Kitakan Islam. Tiada istilah Monday Blues dan sebagainya. Itu bukan budaya kita. Monday Blues rata-rata dimainkan oleh budaya Barat; mana tidaknya, mereka berparti sakan pada hari Sabtu dan Ahad, dan hungover (mabuk); maka timbullah istilah Monday Blues itu. Hari Isnin adalah hari yang cukup baik seperti hari-hari yang lain.
Tahu atau tidak, dalam Islam, hari Isnin dikatakan hari yang relevan bagi yang ingin memulakan perjalanan ke sesuatu destinasi atau ingin mengadakan bisnes niaga, praktikal untuk dilakukan pada Hari Isnin. Jangan lupa puasa sunat pada hari Isnin juga, ya?

Zikir Hari Isnin:

“La Haula Wala Quwwata Illa Billah” (1,000 kali)

Maksudnya: Tiada daya dan kekuatan (untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang manfaat) selain Allah SWT.

Fadilat: 

“Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan." (Hadis Riwayat Tabrani)

Paling afdal ialah melakukan Zikir Hari Isnin sebanyak 1,000 kali berulang-ulang. InshaaAllah, jika kita konsisten mengamalkannya, tubuh kita seolah-olah dibalut perisai untuk menepis 99 penyakit yang wujud di dunia ini. MashaaAllah.