Assalamualaikum wbt.. Apa khabar semua pengunjung belog saya..Saya doakan semuanya dalam keadaan baik dan sihat di hari minggu ni. Sebelum saya masuk tido, saya tergerak hati nak bukak satu blog ni.. Tulisan die mengenai.. yang di atas tu.. ~ Saya copy n paste tau~ yang kaler merah ayat saya.. hehehe..Baca then share feeling kawan-kawan ye.. ^_^ Baca sampai abes tau
Gambar hiasan jer ok...~ |
Pernah tak korang terfikir ingin bersama suami di dunia juga di syurga?
"Bang..kalau abang pergi dulu nantikan saya di pintu syurga"
Camna pulak dengan bidadari syurga, pernah tak korang terfikir apakah kita mampu menandingi bidadari syurga untuk mendampingi suami kita di syurga nanti?
Dulu pernah jugak terlintas difikiran kalau Allah dah ciptakan bidadari untuk menjadi peneman lelaki di syurga, bagaimana pulak dengan wanita, terutama sekali isteri, tidakkah ada tempat buat kita disana untuk berada di sisi suami. Tu zaman-zaman tak tahu apa-apa la lagi memang berfikiran camtu, pastu bila dah tahu serba sedikit pasal bidadari dan kelebihan kita sebagai isteri di syurga nanti memang seboleh-bolehnya cuba mengingatkan diri agar menjadi isteri yang solehah.
Okey la tak nak bebel panjang-panjang, just nak kongsi info yang menarik kat bawah ni.
Psst : baca sampai habis tau ada bab shopping2 di syurga (*_^)
SEKADAR MENYAMPAIKAN.....
"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..
Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.
Mmm...nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.~ kalau saya rasa,, bukan meluat.. tapi saya cemburu... huhuhu. masa saya ceritakan hal ni.. suami saya senyum jer..geram tul.. tapii... hurmm takpela..korang sambung baca,, story kakak ni,.~
Apa puncanya sampai jadi macam tu? Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.
Suami saya tgk drama arab ke.. eklan ke.. saya jeles.. tambah2 ada pulak pompuan arab yg cun. Mesti saya kalih muke tgk muke suami saya.. tapi dan dan tu jugak suami saya ckp..~U more beautiful than her~ ok fine saya diam.. ^_^ walaupun hakikatnya saya tak la lawa pun..
Penjelasan yang lebih mendalam,sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut, "Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari.. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagai ketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi. ~
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.
Masa baca ni depan suami saya.. dengan harapan die tak akan pandang si bidadari yang bermata cantik ~hurun 'ain~ T____T tapi bidadari tu mmg cantik ni buktinya...
“Ada bidadari-bidadari yang bermata indah, laksana mutiara yang tersimpan baik.Sebagai balasan atas apa yang mereka kerjakan.”
(Al-Waqiah 56:22-24)
Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.
Gambar hiasan..lembut je tutup mata.. hehehe |
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. ~kesian pulak~ lagipun mereka baik2 dan sangat lemah lembut .. =_= ~
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan..
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
~cuba bersikap rasional ketika ini.. -_- ~
~cuba bersikap rasional ketika ini.. -_- ~
Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys only.
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal~
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)
Untuk semua kata2 di atas.. penjelasan mengenai nya klik sini utk hadith mengenai ini --->KLIK SINI ~ wajib baca . Kang salah paham pulak.. hehehe. Bagi yang masih belum berkahwin.. harap-harap baca di bawah penguasaan ibu bapa.. hehehe
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.
"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!" Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Saya!! saya!!cemburu tahap gaban.. okey.. hehehe
Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )
"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir, Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
YA ALLAH..Moga-moga hambaMu ini dapat peluang melihat wajahMu Ya Rabb..Untuk ini saya haruslah menjadi hambaNYA yang taat demi sebuah harga bertemu ALLAH..
YA ALLAH..Moga-moga hambaMu ini dapat peluang melihat wajahMu Ya Rabb..Untuk ini saya haruslah menjadi hambaNYA yang taat demi sebuah harga bertemu ALLAH..
Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dipamerkan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.
