Isnin, 1 Oktober 2018

Apa itu 'Jazakallahu Khairan Kathira ?". Mari kita amalkan.




 Assalamualaikum. . .


Apa khabar kawan-kawan? Semoga sihat selalu disamping rahmat Allah. Apa khabar iman kita hari ni ? Semoga hati dan iman kita sentiasa dipelihara oleh Allah. Amin 

Sejak kebelakangan ni miza suka membudayakan seni bicara bahasa arab dengan kawan-kawan sekeliling miza. Miza mula jatuh cinta akan kelembutan bahasa arab ni melalui sahabat karib kesayangan miza.ni. Nama anak gadis ni ialah Raja Nursyuhada atau lebih mesra dikenali sebagai Syada. Ini blog dia click dan ini tumblr dia click. Subhanallah semoga segala amalmu diterima Allah wahai sahabatku :')

Miza sering kali menggunakan perkataan Jazakallah khairan atau Jazakillah khairan atau Jazakumullah khairan untuk menggantikan ucapan Terima Kasih dan Thanks. Alhamdulillah ramai la juga yang tanya apakah maksud disebalik perkataan yang indah itu.

Dah lama niat nak kongsikan. Actually miza belajar ini pun daripada seorang blogger ni. Sebab time tu tengah meng-google. Jadi rasa tertarik pula.

Selalunya apabila ada yang memberi sesuatu pasti kita akan cakap Terima Kasih, Thanks, Arigato dan sebagainya.

Sebenarnya ada kelebihan ucapan "Jazakallah khairan kathira" ni kerana ucapan ini bukan sekadar ucapan malah dapat mendoakannya juga. Macam pepetah Melayu ada berkata bahawa sambil menyelam minum air.

Oleh itu, mari kita amalkan ramai-ramai. Semoga memberi manfaat 
Jazakallah khairan kathira (untuk seorang lelaki)
Jazakillah khairan kathira (untuk seorang perempuan)
Jazakumullah khairan kathira (untuk ramai)
Ini pula adalah maksud disebalik ucapan tersebut :
Jazakallah khairan = Semoga Allah memberi/menambah kebaikan kepadamu. 
Jazakallah khairan kathira = Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu 
Sebaiknya apabila kita mendengar seseorang mengucapkan Jazakallah khairan / Jazakallah khairan kathira, jawab lah dengan ucapan ini : 
Wa iyyaka (untuk seorang lelaki)
Wa iyyaki (untuk seorang perempuan)
Wa iyyakum (untuk ramai.

Ini pula adalah maksudnya :
Dan ke atas kamu juga
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan serba kekurangan itu datang daripada diri miza sendiri. Insyaallah ada masa kite berjumpe lagi. Serba serbi kekurangan miza mohon ampun dan maaf. Wassalam.
Semoga Bermanfaat =D 






































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.