Isnin, 3 September 2018

MENUJU FIRDAUS


Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah bersabda : “ Apabila kalian memohon kepada Allah SWT maka mohonlah kepada-Nya syurga Firdaus, kerana sesungguhnya Firdaus adalah syurga yang paling baik dan yang paling tinggi. Di atasnya adalah ‘Arasy dan daripadanya memancar sungai-sungai syurga.” Diriwayatkan oleh Bukhori.
 

SYURGA

GANJARAN SYURGA UNTUK WANITA SOLEHAH

Kenapa Allah SWT berkali-kali menceritakan tentang Bidadari yang cantik jelita yang merupakan pasangan untuk kaum lelaki syurga dan tidak menceritakan suami-suami untuk kaum wanita?


Allah menciptakan putera-putera Adam dengan tabiat yang unik, iaitu sangat tertarik dengan wanita yang cantik. Anak Adam ini sanggup berkorban dan melakukan apa saja untuk mendapatkan wanita yang disukainya, Maka Allah swt menyebut para bidadari yang cantik, bermata jeli sebagai ganjaran bagi mereka yang beriman. Dengan tujuan, agar anak Adam yang penuh ego ini tertarik dan berlumba-lumba beribadah kepada Allah, beramal soleh, dan berbuat baik terhadap sesama dan lingkungan alam sekitarnya.

Berbeza dengan perempuan yang memiliki sifat pemalu, bahkan sangat malu sekali. Tabiat wanita, sekalipun suka terhadap lelaki namun perasaan malu yang dimilikinya dapat menahan dirinya untuk menampakan rasa suka itu. Dengan demikian Allah SWT tidak mendorong dan memotivasi kaum hawa untuk beramal soleh dengan cara menceritakan ganjaran yang membuat mereka malu ketika dibaca atau didengar. Misalnya, dengan menceritakan keperkasaan, ketampanan, dan keanggunan pasangan yang akan mereka dapatkan di syurga kelak.

Namun dengan tidak menyebut pasangan yang mereka dapat, bukan bererti Allah SWT tidak memberikan pasangan di syurga. Wanita solehah yang tidak menikah di dunia atau wanita solehah yang sudah menikah di dunia tetapi suaminya kelak masuk nereka, mereka akan mendapatkan pasangan lelaki perkasa, tampan, penuh romantis dari golongan manusia yang menyejukan hati dan pandangan mata mereka di dalam syurga.

Walau bagaimana cantik jelitanya bidadari di Syurga sana, namun tetap lebih cantik dan mulia wanita solehah yang pernah hidup di dunia. Disebabkan ibadah dan ketaatan yang mereka lakukan semasa hidup di dunia. Di syurga, mereka tidak akan mengalami rasa letih, tidak akan tua. Jika di dunia bertambahnya umur menyebabkan wajah kita kelihatan semakin tua tetapi di syurga, wajah itu semakin hari akan semakin cantik dan yang istimewa mereka akan tetap perawan selama-lamanya. Subhanallah…

Di dalam syurga tidak ada seorangpun manusia yang tidak memperoleh pasangan, baik laki-laki maupun perempuan. Sebagaimana hadis Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab shahihnya dari Abu Hurairah radhiallahu ‘ahu beliau bersabda, ” Tidak ada seorang pun di dalam syurga itu yang sendirian (tidak mempunyai pasangan).”

Jadi baik laki-laki atau perempuan penghuni syurga yang tidak mendapatkan pasangan di dunia, Allah akan menikahkan mereka di syurga kelak dengan pasangan penghuni syurga. Tidak usah merasa terzalim bila Allah tidak menyebutkan pasangan bagi kaum perempuan di Syurga kelak. Allah SWT Maha Adil terhadap hamba Nya, tak ada seorang hambapun yang dizalimi Nya.

Oleh, Bohri Rahman.
Penulis adalah bekas pelajar Universiti Al Azhar Kairo dan kontributor ISCO (Islamic Studies Center Online)


******************************************

MENEMPAH RUMAH DI SYURGA

Sesiapa yang inginkan rumah yang megah dengan taman-taman yang indah di syurga, dia boleh menempahnya dari sekarang.

Harga yang diminta bukannya wang ringgit ataupun emas permata, akan tetapi AMAL SOLEH dan ZIKIR yang kita perlukan. Amalan inilah yang akan menjadi bahan bagi pembinaan rumah-rumah di syurga.

