Fadhilat Berselawat Di Hari Jumaat
- Perawi: Aus bin Aus RA
- Koleksi: Sunan Abu Dawud
- Kitab: 8. كِتَابُ الصَّلاَةِ - Solat
- Bab: باب فضل يوم الجمعة وليلة الجمعة - Pada menyatakan fadhilat hari dan malam jumaat
- No. Hadith: 1047
- Matan Hadith:
عَنْ أَوْسِ بْنِ أَوْسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ ، وَفِيهِ قُبِضَ ، وَفِيهِ النَّفْخَةُ ، وَفِيهِ الصَّعْقَةُ ، فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِيهِ ، فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ " ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ! وَكَيْفَ تُعْرَضُ صِلَاتُنَا عَلَيْكَ وَقَدْ أَرَمْتَ ؟ قال : يَقُولُونَ بَلِيتَ ، قَالَ : " إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ أَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ "
. رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ ، وَالنَّسَائِيُّ ، وَابْنُ مَاجَهْ ، وَالدَّارِمِيُّ ، وَالْبَيْهَقِيُّ فِي " الدَّعَوَاتِ الْكَبِيرِ
[التخريج : سنن أبي داود , كتاب الصلاة , تفريع أبواب الجمعة, باب فضل يوم الجمعة وليلة الجمعة , حديث رقم 1047 , عن أوس بن أوس رضي الله عنه]
- Terjemahan:
Daripada Aus bin Aus RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu adalah hari Jumaat kerana pada hari itu Nabi Adam dijadikan, pada hari itu baginda diwafatkan, pada hari itu ditiupnya sangkakala (berlaku kiamat) dan pada hari itu akan ditiupkan sangkakala pertama (dibangkitkan kembali). Maka perbanyaklah selawat kepadaku kerana selawat kamu akan disampaikan kepadaku." Mereka (para sahabat) berkata: "Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah selawat kami boleh sampai kepada kamu, sedangkan kamu telah wafat? (atau) mereka berkata: "Telah hancur (tulangnya)”. Lalu baginda SAW bersabda: "Allah SWT mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi AS."
(Hadith riwayat Abu Dawud, No: 1047, 1531, An-Nasaie, No: 1374, Ibn Majah, No: 1085, 1636)
- Status Hadith: Sahih
- Pengajaran:
- Selawat (صلوات) adalah jamak daripada perkataan solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Dari segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya kepada Nabi melalui ucapan, penyataan dan pengharapan, semoga Nabi SAW sentiasa dalam kesejahteraan.
- Selawat kepada Nabi Muhammad SAW bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan pujian serta mendukung perjuangannya yang mulia. Disamping itu sebagai tanda melahirkan rasa syukur Nabi SAW penyampai utusan-Nya yang membawa rahmat ke seluruh alam. Malah akan menambahkan keyakinan beramal dengan sunnah baginda SAW sebagai petunjuk sepanjang zaman.
- Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan perintah daripada Allah SWT dan ibadah yang mulia lagi terpuji, terutamanya dihari jumaat, penghulu segala hari. la mengandungi pelbagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan syafaat daripada Nabi Muhammad SAW sebagai bukti cinta serta memperolehi ganjaran yang besar daripada Allah di hari akhirat kelak.
- المجموعة: Maklumat Hadith Harian
-
- الزيارات: 4484
- Perawi: Aus bin Aus RA
- Koleksi: Sunan Abu Dawud
- Kitab: 8. كِتَابُ الصَّلاَةِ - Solat
- Bab: باب فضل يوم الجمعة وليلة الجمعة - Pada menyatakan fadhilat hari dan malam jumaat
- No. Hadith: 1047
- Matan Hadith:
عَنْ أَوْسِ بْنِ أَوْسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ مِنْ أَفْضَلِ أَيَّامِكُمْ يَوْمُ الْجُمُعَةِ ، فِيهِ خُلِقَ آدَمُ ، وَفِيهِ قُبِضَ ، وَفِيهِ النَّفْخَةُ ، وَفِيهِ الصَّعْقَةُ ، فَأَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِيهِ ، فَإِنَّ صَلَاتَكُمْ مَعْرُوضَةٌ عَلَيَّ " ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ! وَكَيْفَ تُعْرَضُ صِلَاتُنَا عَلَيْكَ وَقَدْ أَرَمْتَ ؟ قال : يَقُولُونَ بَلِيتَ ، قَالَ : " إِنَّ اللَّهَ حَرَّمَ عَلَى الْأَرْضِ أَجْسَادَ الْأَنْبِيَاءِ ". رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ ، وَالنَّسَائِيُّ ، وَابْنُ مَاجَهْ ، وَالدَّارِمِيُّ ، وَالْبَيْهَقِيُّ فِي " الدَّعَوَاتِ الْكَبِيرِ[التخريج : سنن أبي داود , كتاب الصلاة , تفريع أبواب الجمعة, باب فضل يوم الجمعة وليلة الجمعة , حديث رقم 1047 , عن أوس بن أوس رضي الله عنه] - Terjemahan:
Daripada Aus bin Aus RA, daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Sesungguhnya hari yang paling utama bagi kamu adalah hari Jumaat kerana pada hari itu Nabi Adam dijadikan, pada hari itu baginda diwafatkan, pada hari itu ditiupnya sangkakala (berlaku kiamat) dan pada hari itu akan ditiupkan sangkakala pertama (dibangkitkan kembali). Maka perbanyaklah selawat kepadaku kerana selawat kamu akan disampaikan kepadaku." Mereka (para sahabat) berkata: "Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah selawat kami boleh sampai kepada kamu, sedangkan kamu telah wafat? (atau) mereka berkata: "Telah hancur (tulangnya)”. Lalu baginda SAW bersabda: "Allah SWT mengharamkan tanah untuk memakan jasad para Nabi AS."(Hadith riwayat Abu Dawud, No: 1047, 1531, An-Nasaie, No: 1374, Ibn Majah, No: 1085, 1636)
- Status Hadith: Sahih
- Pengajaran:
- Selawat (صلوات) adalah jamak daripada perkataan solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Dari segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya kepada Nabi melalui ucapan, penyataan dan pengharapan, semoga Nabi SAW sentiasa dalam kesejahteraan.
- Selawat kepada Nabi Muhammad SAW bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan pujian serta mendukung perjuangannya yang mulia. Disamping itu sebagai tanda melahirkan rasa syukur Nabi SAW penyampai utusan-Nya yang membawa rahmat ke seluruh alam. Malah akan menambahkan keyakinan beramal dengan sunnah baginda SAW sebagai petunjuk sepanjang zaman.
- Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan perintah daripada Allah SWT dan ibadah yang mulia lagi terpuji, terutamanya dihari jumaat, penghulu segala hari. la mengandungi pelbagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan syafaat daripada Nabi Muhammad SAW sebagai bukti cinta serta memperolehi ganjaran yang besar daripada Allah di hari akhirat kelak.
- المجموعة: Maklumat Hadith Harian
- الزيارات: 4484
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.