Senang-senang singgahlah.....
Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Boleh jadi apa yang tidak kamu sukai, justeru itulah yang baik bagi kamu dan boleh jadi pula apa yang kamu sukai, justeru itulah yang tidak baik bagi kamu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui. " Surah Al-Baqarah: 216)"
Sunday, February 5, 2012
Sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang bermaksud :-
" Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya 10 kali, menghapuskan kesalahannya dan mengangkatnya 10 kali darjat""
Fadhilat (Kelebihan) Selawat Ke Atas Nabi Muhammad saw
Jika selawat dari Allah swt ertinya rahmat dan jika ia daripada Malaikat dan selainnya,ia bererti doa.Allah Ta’ala berfirman :
Jika selawat dari Allah swt ertinya rahmat dan jika ia daripada Malaikat dan selainnya,ia bererti doa.Allah Ta’ala berfirman :
Ertinya : “Wahai mereka yang beriman,berselawatlah kamu ke atasnya dan berilah salam sepenuhnya ke atasnya”.
[QS Al-Ahzab : 56]
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali,nescaya Allah berselawat sepuluh kali (iaitu Allah memberi rahmat ke atasnya sepuluh rahmat)”.
Sesetengah sahabat bertanya kpd Rasulullah saw:
“Adakah yang demikian itu dengan kehadiran hati?” Baginda saw menjawab dengan sabdanya : “Tidak. Tetapi orang yang berselawat dengan hati yang lalai pun diberikan rahmat oleh Allah seumpama bukit besarnya dan para Malaikat memohon doa agar diampunkannya. Apabila disebutkan selawat itu dengan kehadiran hati, maka tidak diketahui betapa besar kadar kurniaan rahmat ke atasnya melainkan Allah swt sahaja yang mengetahuinya” .
Ketahuilah bahawa segala zikir tidak diberi pahala dan tidak diterima melainkan dengan disertai dengan kehadiran hati kecuali membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi saw yang mana kedua-duanya diterima dan diberi pahala tanpa kehadiran hati.
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa yang berselawat ke atasku seribu (1000) kali, nescaya ia tidak mati sehinggalah dibawakan berita gembira mengenai Syurga untuknya”.
Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku satu kali nescaya Allah Ta’ala berselawat ke atasnya 10 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 10 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 100 kali.Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali, nescaya Allah berselawat ke atasnya 1000 kali. Barangsiapa berselawat ke atasku 1000 kali, nescaya ia tidak disentuh api Neraka”.
Nabi saw bersabda : “Barangsiapa lalaikan dirinya dari berselawat ke atasku, maka sesungguhnya ia tersalah jalan ke Syurga”.
Sabda Nabi saw : “Sesungguhnya manusia yang paling utama bersama-samaku pada hari Kiamat (iaitu yang paling hampir kepadaku dan yang lebih berhak dengan syafaatku pada hari Kiamat) ialah yang paling banyak berselawat ke atasku di dunia di kalangan mereka”.
Sabda Nabi saw : “Selawat kamu ke atasku akan menghapuskan dan menghilangkan dosa -dosa kamu seperti air menghapuskan api".
Sabda Nabi saw : “Tiada satu doa seseorang itu melainkan antaranya dan langit terdapat
hijab sebagai pendinding sehinggalah ia berselawat ke atasku. Apabila ia telah berselawat,
maka terkoyaklah hijab itu dan doa itu pun diangkatkan ke langit iaitu diperkenankan” .Sabda Nabi saw : “Barangsiapa berselawat ke atasku 100 kali dlm satu hari,maka Allah tunaikan 100 hajatnya. 70 hajat untuk akhiratnya dan 30 hajat untuk dunianya”.
Nabi Muhammad saw bersabda : “Jibril telah datang kepadaku dengan berkata :
“Wahai Rasulullah, tiada siapa yang berselawat ke atasmu melainkan 70 ribu Malaikat
berselawat ke atasnya”.
Sabda Baginda saw : “Malaikat yang berjalan di muka bumi menyampaikan salam daripada umatku”.sumber http://lenggangkangkung-my.blogspot.com
Sabda Baginda saw : “Malaikat yang berjalan di muka bumi menyampaikan salam daripada umatku”.sumber http://lenggangkangkung-my.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.