Bukit Uhud ini panjangnya 6 km. Bukit Uhud banyak kali disebut oleh Rasulullah ﷺ di dalam hadis baginda ﷺ; yang pertamanya Rasulullah ﷺ sebut sebagai bukit yang sayang kepada kita dan kita sayang kepadanya…
Yang kedua, pahala solat jenazah mendapat 1 qirat, di mana 1 qirat itu sebesar Bukit Uhud.
Dan yang ketiga ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tabarani, daripada Anas bin Malik ‘ Rasulullah ﷺ berpesan kepada Muaz bin Jabal;
‘Wahai Muaz nak tak jika aku ajar kepadamu satu doa yang jika kamu berdoa dengannya, walaupun hutang sebesar Bukit Uhud (6 Km panjang), Allah Ta’ala akan selesaikan hutang tersebut? Kata wahai Mu’az… (doanya seperti di bawah)
Gunung atau Bukit Uhud mencintai Rasulullah SAW dan begitu juga sebaliknya. Menziarahinya kita akan mengambil hikmah mengenang pahit getir perjuangan Rasulullah dan para sahabat mempertahankan Islam. Uhud terletak kira-kira 7 km dari Madinah. Ia tidak bersambungan dengan banjaran gunung-gunung lain, nama Uhud sendiri bermaksud tersendiri.
Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda :
“Sesungguhnya Uhud adalah satu gunung yang mencintai kami dan kami juga mencintainya.”
(Disetujui oleh Al-Bukhari dan Muslim) – Melurhasanah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.