Al Hafiz Ibn Abi al dunia meriwayatkan daripada Hakim al Ahmasi, " Aku mendengar bahawa rrumah Syurga dibina dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhentilah juga malaikat yang bekerja membangunkannya. Apabila mereka (para malaikat) ditanya, "Mengapa kamu berhenti bekerja?", Mereka menjawab, "Kami sedang menunggu bahan-bahannya".

Pada masa ini, semua para pekerja binaan itu sedang giat bekerja. apabila telah selesai semua yang hendak disiapkan, pemilik rumah pun dijemput untuk mendiaminya.

Ibn Rajab al Hanbali bercerita, suatu hari seseorang yang soleh berjumpa malaikat dalam mimpinya. Malaikat itu berkata, "Kami diperintahkan untuk menyelesaikan rumahmu di syurga. rumah itu diberi nama "Vila Kebahagiaan" (Dar al-Surur). Kami telah membina dan menghiasinya dengan sangat indah. Khabar gembira untukmu, setelah 7hari nanti rumah itu akan sempurna dibina." Tujuh hari kemudian, orang soleh itu meninggal dunia.

BAGAIMANA MEMBINA TAMAN UNTUK MENGHIASI PERSEKITARAN RUMAH KITA DI SYURGA ?

Pada malam Isra' Mikraj, Baginda Nabi saw berlalu melintasi Nabi Ibrahim a.s. Beliau bertanya, "Siapakah orang yang bersamamu itu Jibrail?". Jibrail menjawab, "Inilah Muhammad".

Nabi Ibrahim lalu berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu untuk memperbanyakkan menanam pokok di Syurga kerana tanahnya sangat subur dan kawasannya sangat luas".

Nabi saw bertanya, "Bagaimanakah caranya menanam pokok-pokok di Syurga?"

Nabi Ibrahim menjawab, "Ucaplah kalimah LAA HAWKA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH"

Hadith ini diriwayatkan dan disahihkan oleh Ibn Hibban, al-Raqaiq no.818.

Hadith ini mengatakan bahawa pokok-pokok yang menghiasi taman-taman Syurga dibuat daripada zikir-zikir yang dibaca oleh manusia (empunya taman).

Daripada Jabir, Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang membaca SUBHANALLAHAL 'AZHIM WABIHAMDIH, makan akan tertanam baginya pokok kurma di syurga.

Manakala daripada riwayat Abu Hurairah, Nabi saw bersabda : " Ucaplah SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WA LA ILA HAILLALAH, WALLAHU AKBAR, nescaya akan ditanam bagimu dengan setiap kalimah itu sebatang pokok di syurga".

Menurut ramai ulama, makna zikir di sini bukanlah terbatas pada aktiviti lisan sahaja. Namun ia meliputi PELAGAI IBADAH yang dilakukan manusia termasuklah aktiviti menuntut ilmu.

Said bin Jubair, seorang pakar tafsir dalam kalangan tabiin di Mekah berkata, " Zikir adalah dengan mentaati segala perintah Allah swt. Sesiapa yang tidak taat kepada Allah (cth : tidak jaga solat, tidak jaga aurat, tidak mengikut arahan Allah sepenuhnya) maka ia tidak dikira berzikir meskipun ia memperbanyakkan tasbih, tahlil dan bacaan al-Quran.

Selama nyawa masih dikandung badan, sungguh mudah membangunkan rumah idaman anda di Syurga. Hanya perlu mengucapkan tasbih dan tahlil kita telah Berjaya mewujudkan sebuah 'Mahligai' dengan taman yang indah. Maka, orang yang berakal tidak akan melepaskan peluang ini untuk membina mahligai di syurga yang seindah-indahnya. Iaitu dengan memperbanyakkan ibadah sunnah dan zikir.

Semoga Allah meringankan lidah-lidah kita untuk berzikir menyebut nama-Nya sepanjang masa kerana semakin banyak zikir, semakin indah dan rendang menghijau taman-taman tersebut.

Amin ya Robbal 'alamin.

PETIKAN BUKU BESTSELLER : KOMPAS UMAT AKHIR ZAMAN

***************************************

KE SYURGA BUKAN KERANA AMALAN?

