Life Is Gorgeous

Selasa, 25 Disember 2018

Doa Pembuka Rezeki

Skip to content




Pasangan Muda ini Doa Doa Pembuka Rezeki

December 25, 2018admin
SUAMI ISTERI SELALU GADUH,GAJI RASA TAK CUKUP. CUBA SEMAK,INILAH TANDA² REZEKI YG BERKAT.
1. Rezeki bererti apa jua yang bermanfaat yang Allah kurniakan kepada manusia, samada dalam bentuk material seperti wang, rumah, kereta, tanah, bangunan dan sebagainya. Ia boleh juga dalam bentuk bukan material seperti kesihatan, kecerdikan, kedamaian, ketenangan, memperolehi ilmu atau idea, sahabat, masa lapang dan seumpamanya.
2. Berkaitan dengan rezeki ini Allah SWT telah berfirman dalam surah-surah berikut:
Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): “Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mhati, dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? “(Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: “Allah jualah yang menguasai segala-galanya! “Oleh itu, katakanlah: “(Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?.{Petikaan dari surah Yunus (10:31)}
“Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).” {Petikan dari surah Hud(11:6)}.
“Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Ia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Ia memhatikan kamu; kemudian Ia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang dapat berbuat sesuatu pun dari segala yang tersebut? Maha Suci Allah dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan (denganNya)”.{Petikan dari surah Ar-Rum[Kerajaan Rom](30:40)}- Iklan –
3. Islam menggalakkan umatnya supaya mencari rezeki yang halal dengan hasil usaha sendiri kerana ia akan diberkati oleh Allah SWT. Sifat suka meminta-minta daripada orang lain adalah antara sifat yang dikeji oleh Islam. Oleh itu setiap orang Islam hendaklah menjauhi daripada sifat demikian. Itu adalah maksud dari huraian hadis daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah, sesungguhnya orang yang membawa seberkas kayu di atas belakangnya adalah lebih baik daripada dia meminta-minta daripada orang lain sama ada diberi atau pun tidak”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
4. Manusia lazimnya akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan rezeki yang bersifat material sebanyak-banyaknya. Tapi tahukah kita apakah rezeki yang kita perolehi itu diberkati Allah SWT ataupun tidak?. Sebagai orang Islam adalah sangat penting untuk kita mengetahui samada rezeki yang kita perolehi itu diberkati Allah atau pun tidak. Apakah maksud berkat?. Berkat berasal dari perkataan Arab yang bermaksud kolam. Jika kita memasukkan tangan ke dalam kolam, kita pasti akan mendapati ia lebih dalam daripada apa yang kita mampu lihat. Begitulah pengertian barakah. Berkat dari segi maknanya ialah penambahan atau peningkatan.
5. Sebahagian tanda-tanda untuk kita mengenali rezeki yang diberkati Allah ialah:
5.1. Apabila kita terasa mudah untuk mengerjakan solat dan juga melakukan amal ibadat yang lain. Dari rezeki yang diperolehi itulah kita dapat mengerjakan haji atau umrah.
5.2. Kita akan sentiasa rasa cukup dengan apa yang kita perolehi. Malah mungkin kadang-kadang kita rasa macam lebih dari mencukupi. Itu adalah orang yang memiliki sifat qana’ah. Sebaliknya ada orang yang telah memilki rezeki atau harta yang banyak tapi tidak pernah rasa puas mencari harta. Ini adalah tanda harta yang mereka perolehi tidak ada keberkatan disisi Allah. Contoh tiada keberkatan ialah apabila kita dapat wang, rasa sekejap sahaja wang telah habis. Tetapi jika wang yang diperolehi itu ada keberkatannya ia terasa lambat habis malah mungkin dapat pula disimpan.
5.3. Suasana atau keadaan dalam keluarga dilihat stabil atau bahagia. Permasalahan dalam keluarga kadang-kadang boleh berpunca dari sumber rezeki. Bila bercampur harta halal dan haram seperti rasuah maka wang yang ada sentiasa rasa tidak mencukupi.
5.4. Orang sekeliling kita suka mendekati kita atau senang dengan kehadiran kita. Perkara seperti ini boleh dilihat bila kita bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang lain. Kehadiran kita memberi manfaat kepada orang lain dan tidak menyusahkan mereka.
5.5. Anak-anak cemerlang dalam pelajaran mereka. Sebab itu pentingnya mencari rezeki yang halal lagi berkat sebab duit yang kita guna membeli makanan dan barang-barang untuk keperluan anak-anak sebenarnya ada kesannya.
5.6. Rumah kita kerap diziarahi tetamu. Kedatangan tetamu sebenarnya membawa rezeki dan keberkatan ke dalam rumah tangga kita.
5.7. Doa kita mudah dimakbulkan Allah. Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud bahawa antara sebab doa yang tidak dimakbulkan Allah ialah kerana memakan dari rezeki yang haram.
6. Berusahalah untuk mencari rezeki yang halal di sisi Allah SWT agar kita memperolehi keberkatan darinya. Tidak ada guna sama sekali mencari rezeki atau kekayaan yang berasal dari sumber yang haram. Ini kerana kita akan dipertanggung jawabkan di hadapan Allah nanti di Padang Mahsyar di atas SEMUA harta dan kekayaan yang kita perolehi di dunia ini. Ingatlah bahawa ada tiga golongan manusia yang lama hitungan hisabnya di Padang Mahsyar nanti, iaitu:
6.1. Orang yang memiliki banyak harta kekayaan
6.2. Orang memiliki anak yang ramai
6.3. Orang yang memiliki ilmu yang banyak.
Sumber: mekmad
POSTE
 








































