Assalamualaikum wbkt..
Selalu dengar arwah abah mama baca zikir ni dengan alunan satu nafas..sangat cepat dan kuat.. Cuba nak ikut tapi mengah.. sebenarnya kena istiqamah lepas tu mesti boleh buat..InsyaAllah..semoga kita tergolong dalam golongan orang yang basah lidahnya mengingati Allah swt dan RasulNya..
Fadilat yang mama dapat tahu;
Boleh menghindarkan diri kita dari kena kena semput dan memudahkan diri mengucap dua kalimah syahadah ketika di dalam sakaratul..wallahualam..yang penting niat kita ikhlas kerana Allah jua..
Dibaca selepas solat fardu atau sunat atau dikala kita ingat..zikir jerr lah..
"Lailahaillallah Muhammadur Rasullullah, Fii Kulli Lamhatin Wanafasin Adadama Wasiahu Ilmullah"
Zikir ini adalah zikir asas yang diamalkan oleh Tareqat Ahmadiah yang di Ijazahkan dari Syeikh Ahmad Idris kepada Syeikh Ibrahim Rashid kepada Syeikh Muhammad Dandarawi kepada Shiekh Said AlLinggi kepada Syeikh Abdul Rashid kepada Syeikh Murtadza.
SYEIKH MURTADZA BEKAS MUFTI NEGERI SEMBILAN |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.