Kita masuk syurga bukan kerana amalan-amalan kita..
Bukan kerana tiap hari kita solat lima waktu plus solat-solat sunat yang lain
Bukan kerana kita taat berpuasa ramadhan dan rajin berpuasa sunat
Bukan kerana teratur mengeluarkan zakat bahkan sedekah..
Terlalu kecil amalan-amalan di atas untuk sekadar mendapatkan tiket masuk syurga
Lantas apa?

Rahmat Allah pada kita,
Kasih SayangNya pada kita..
Itu yang memasukkan kita ke syurganya!

Masalahnya bagaimana mengundang Rahmat Allah?
Iaitu dengan melakukan segala perintahNya dan menjauhi laranganNya

Jika kita telah berusaha melakukan segala amalan yang dicintai Allah
Tinggallah menunggu keputusanNya, untuk diletakkan di mana kita..

Rasulullah SAW pernah berkata, “Amal soleh yang kalian lakukan tidak bisa memasukkan kalian ke surga”. Lalu para sahabat bertanya: “Bagaimana dengan Engkau ya Rasulullah ?”. Jawab Rasulullah SAW : “Amal soleh sayapun juga tidak cukup”. Lalu para sahabat kembali bertanya : “Kalau begitu dengan apa kita masuk surga?” . Nabi SAW kembali menjawab : “Kita dapat masuk surga hanya karena rahmat dan kebaikan Allah semata”.

Memahami Allah dengan menggunakan kemampuan akal manusia adalah sia-sia, karena hakikat sifat-sifat Allah tidak dicerna oleh akal manusia, tapi oleh hati manusia. Hati manusia akan membantu kita memahami Allah, karena didalam hati bersemayam fitrah manusia yang salah satunya memiliki sifat-sifat cinta kepada Allah. Hatipun perlu dibersihkan terlebih dahulu dari kotoran (sifat sombong, dengki, kikir, dsbnya) agar fitrah manusia bisa diaktifkan untuk memahami sifat-sifat Allah dengan baik.

Melalui pengenalan yang baik terhadap Allah melalui cara-cara yang diatur dalam Qur’an dan hadits, akan kita temukan bahwa Allah mensyaratkan aqidah Islam yang benar sebelum segala amal ibadahnya diterima.

Aqidah adalah hal yang pokok yang membedakan Islam dengan agama lainnya.
Aqidah adalah fondasi bangunan seorang umat Muslim, sedang ibadah (syariah) adalah dinding bangunan seorang Muslim, lalu akhlak adalah atapnya. Tanpa fondasi maka ia pun tidak bisa mendirikan bangunan diri seorang Muslim, tanpa aqidah yang benar dan lurus iapun tidak pantas disebut seorang Muslim. Tanpa ibadah yang sesuai syariah Islam, iapun belum sempurna untuk dikatakan sebagai sebuah bangunan yang bernama Muslim. Demikian pula, tanpa Atap yang bernama akhlak, bangunan yang bernama Muslim ini belum utuh dan akan mudah rusak oleh hujan dan panas.

Muslim yang baik wajib memiliki ketiga syarat ini (aqidah, ibadah dan akhlak) secara lengkap, tidak kurang satupun, dan harus sempurna. Bila aqidahnya salah, maka kekal lah ia di neraka, bila ibadah dan akhlak buruk maka ia ‘mungkin’ masih berpeluang masuk surga setelah di’cuci’ dulu di neraka. Semoga kita tidak termasuk sebagai orang yang di’cuci’ dulu, apalagi kekal, di neraka. Mumpung kita masih hidup di dunia ini, semoga kita diberi ilmu oleh Allah SWT mengenai kedahsyatan akhirat dan neraka, supaya kita tidak menggampangkan diri untuk menganggap bahwa di’cuci’ di neraka adalah bukan masalah besar. Memang sanggup panasnya? Siapa mau kipasin?! Naudzu billah min dzalik.

******************************************

TERAPI SYURGA

Beberapa hari lepas, saya ada dengar tazkirah Ustazah Norhafizah kat Usrati tajuknya TERAPI SYURGA.

Menusuk ke jiwa. Tazkirahnya tentang bagaimana kita nak bayangkan keindahan dan kenikmatan syurga itu sebagai satu pendorong untuk kita berkobar-kobar dalam ibadah,  juga sebagai faktor penguat agar terus bersabar ketika menghadapi setiap ujian yang menimpa.

