halba untuk kesihatan kerana ia adalah sejenis rempah ratus yang sering digunakan dalam berbagai jenis masakan. Sebenarnya halba mempunyai banyak kebaikan untuk manusia selain untuk masakan. Khasiatnya telah terbukti dengan jelas selepas ramai yang menggunakannya dalam perubatan.
Di Terengganu halba sering digunakan untuk masakan nasi dagang dan di Melaka, ia digunakan untuk masakan asam pedas yang sememangnya terbukti kesedapannya. Malahan, ia juga digunakan dalam bermacam masakan yang berfungsi untuk meningkatkan lagi rasa masakan seperti daging, ayam, kuih dan sayur-sayuran.
Satu perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Zaimah Zakariatelah berkongsi tentang khasiat halba untuk kesihatan dan ia juga dijadikan sebagai ubat selain dari murah dan mudah didapati. Perkongsiannya itu telah menarik minat netizen yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang halba ini. Berikutnya adalah perkongsian beliau di laman Facebook.

Khasiat Halba untuk Kesihatan

Khasiat halba
Halba adalah sejenis rempah ratus yang terbukti mujarab untuk bermacam penyakit.
Selepas dah tahu tentang ni, kita mesti ada sekurang-kurangnya sekilo halba di rumah.
Rasulullah saw bersabda :
‘Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas? ‘
Sila baca dan sebarkan. Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.
Rasulullah saw bersabda :
‘Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas’ (Books of Sufi Healing m.s.58)
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Kurma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda :
‘Gunakanlah Halba sebagai ubat'(Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)
Kegunaan Halba
Cara buat teh halba
Air rendaman atau teh halba boleh diminum begitu sahaja.
1. Diminum sebagai teh untuk
– Melancarkan haid
– Menghilangkan kembung, sebu dan senak
– Pencuci perut
– Menguatkan jantung
– Menghilangkan lendir tekak
– Melegakan sakit kepala/migrain
– Membuang angin
– Menyembuhkan buasir
– Senggugut
– Merangsang rahim
– Kegemukan
– Kurang berat badan
– Mengawal kencing manis
– Radang kulit dan Bisul
2. Teh Halba campur Madu
– Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
– Anemia
3. Untuk anak-anak yang baligh
– kecergasan
– kekuatan badan
– Tumbesaran
4. Untuk ibu menyusu
– Banyakkan air susu ibu
5. Halba juga adalah ramuan tradisional menambahkan nafsu syahwat lelaki dan wanita.
Ubat mujarab untuk kencing manis
Halba juga boleh dimakan sebagai cara untuk tambah susu ibu.
Herba yang berbau harum ini sangat baik untuk lelaki iaitu dapat meningkatkan hormon testosterone, merangsangkan keinginan dalam hubungan, elakkan ejakulasi awal dan mampu meredakan kesakitan di bahagian prostat.
Manakala untuk kaum wanita, rempah ajaib ini juga boleh merangsangkan hormon estrogen yang meningkatkan pengeluaran susu ibu dalam jangka masa dua hari sahaja dengan penghasilan yang banyak.
Selain itu ia juga memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba juga merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad (Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Cara Penggunaan Halba
Halba boleh diminum seperti minuman teh dan cara untuk meminumnya hanya mengambil satu sudu teh dan masukkan dalam cawan. Campurkan sedikit air panas dan ianya perlu direndam semalaman sebelum diminum pada waktu pagi.
Anda boleh mengamalkan minuman ini pada setiap hari untuk hasil yang lebih berkesan. Air rendaman halba juga boleh diminum bersama sedikit madu yang akan menambah rasa manis selepas dicampurkan dengan manisan ini.
Bagaimana Nak Dapatkan Halba
Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah dibungkus secara komersil di pasar raya. Petua membeli halba yang elok adalah dengan pastikan anda membeli halba yang terbaik iaitu yang berwarna kekuningan seperti emas, berbau dan agak keras.
Elakkan terbeli halba yang telah disimpan lama, dikhuatiri dijangkiti kulat yang akhirnya menghilangkan rasanya yang sebenar. Pastikan anda menyimpan halba di dalam bekas kedap udara supaya kesegarannya dapat dikekalkan walaupun beberapa bulan lamanya tersimpan.
Gambar halba
Khasiat halba untuk kurus badan sangat sesuai dengan wanita. © Zaimah Zakaria
Cina: Hu Lu Ba
Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
Tamil : Vendayam
Ia juga boleh digunakan untuk meningkatkan stamina, kecergasan dan untuk menstabilkan gula dalam darah, sesiapa yang ada masalah kencing manis atau diabetes boleh juga cara ini.
Cara-caranya:
  1. Halba perlu digorengkan dengan tanpa minyak. Sila pastikan halba yang digoreng itu tidak hangus.
  2. Masukkan halba tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan air panas.
  3. Biarkan air rendaman halba itu menjadi suam sebelum ia diminum begitu sahaja.
Jika minuman rendaman air halba ini selalu diamalkan, Insha Allah, ianya akan dapat membantu menghilangkan kesakitan atau penyakit yang dialami dengan mujarab.

Written by Sazarimma