Selasa, 25 September 2018

6 WASIAT SAYYIDINA UMAR AL KHATTAB رضي الله عنه



🌿Jika engkau menemukan cela pada seorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu. Kerana celamu lebih banyak darinya.

🌿Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu. Kerana tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.

🌿Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah Allah ﷻ. Kerana tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih sopan santun lembut kepadamu selain DIA.

🌿Jika Engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalah kesenangan dunia. Kerana andai kata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.

🌿Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati. Kerana jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.

🌿Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah akhirat. Kerana engkau tidak akan memperolehinya kecuali dengan mencarinya.

والله اعلم بالصـواب



































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.