Kata ustazah, tak salah jika kita beribadah kerana menginginkan syurga jika impian ini boleh dijadikan sebagai pencetus semangat untuk kita lebih istiqomah. Ini kerana Allah sendiri dalam al Quran telah menggambarkan pelbagai keindahan syurga yang pastinya akan dikurniakan kepada hamba2nya yang sabar dan bertakwa.

Nabi saw bersabda:َ
“Allah ‘azza wajalla berfirman: ‘Aku telah menyiapkan sesuatu yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga dan tidak pernah terlintas dibenak manusia untuk hamba-hambaKu yang soleh. Pembenarnya ada di dalam kitab Allah ‘azza wajalla: “Tak seorangpun mengetahui berbagai nikmat yang menanti, yang indah dipandang sebagai balasan bagi mereka, atas apa yang mereka kerjakan.” (As Sajdah: 17) (HR. Al-Bukhari no. 3244 dan Muslim no. 2824)

Rasulullah sendiri dalam sabdanya mengajar kita, sekiranya kita berdoa inginkan syurga, baginda saw menyuruh kita meminta syurga Firdaus.

Nabi saw bersabda:ِ
“Dalam syurga terdapat seratus darjat yang Allah persiapkan bagi para mujahidin di jalan-Nya, yang jarak antara setiap dua tingkatan bagaikan antara langit dan bumi, maka jika kalian meminta Allah, mintalah syurga firdaus, sebab firdaus adalah surga yang paling tengah dan paling tinggi, di atasnya ada singgasana Ar-Rahman, dan daripadanya sungai syurga memancar.”
(HR. Al-Bukhari no. 7423)

Bayangkan jika kita berada di syurga Firdaus dan langitnya adalah Arasy Allah....Masya Allah..pastinya lidah kita tak lekang memuji keagungan dan kebesaran Allah azza wajalla.

♥Kisah Saidina Umar mengimpikan bidadari
Ketika peristiwa isra' mi'raj, malaikat Jibril a.s. telah memperlihatkan kepada Rasulullah s.a.w. taman-taman syurga. Rasulullah s.a.w. melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bergurau senda. Tetapi baginda hairan kerana ada seorang bidadari yang begitu berbeza dari yang lainnya. Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Jibril a.s., "Wahai Jibril, bidadari siapakah itu"?.
Malaikat Jibril a.s. menjawab,
"Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.".

"Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Lalu dia telah mengimpikan seorang bidadari yang berbeza dari bidadari yang lainnya. Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Kerana sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah s.w.t. maka saat itu juga Allah s.w.t. menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya".

Subhanallah, betapa baik dan sayangnya Allah pada hambaNya yang taat...segala impian terus saja dipenuhi.

♥Kisah perempuan kulit hitam bertemu Rasulullah
Daripada Ata bin Abi Rabah. Berkata Abbas kepadaku, “Mahukah aku tunjukkan seorang wanita syurga kepadamu?” Kataku, “Ya.”
Dia berkata, “seorang wanita kulit hitam datang menemui Rasulullah saw dan berkata, ‘Ya Rasulullah, aku menghidap sejenis sawan yang ketika ianya menyerang menyebabkan auratku terbuka, doakanlah untukku ya Rasulullah agar sembuh’

Rasulullah berkata kepadanya,
“Jika kamu mahu, bersabarlah dan kamu akan masuk syurga; dan jika kamu mahu, Aku akan meminta Allah menyembuhkan penyakitmu itu.”

Wanita itu berkata,
“Jika dengan bersabar aku akan mendapat syurga, maka aku akan terus bersabar ya Rasulullah.” Dan dia menambah, “Tetapi auratku akan terdedah kerananya, jadi mintalah kepada Allah untukku agar auratku terpelihara. ”

Rasulullah pun mendoakannya untuk itu..

♥Sabar itu anak kunci syurga
Wanita berkulit hitam yang disebut di dalam hadis di atas tidak diketahui namanya, dari mana asalnya. Cuma yang diketahui adalah amalannya, keimanannya, sifat malunya, harga dirinya, kebimbangannya mengenai auratnya yang terdedah apabila diserang penyakit sawan yang dihidapinya. Atas dasar keimanan dia memilih untuk tetap bersabar dan menderita di dunia untuk mendapatkan ganjaran syurga.

