MUQADDIMAH
Wakaf merupakan salah satu cara ibadah atau cara menghampiri diri kepada Allah(taqarrub ilallah)menerusi harta kekayaan. Wakaf juga merupakan salah satu ibadah yang awal di dalam Islam yang diizinkan oleh syarak. Dengan itu amalan wakaf telah menjadi satu tradisi kepada para pemerintah dan hartawan-hartawan muslimin di abad-abad dan pertengahan Islam yang dilakukan secara meluas khususnya di negara-negara Arab dan Asia Tengah. Sehingga dikebanyakan negara Arab ditubuhkan satu kementerian khas untuk mengendalikan urusan harta wakaf – disebabkan harta wakaf yang terlalu banyak dan tidak terurus.
PENGERTIAN WAKAF
Bahasa: Berhenti, Menahan, Menghalang
Istilah/Syara’: “Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T”
Beberapa pengertian/definisi lain:
1) Definisi wakaf di sisi Abi Hanifah:
Iaitu menahan sesuatu asset atau harta yang sah pemiliknya pewakaf dan bersedekah manfaatnya ke jalan kabajikan.
2) Definisi wakaf di sisi Jumhur Ulama’:
Iaitu menahan barangan harta yang boleh dimanfaatkan serta kekal asetnya – dengan memutuskan guna pakai ke atas asset itu dari pihak pewakaf atau lainya -ke arah kegunaan yang harus – atau diguna pakai penghasilannya ke arah kebaikan dan kebajikan – kerana mendamping diri kepada Allah.
3) Definisi wakaf di sisi Mazhab Maliki:
Iaitu pemilik menjadikan manfaat yang dimilikinya – sekalipun dimilikinya dengan menyewa – ataupun dijadikan penghasilan seumpama wang – kepada yang memerlukan – dengan jalan berlafaz- untuk jangka masa yang ditetapkan oleh pewakaf. Dengan itu – wakaf di sisi Mazhab Maliki ialah tidak memutuskan hak pemiliknya pada asset yang diwakafkan -hanya memutuskan hak mengguna pakai sahaja.
DALIL PENSYARIATAN
a) AL-QURAN
Surah Al-Baqarah, ayat 261:
Bermaksud:
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya lagi Meluputi ilmu pengetahuanNya.
Surah Ali ‘Imran, ayat 92:
Bermaksud:
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sehahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan suatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
b) HADITH NABAWIYAH
Dari Abu Hurairah RA., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya”
Hadith Riwayat Muslim
Hadith dari Ibni Umar r.a.
Hadith dari Ibni Umar r.a. dia berkata: Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar lalu dia datang kepada Nabi s.a.w untuk minta pandangan tentang tanah itu, maka katanya yang bermaksud:
“Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mendapat sebidang tanah di Khaibar, di mana aku tidak mendapat harta yang lebih berharga bagiku selain daripadanya, (walhal aku bercita-cita untuk mendampingkan diri kepada Allah Azzawajalla) apakah yang hendak engkau perintahkan kepadaku dengannya?”
Maka sabda Rasulullah s.a.w kepadanya yang bermaksud:
“Jika engkau hendak tahanlah (bekukan) tanah itu, dan sedekahkan manfaatnya.”
Maka Umar pun sedekahkan manfaatnya dengan syarat tanah (maukuf) itu tidak boleh dijualbeli, tidak dihibahkan (beri) dan tidak diwariskan (dipusakai). Tanah itu diwakafkan ke atas fakir miskin, kaum kerabat, memerdekakan hamba sahaya, sabilillah, ibnissabil dan tetamu. Dan tidak ada halangan bagi orang yang menguruskan (yang diberi kuasa menjaganya yakni Nazir) untuk mengambil upah sebahagian darinya dengan cara yang wajar dan mengambil upahnya tanpa menganggap bahawa tanah itu miliknya sendiri.
c) IJMA’
RUKUN WAKAF
a) Wakif (pewakaf).
Di antara syarat-syarat pewakaf adalah:
b) Mawquf (harta yang diwakafkan).
c) Mawquf ‘Alaih (penerima wakaf).
d) Sighah (penyataan wakaf).
Lafaz soreh: lafaz yang jelas membawa maksud yang tertentu sahaja seperti “Saya mewakafkan rumah saya untuk orang-orang fakir”.
Lafaz kinayah: lafaz yang membawa banyak maksud seperti “Hartaku adalah sedekah kepada fakir miskin”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.