Saya selalu macam ni.. kalau tak kuar umah tak tahu nak pilih or nak makan ape.. even kat dunia ni pun da mcm ni.. apatah lagi kat syurga nanti.. =_____= Ya Allah... besarnya nikmatMU
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design'
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Haaah percuma..!!!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati.. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.
Tak pasal2 saya search mende alah ni.. T_T |
"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu Isra' dan Mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah TIDAK. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!
YA ALLAH..tak tergambar nyaa.. =____=
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
TELAN air liur jap..
Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.
Baiknye awak.. ^__^ sang bidadari..tapi saya still kat dunia ni.. still cemburu ngan awak tau!!
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
~Saya kena kuat demi ingin melihat wajah ALLAH.. dan demi Suami saya..~
Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).
Telan air liur banyak -banyak..gulp gulp..masyaAllah. masyaAllah
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu?
Saya suke shopping ngan suami saya SEBAB>> di pandai pilih kan barang untuk saya,, ini serius.. dari baju sampailah ke kasut..bukan puji.. tapi saya jawab soklan di atas .. ^.^
..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja..
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
Hehehe.. Amacam.. best tak? hehehehe.Saya da terkena.. huhuhuhu..anda bagaimana?
P/s :- ini ada tambahan dari saya.. Saya just share je ye.. sbb ni saya terbaca dlm forum.. Begini la bunyinya...
Pertama skali, kt kena istighfar sekiranya terdetik wlu sebutir keragauan pada janji2 ALLAH. Yakinlah ALLAH sw.t. itu Maha Adil. Sebenarnya ganjaran ALLAH untuk hambanya yang beriman dan beramal soleh tidak kira sama ada lelaki mahu pun perempuan tidak lah boleh dibyangkan oleh akal fikiran kita. Dan untuk wanita2 yang beriman dan beramal soleh ni, mereka akan memasuki syurga 500 tahun awal drpd suami mereka.
Mereka akan berhias-hias/ (make-up) untuk menunggu kedatangan suami mereka. Dan apabila suami mereka melihat mereka(isterinya), alangkah terkejutnya si suami tu tadi apabila melihat kecantikan isterinya yang tiada tandingannya, tidak seperti apa yang dilihat di dunia dahulu. Selain itu, wanita2 yang beriman dan beramal soleh ni akan menjadi ketua bidadari2 syurga. Wajah mereka akan berkali-kali ganda lebih cantik daripada bidadari syurga.
Cubalah kita bayangkan, kalau wajah bidadari syurga pun sudah abis cantik, bagaimanakah pula wajah wanita yang beriman dan beramal soleh yang menjadi ketua bidadari syurga. (tidakkah ini merupakan satu nikmat yang begitu besar). Dan segala aktiviti bidadari akan dikawal/diselia oleh ketua bidadari syurga. Misalnya mengenai aktiviti persetubuhan pun akan dikawal oleh ketua bidadari syurga(isteri solehah). samada waktu tu, giliran dia @ bidadari dan seterusnya.
dan tambahan lagi, diberitakan ketika di syurga nanti para bidadari akan menyayi. Antara liriknya
( kami tidak akan menjadi tua, kami akan kekal cantik, kami tidak pernah disentuh oleh mana-mana malaikat dan manusia, .............) Mereka akan terus menyanyi dengan suara yang nyaring lagi merdu sehinggalah disambut oleh wanita solehah di syurga.
Wanita Solehah menjawab ( kami berwuduk sedangkan kamu tidak, kami bangun sembhyg malam sedangkan kamu tidak, kami menahan/mengawal nafsu sedangkan kamu tidak, kami taat perintah suami sedangkan kamu tidak, ............)
Hal ini menunjukkan darjat wanita solehah disyurga lebih tinggi daripada bidadari yang sedia ada. Dan pandangan ALLAH terhadap wanita solehah ni lebih tinggi disebabkan segala kesusahan n kepayahan mereka untuk agama ALLAH ketika di dunia dahulu.
Kisah mengenai bidadari di syurga bernyanyi, saya pernah terbaca dalam sebuah buku agama.