♥Beribadahlah demi syurga, bersabarlah demi syurga yang kekal abadi
Sepanjang hidup di dunia ini pastinya kita terpaksa melalui pelbagai rintangan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapatkan syurga. Namun jika kita tetap di jalan Allah, dengan rahmat dan kasih sayangNya, pasti syurga itu milik kita.

Seorang wanita Muslim wajib memakai tudung dan berpakaian yang menutup aurat. Bukanlah bermakna bertudung dengan hanya menutup kepala tetapi berpakaian ketat dan sendat, jarang hingga menampakkan susuk tubuh, bergaul bebas, bersenda gurau dan bertepuk tampar dengan lelaki ajnabi, tiada rasa malu hingga menjejaskan maruah wanita Islam seluruhnya.

Fahamilah, hijab yang sebenarnya itu membabitkan :
- hijab fizikal,
- hijab moral,
- hijab jiwa/rohani.

♥Kesan Terapi Syurga pada ibadah kita seharian.
Al-Hafiz Ibn Abi al-Dunia meriwayatkan daripada Hakim al-Ahmasi, "Aku mendengar bahawa Syurga dibina dengan zikir. Apabila zikir itu terhenti, maka berhenti jugalah malaikat yang bekerja membangunkannya. Apabila mereka ditanya, "Mengapa kamu berhenti bekerja?" Mereka menjawab, "Kami sedang menunggu bahan-bahannya."

Jadi, setiap kali kita berasa malas untuk beribadat, malas berzikir...terus lintaskan dalam hati,
" sekarang pastinya para malaikat sedang bertungkus lumus menyiapkan mahligai aku di syurga, jadi aku kena perbanyakkan solat2 sunat, banyakkan bersedekah,  kerana itulah bahan bagi binaan mahligaiku di syurga....aku juga impikan mahligai itu dikelilingi taman yang cantik, penuh dengan bunga2 mekar mengharum, pastinya aku   perlu byk berzikir tanpa jemu kerana kata Rasulullah pokok2 itu terhasil daripada kalimah zikir"

Baginda SAW pernah bersabda,
"Ucapkanlah: 'Subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar', nescaya akan ditanamkan bagimu dengan setiap kalimah itu sebatang pokok di Syurga."
(Riwayat Ibnu Majah, kitab al-Adab no. 3707)

Jadikan keindahan hidup di syurga sebagai terapi untuk rajin beribadah dan bersabar dalam setiap ujian. Sesungguhnya bersabar itu anak kunci syurga.

Akhir bicara,
“Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan.”

Terima kasih kerana sudi membaca. Moga bermanfaat.

******************************************
KEDIAMAN DI SYURGA

Penghuni-penghuni syurga diberikan bilik-bilik khas, rumah dan istana yang dibuat dari permata-permata yang tembus dipandang mata seperti kaca. Di dalamnya penuh dengan kenikmatan dan kelazatan yang tidak pernah dilihat mata serta didengar telinga.

Pernah pada suatu hari para sahabat bertanya kepada Rasulullah: "Untuk siapakah Allah menyediakan bilik-bilik seperti itu ya Rasulullah?"

Rasulullah menjawab: "Bagi mereka yang menyebarkan salam, menyumbangkan makanan, terus berpuasa dan berjaga malam mengerjakan sembahyang sedangkan orang lain tidur nyenyak."

Lalu sahabat-sahabat bertanya lagi : "Siapakah yang tahan dan sanggup berbuat demikian ya Rasulullah?"

Jawab Baginda lagi: "Umatku! Dengarlah ...
# sesiapa yang bertemu sesama Muslim lalu ia memberi salam, itu bererti telah menyebarkan salam.
# Barang siapa yang memberi makan anak-anak dan isterinya sampai kenyang, bererti ia telah menyumbangkan makanan.

# Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan ditambah dengan tiga hari pada setiap bulan, itu bererti ia terus menerus berpuasa.

# Dan sesiapa yang menunaikan sembahyang Isyak terakhir dengan berjemaah, bererti dia telah bersembahyang malam sedang manusia tidur."
(Riwayat Abu Naim dari Jabir).























 



 



 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.