Dicatat oleh mohd isa di 3:30 PTG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Translate

Cari Blog Ini

SUMBER

  • JAKIM
  • PEJABAT MUFTI WP
  • JAIP
  • shafiqolbu
  • alqur'anmulia
  • abubasyer

Mengenai Saya

mohd isa
Lihat profil lengkap saya

Life is gorgeous

  • ►  2024 (5)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Apr (3)
  • ►  2023 (7)
    • ►  Dis (1)
    • ►  Okt (1)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Mei (1)
  • ►  2022 (8)
    • ►  Jul (1)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Apr (2)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2021 (12)
    • ►  Nov (2)
    • ►  Jul (3)
    • ►  Mei (4)
    • ►  Apr (2)
    • ►  Feb (1)
  • ►  2020 (50)
    • ►  Dis (2)
    • ►  Sep (1)
    • ►  Ogo (2)
    • ►  Jun (1)
    • ►  Mei (19)
    • ►  Feb (3)
    • ►  Jan (22)
  • ►  2019 (857)
    • ►  Nov (25)
    • ►  Okt (7)
    • ►  Sep (14)
    • ►  Ogo (86)
    • ►  Jul (96)
    • ►  Jun (146)
    • ►  Mei (283)
    • ►  Apr (10)
    • ►  Mac (6)
    • ►  Feb (43)
    • ►  Jan (141)
  • ▼  2018 (527)
    • ▼  Dis (95)
      • Amalan Murah Rezeki Saudagar
      • Insha Allah… Baca Dan Amalkan Surah Ini Sewaktu Sa...
      • Fadhilat Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi
      • Fadhilat dan Kelebihan Surah Al-Ikhlas yang Ramai ...
      • Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Ikhlas
      • Kelebihan Berselawat ke Atas Nabi Muhammad S.A.W
      • Syukur seorang hamba
      • Ganjaran istimewa puasa
      • Ganjaran sedekah 700 kali ganda
      • Tak cukup duit bersedekah
      • Cinta kepada Rasulullah
      • Perbanyak selawat kepada Rasulullah
      • Kelebihan selawat 20 kali sehari
      • Fadilat Membaca Kalimah "Hauqalah" (La Hawla Wala ...
      • Kisah Nyata Keajaiban 6 Amalan: Hutang Lunas, Istr...
      • Sukses 40 Hari Ala Yusuf Mansur
      • Keajaiban Dzikir Laa Haula wa Laa Quwwata Illa Billah
      • Zikir Hari Isnin Ubat 99 Penyakit Di Dunia
      • Dzikir Hauqalah untuk Lenyapkan Beban Berat
      • MEMPERBANYAK UCAPAN LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
      • KEUTAMAAN KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH
      • DUNIA SEMENTARA. AKHIRAT SELAMANYA...................
      • AMALKANLAH UCAP ZIKIR "LAA HAULA WA LAA QUWWATA IL...
      • MEMPERBANYAK UCAPAN LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
      • Kelebihan Menyebut "La Hawla Wala Quwwata Illa Bil...
      • Khasiat La Hawla wala Quwwata Illa Billah
      • Solat Sunat Rawatib
      • Khasiat La Hawla wala Quwwata Illa Billah
      • Fadhilat Hauqalah "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah"
      • Dasyatnya ” Laa Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah”
      • CARA RINGKAS SOLAT @ SEMBAHYANG JENAZAH.
      • AMALKANLAH UCAP ZIKIR "LAA HAULA WA LAA QUWWATA IL...
      • Pesanan imam syafie
      • Doa murah rezeki
      • Doa Pembuka Rezeki
