*SUAMIKU MILIK WANITA LAIN.*
Berpuluh kali membaca artikel ini, tidak bosan.
Pagi2 lagi, Sarah mengetuk pintu rumah ibunya. Dia menggendong anaknya dan bawa tas besar.
Dari matanya yang bengkak dan merah, ibunya sudah tahu yang Sarah bertengkar lagi dengan lakinya.
Meskipun hairan, kerana biasanya Sarah hanya setakat telefon sambil menangis jika bergaduh dengan lakinya.
Ayah Sarah yang kehairanan, tanya masalahnya.
Sarah ceritakan dari mula pertengkarannya dengan lakinya mlm tadi.
Sarah kecewa kerana lakinya telah membohongi Sarah selama ini.
Sarah terjumpa buku bank lakinya terjatuh di dalam kereta.
Sarah baru tahu yang lakinya selalu mengeluarkan sejumlah wang setiap bulan pada tarikh yg sama.
Sarah juga perasan, wang yang dia terima jumlah yang sama.
Bererti sudah 1 tahun lebih, lakinya membahagi wangnya, setengah untuk dia, setengah untuk yang lain.
Jangan2 ada wanita lain??
Ayah Sarah hanya menghela nafas, wajah bijaksananya tidak menampakkan rasa panik atau pun marah.
"Sarah. Yang pertama, langkahmu datang ke rumah ayah sudah melawan Firman Allah kerana meninggalkan rumah tanpa izin suamimu".
Kalimat ayah membuat Sarah
kebingungan.
Sarah menyangka dis akan dapat sokongan dari ayahnya.
"Yang kedua, mengenai wang suamimu, kamu tidak berhak tahu. Hakmu hanyalah wang yang diberikan suamimu. Itu pun untuk keperluan rumah. Jika kamu membelanjakan wang itu tanpa izin suamimu, meskipun itu untuk sedekah, itu tak boleh".
Ayahnya meneruskan.
"Sarah, suamimu menelefon ayah dan mengatakan bahawa sebenarnya wang itu memang diberikan setiap bulan untuk seorang wanita.
Suamimu tidak menceritakannya padamu, kerana kamu tidak suka wanita itu sejak lama.
Kamu sudah mengenalinya dan kamu rasa setelah berkahwin dengan suamimu, hanya kamulah wanita yang memilikinya".
"Suamimu meminta maaf kepada ayah kerana dia hanya berusaha menghindari pertengkaran denganmu.
Ayah faham kerana ayah pun sudah mengenal watakmu".
Mata ayah mulai berkaca-kaca.
"Sarah, kamu kena tahu, setelah kamu kahwin, yang wajib kamu taati adalah suamimu. Jika suamimu redha padamu, Allah pun redha.
Sedangkan suamimu, dia wajib taat kepada ibunya.
Begitulah Allah mengatur lelaki untuk taat kepada ibunya.
Jangan sampai kamu menjadi penghalang bakti suamimu kepada ibunya".
"Suamimu dan harta suamimu adalah milik ibunya".
Ayah berkata dengan linangan air mata. Seorang ibu melahirkan anaknya dengan susah payah dan kesakitan.
• Kemudian dia membesarkannya hingga dewasa hingga anaknya berkahwin, dia melepasnya begitu saja.
• Kemudian anak itu akan sibuk dengan kehidupan barunya.
• Bekerja untuk keluarga barunya.
• Mengerah tenaga untuk isteri dan anak2nya.
• Anak hanya guna sedikit waktu untuk sesekali berjumpa dengan ibunya sebulan sekali, atau hanya setahun sekali dimusim perayaan.
"Kamu yang sejak awal berkahwin tidak suka dengan ibu mertuamu.
Mengapa?
Kerana rumahnya kecil dan sempit? Sehingga kamu mengadu kepada
suamimu bahawa kamu tidak betah tidur disini.
Anak-anakmu pun tidak akan betah disana.
Sarah, mendengar ini ayah sakit sekali.
Jika kamu merasa tidak sedap tidur di sana, bagaimana dengan ibu mertuamu yang dibiarkan saja untuk tinggal di sini?"
