Surah Al-Ikhlaṣ  terdiri daripada 4 ayat. Ia adalah surah ke-112 dalam Al-Quran.
Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’.  Ia adalah keikhlasan pengisytiharan Keesaan Allah yang Satu.
Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Esa, merujuk kepada Allah s.w.t.).

Ayat Dan Terjemahannya

surat-ikhlas

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa,
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat,
Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan,
Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

Kelebihan Surah Al-Ikhlas

1. Tercapai Setiap Hajat
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat Subuh dan Maghrib. Berdoalah dan minta apa yang dihajati. Allah akan mengabulkan semua yang diminta.


2. Penawar Penyakit
Dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali selepas setiap solat fardu, ia menjadi pelindung dan penawar kepada penyakit yang ada pada diri sendiri. Daripada Abu Hurairah – Rasululllah s.a.w. bersabda:
“Surah Al Ikhlas adalah penawar segala penyakit rohani dan jasmani.”

3. Menghindari Kesukaran
Jika di baca 3 surah ini, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, pagi dan petang, nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
Bacalah Surah Al-Ikhlas 3 kali sebelum terbit matahari dan 3 kali selepas terbenam matahari. Allah akan selamatkan diri dari segala kejahatan.

4. Menundukkan Orang Zalim
Bacalah Surah Al-Ikhlaṣ 1,000 kali selepas solat fardhu, kemudian berdoalah pada Allah supaya ditundukkan orang yang zalim itu.

5. Diselamatkan Dari Di Zalimi Makhluk Lain
Lafazlah ‘Ya Somad’ 133 kali setiap hari dengan istiqamah. InsyaAllah, akan selamatlah kita dari maksud jahat orang-orang yang jahat dan zalim.
Amalkanlah ‘Ya Somad’ 40 kali setiap hari. InsyaAllah selagi hayat dikandung badan kita selalu selamat dari maksud jahat orang-orang yang rakus.

surat3

6. Mengurangkan Rasa Lapar Dan Dahaga
Andai sedang di dalam musafir dan terasa haus serta lapar, cubalah amalan ini.
Bacalah Surah Al-Ikhlas dan lafazlah ‘Ya Somad’ sebanyak-banyaknya. InsyaAllah rasa letih, dahaga dan lapar akan hilang dengan sendirinya, sehingga badan kuat untuk meneruskan tujuan.

7. Menghindarkan Diri Dari Segala Bencana
Baca Surah Al-Ikhlas ini 1,000 kali pada waktu antara solat Maghrib dan Isyak. InsyaAllah anda akan dilindung dan terhindar dari semua bala bencana dan mara bahaya.

surat2

Bertapa besarnya manfaat membaca dan mengamalkan Surah Al-Ikhlas ini.
Ia cukup berguna untuk bekalan hidup. Baik untuk memohon hajat mahupun sebagai pelindung diri.
Hadiah yang indah dan pahala yang besar diberi Allah untuk hambaNya yang istiqomah mengamalkan surah ini.

Ikhlas hanya kepada Allah merupakan tunjang yang kukuh dalam menjalankan kehidupan dan ibadah.
Syarat utama ibadah perlu dilandasi dengan niat utama kerana Allah.
Membaca Surah Al-Ikhlas melambangkan kecintaan seorang hamba kepada PenciptaNya Ya Kholiq.
Meskipun hanya 4 ayat, inilah satu-satunya surah yang apabila dibaca sebanyak 3 kali, pahalanya menyamai seperti membaca seluruh Al-Quran.

Sabda Rasullullah SAW:
“Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

Subhanaallah, semoga kita tergolong dalam orang yang sentiasa membuat kebaikan kerana Allah.