"Sesungguhnya di syurga ada tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka bernyanyi semerdu suara yang belum pernah di dgr oleh manusia suara semerdu itu, mereka menyanyikan , "kamilah yang kekal dan tak akan rosak, kamilah selalu senang tak akan pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya." (H.R. At-tirmidzi)
Baikla.. saya speechless ni.. tak tau nak kata apa..saya rasa kat dunia ni cemburu.. tp dah Allah janjikan takda sifat cemburu dan riak juga perasaan dengki dalam SYURGA.. Actually suami da kasik tau awal2.. tapi saya jer takpercaya.. haaa then baru pecaya... T_T
So korang ape feel korang? share la ngan saya..
"kecil semut api, badak air saya hulurkan"
Pertama skali, kt kena istighfar sekiranya terdetik wlu sebutir keragauan pada janji2 ALLAH. Yakinlah ALLAH sw.t. itu Maha Adil. Sebenarnya ganjaran ALLAH untuk hambanya yang beriman dan beramal soleh tidak kira sama ada lelaki mahu pun perempuan tidak lah boleh dibyangkan oleh akal fikiran kita. Dan untuk wanita2 yang beriman dan beramal soleh ni, mereka akan memasuki syurga 500 tahun awal drpd suami mereka.
Mereka akan berhias-hias/ (make-up) untuk menunggu kedatangan suami mereka. Dan apabila suami mereka melihat mereka(isterinya), alangkah terkejutnya si suami tu tadi apabila melihat kecantikan isterinya yang tiada tandingannya, tidak seperti apa yang dilihat di dunia dahulu. Selain itu, wanita2 yang beriman dan beramal soleh ni akan menjadi ketua bidadari2 syurga. Wajah mereka akan berkali-kali ganda lebih cantik daripada bidadari syurga.
Cubalah kita bayangkan, kalau wajah bidadari syurga pun sudah abis cantik, bagaimanakah pula wajah wanita yang beriman dan beramal soleh yang menjadi ketua bidadari syurga. (tidakkah ini merupakan satu nikmat yang begitu besar). Dan segala aktiviti bidadari akan dikawal/diselia oleh ketua bidadari syurga. Misalnya mengenai aktiviti persetubuhan pun akan dikawal oleh ketua bidadari syurga(isteri solehah). samada waktu tu, giliran dia @ bidadari dan seterusnya.
dan tambahan lagi, diberitakan ketika di syurga nanti para bidadari akan menyayi. Antara liriknya
( kami tidak akan menjadi tua, kami akan kekal cantik, kami tidak pernah disentuh oleh mana-mana malaikat dan manusia, .............) Mereka akan terus menyanyi dengan suara yang nyaring lagi merdu sehinggalah disambut oleh wanita solehah di syurga.
Wanita Solehah menjawab ( kami berwuduk sedangkan kamu tidak, kami bangun sembhyg malam sedangkan kamu tidak, kami menahan/mengawal nafsu sedangkan kamu tidak, kami taat perintah suami sedangkan kamu tidak, ............)
Hal ini menunjukkan darjat wanita solehah disyurga lebih tinggi daripada bidadari yang sedia ada. Dan pandangan ALLAH terhadap wanita solehah ni lebih tinggi disebabkan segala kesusahan n kepayahan mereka untuk agama ALLAH ketika di dunia dahulu.
Kisah mengenai bidadari di syurga bernyanyi, saya pernah terbaca dalam sebuah buku agama.
"Sesungguhnya di syurga ada tempat untuk berkumpulnya para bidadari, dan di sana mereka bernyanyi semerdu suara yang belum pernah di dgr oleh manusia suara semerdu itu, mereka menyanyikan , "kamilah yang kekal dan tak akan rosak, kamilah selalu senang tak akan pernah susah, kamilah yang puas rela tak akan marah, sungguh bahagia orang yang untuk kami dan kami untuknya." (H.R. At-tirmidzi)
Baikla.. saya speechless ni.. tak tau nak kata apa..saya rasa kat dunia ni cemburu.. tp dah Allah janjikan takda sifat cemburu dan riak juga perasaan dengki dalam SYURGA.. Actually suami da kasik tau awal2.. tapi saya jer takpercaya.. haaa then baru pecaya... T_T
So korang ape feel korang? share la ngan saya..
"kecil semut api, badak air saya hulurkan"
Sekian. Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.