Wang itu diberikan untuk ibunya. Suamimu ingin ayah berhenti menjaja makanan kerana sudah semakin uzur.
Dari wang itu ibu suamimu hanya guna secukupnya saja, selebihnya dibahagikan kepada anak2 yatim dan orang2 yg tidak berkemampuan untuk saham akhirat.
Sarah membungkam dalam hati, dia sering merungut wang pemberian suaminya tidak mencukupi.
Sarah banyak membeli pakaian untuk ditukar-tukar semasa menghantar dan mengambil anak2 disekolah. Dia tidak mahu org tengok berpakaian sama setiap hari.
Sarah juga menjaga penampilannya dengan merawat wajah dan tubuhnya mengunjungi spa.
Berkumpul dan beramah mesra dengan rakan2nya di restoran atau cafe, kemudian berjalan-jalan di pasaraya, kalau tak membeli pun hanya 'window shooping'.
Dalam hidupnya hanya nak bergaya dan popular, langsung tak ingat saham akhirat.
Sarah menyesali sikapnya yang tidak mahu berbaik-baik dengan ibu mertuanya yang hanya menjual goreng pisang yg telah berjaya;
• Menjadikan suaminya seorang sarjana.
• Mendapat kerja yang di impikan ramai orang.
• Berjaya berdikari, hingga Sarah boleh menduduki rumah yang besar dan selesa dgn kereta Merz yg agak mewah.
"Ayaaah, maafkan Sarah", tangis sarah meletus.
Ibunya yang sejak tadi membisu memeluk Sarah.
"Sarah, kembalilah kepada suamimu, dia orang baik, bantulah suamimu berbakti kepada ibubapanya dan kami. Bantu suamimu mencapai syurga dan dengan sendirinya, ketaatanmu kepada suamimu boleh ke syurga.
Ibunya membisikkan kalimat itu ke telinga Sarah.
Sarah hanya menjawabnya dengan anggukan, dia menahan tangisnya.
Bathinnya sakit, menyesali sikapnya.
Dia pun pulang mendapatkan suaminya dan sambil menangis memohon maaf atas buruk sangka selama ini.
Dia ajak suaminya segera pergi menemui ibu mertuanya untuk memohon maaf atas ketelanjurannya selama ini.
Suaminya meneteskan air mata menatap isterinya yg selama ini agak sombong dan sering muncung bila diajak pulang ke rumah mertuanya.
Suaminya mendapati isterinya telah membeli banyak barang keperluan dapur, sedangkan mereka baru saja berbelanja.
Antara yg dibeli seperti susu, telur, biskut, sardin, beras Serindit dan berbagai lagi termasuk 5 botol minyak masak yg 5 liter setiap 1. Isterinya beritahu semua itu untuk dibawa kerumah mertuanya, ibu kandung lakinya.
Air mata suami bercucuran bukan kerana barang2 keperluan dapur, tapi kerana perubahan isterinya yg senang dan nampak ikhlas hendak menemui ibu mertuanya yg selama ini dipandang hina.
Seterusnya Sarah berjanji dalam hatinya, untuk menjadi isteri yang taat pada suami.
Sesekali, Sarah bukan mengajak suaminya ke pasaraya tapi mengunjungi mertuanya dan ibubapanya dgn membawa apa2 buah tangan.
Kadang2 tu makanan dan buah2an yg mahal yg tiada di kampung, yg jarang sekali mertua dan ibubapanya merasai spt prunes, anggur, kfc, pizza, mentega dan seumpamanya. Selama ini mereka nikmati itu semua tanpa igt orang tuanya yg hanya makan roti kering dan makan nasi dgn ikan kering dan pucuk ubi cicah budu, sambal belacan, cincalok dan tempoyak.
_*Kirimkan kisah ini ke semua sahabat anda, siapa tahu ada orang yang mahu ambil manfaat dan pengajaran darinya, sehingga anda pun dapat pahala*_ ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
@sahabat syurga@
💗💗💗💗💗 💗
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.