      • Amalan Al-waqiah
      • Petua Rupawan
      • Alhamdulillah Syukur
      • Petua Untuk Lelaki
      • KHASIAT As Sajdah
      • Keutamaan Surah Al-Mulk
      • Keutamaan Surah As sajadah
      • 8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’...
      • KELEBIHAN Selawat
      • Keutamaan Membaca Bismillah
      • Manfaat Membaca Al Qur'an
      • Ini Cara Khatam Al-Quran Sebelum Tidur
      • Diampuni Dosa, Diangkat Derajat, Dikabulkan Doa, D...
      • Ternyata Luar Biasa Manfaat Silaturahmi
      • Inilah Investasi Untuk Akhirat Anda
      • 10 Amalan Agar Dicintai Allah
      • Dahsyatnya Tasbih La Haula wala Quwwata Illa Billa...
      • 7 Wasiat Rasulullah
      • Istighfar Mendatangkan Rezeki
      • Khasiat Bismillah 5
      • Khasiat Bismillah 20
      • Bismillahirrahmanirrhim 20
      • Lelaki Sejati
      • TUJUH MAHKOTA DUNIA AKHIRAT
      • SUBHANALLAH!! BARANG SIAPA MEMBIASAKAN BACA SURAH ...
      • "Pentingnya Nikmat Bersyukur" - Sinar Harian - Jum...
      • Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mulk
      • Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Waqiah
      • Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Ikhlas
      • Fadhilat Dan Khasiat Al-Fatihah
      • Perlu Baca Al Quran.
      • ZIKIR Rabbaniyyah
      • 9 Ayat Al-Quran Untuk Anda Apabila Hidup Terasa Me...
      • MEMPERBANYAK UCAPAN LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
      • Khasiat dan Hikmah La Hawla wala Quwwata Illa Billah
      • Tutuplah Aib Saudaramu
      • Dasyatnya ” Laa Hawla Wa Laa Quwwata Illa Billah”
      • Umrah Dan Haji
      • 8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’...
      • 8 Amalan Ini Boleh Di Lakukan Dalam Masa ‘1 Minit’...
      • Manfaat dunia akhirat
      • Selamat Akhir Zaman
      • Bacalah “Laa Ilaha Illallah Al Malikul Haqqul Mubi...
      • Subhanallah, Rezeki Berkah MELIMPAH Kalau Baca Aya...
      • Rasai Manfaat Luar Biasa Amalan Membaca 2 Ayat Ter...
      • Amal Jariah
      • Hakikat Kematian
      • Tiada siapa terlepas daripada himpitan kubur
      • Surat Al Mulk Menyelamatkan dari Siksa Kubur, Deng...
      • Mohon perlindungan Azab Kubur
      • 10 Amalan Yang Bisa Menghalangi Siksa Kubur
      • Jangan Sia-Siakan Bulan Muharram, Lakukanlah 3 Ama...
      • Ini Amalan Supaya Meninggal Husnul Khatimah
      • Ini Dua Perkara Sunnah yang Lebih Utama dari Perka...
      • Lima Amalan Agar Selamat di Akhir Zaman
      • Tak Mampu Sedekah, Ganti dengan Amalan Berikut:
      • Empat Amalan Agar Terhindar dari Siksa Kubur
      • Doa Pilihan
      • Doa amalan
      • KELEBIHAN Istighfar
    • ►  Nov (28)
    • ►  Okt (53)
    • ►  Sep (70)
    • ►  Ogo (79)
    • ►  Jul (13)
    • ►  Jun (12)
    • ►  Mei (4)
    • ►  Apr (8)
    • ►  Mac (4)
    • ►  Feb (117)
    • ►  Jan (44)
  • ►  2016 (3)
    • ►  Jan (3)
Tema Ringkas. Imej tema oleh luoman. Dikuasakan oleh Blogger.