Petua 1 : Anak Kunci Emas - Pembuka Gedung Khazanah Rezeki
Petua 1 :
ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT & BUMI
Rencana yang tiada terhingga nilainya ini diambil dari sebuah buku karangan Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin Chisti – Penyebar Tarekat CHISTI di – Amerika.
Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang orang sufi namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manafaatnya seperti yang digelar MAQALAD AS-SAMAWI WAL-ARD yang bererti KUNCI PEMBUKA KHAZANAH LANGIT & BUMI.
Walaupun secara khasnya, ayat ini adalah untuk mnyembuhkan penyakit serta mengelakkan mengelakkan penyakit, namun faedah bacaan itu bukan hanya terhad kepada penyakit badan tetapi juga untuk penyakit mental, emosi, spiritual SERTA masalah-masalah berkaitan dengan kewangan, kejayaan, kekayaan dan kenikmatan akhirat.
ANAK KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT & BUMI
Sheikh Hakim Abu Abdullah Moinuddin Chisti
Firman Allah : Ibrahim : 14 “Jika kamu menghitung Nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya.”
Firman Allah : Maksudnya : “Dan orang orang yang berjihad untuk Kami, sungguh akan Kami tunjukkan kepada mereka Jalan Jalan Kami.”
BACAAN PEMBUKAAN
Sebelum amalan dimulakan maka hendaklah dibaca ayat dibawah supaya kesannya lebih kuat dan dapat pula membuka pintu lautan rahmat dan keberkatan daripada Allah .Insya Allah.
Baik juga disertakan bacaan yang dapat menghindarkan syaitan ( saperti dibawah ). Bacaan ini dibaca sekali sebelum mengamalkan sebarang amalan kesufian agar pengaruh yang jahat tidak dapat masuk.
A’udhu bi Llahi min asy syaitanir – rajim ( Sekali )
Kemudian di sambung bacaan di bawah ini setiap sekali anda nak mula amalan kesufian ini:
a. Baca Dua Kalima Syahadat ( Sekali )
b. Baca Al fatiha ( 7 Kali )
c. Baca Astagfirullah Al Adzim ( 33 Kali )
d. Zikir : Ya Haayu-Ya Qaqqum- LaYamut ( 99 Kali )
BACAAN WIRID atau FORMULANYA dari BAGINDA RASULLULLAH SAW
Menjawab pertanyaan dari Uthman ibn Affan r.a baginda Rasullullah menjawab :-
Kamu bertanya kepada saya apa yang orang lain belum pernah bertanya. Kunci Pembuka Khazanah Langit & Bumi itu adalah yang berikut :-
La ilaha illa Llahu wa-Llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdu li-Llahi
Wastaghfiru Llah alladzi la ilaha illa Hu
Wal-Awwalu wal- Akhiru waz-Zahiru
Wal baa tinu yuhyi wa yumitu
Wa huwa hayyul laa yamutu biya dihil khairu
Wa huwa aala kul-li shay in Qadiir.
Yang bermaksud :-
Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia Yang Awal dan Dia Yang Akhir
Dia Yang Zahir dan Dia jugalah Yang Batin
Yang Menghidupkan Yang Mematikan
Dia Yang Hidup tanpa mati
PadaNya segala kebaikan
Dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu.
Tiada yang disembah melainkan Allah
Allah Maha Besar Maha Suci Engkau
Segala Puji Bagi Allah
Aku memohon Ampun kepada Allah
Tiada yang patut disembah melainkan Dia
Dia Yang Awal dan Dia Yang Akhir
Dia Yang Zahir dan Dia jugalah Yang Batin
Yang Menghidupkan Yang Mematikan
Dia Yang Hidup tanpa mati
PadaNya segala kebaikan
Dan Dia Berkuasa atas segala sesuatu.
FAEDAH FAEDAHNYA
Sabda Nabi kepada Uthman :-
Wahai Uthman , barangsiapa membacanya 100 kali sehari, akan dikurnia 10 faedah.
Pertama, segala dosanya yang lalu akan diampuni.
Kedua , terlepas dari siksa neraka.
Ketiga, dua malaikat dilantik untuk memeliharanya daripada penyakit.
Keempat, dikurniakan khazanah rahmat & berkat.
Kelima, mendapat pahala seperti pahala membebaskan 100 orang hamba.
Keenam, mendapat pahala seperti membaca seluruh Al-Quran, Injil, Zabur & Taurat.
Ketujuh, mendapat rumah disyurga.
Kelapan, berkahwin dengan bidadari syurga.
Kesembilan, dia akan dipermuliakan.
Kesepuluh, permohonan keampunan bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.
Wahai Uthman, jika kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari. Kamu akan termasuk dalam golongan orang orang yang berjaya dan melampaui orang orang sebelum kamu dan selepas kamu.
DIBACA 49 KALI SELEPAS SETIAP SOLAT
Bacaan ini boleh juga dibaca 49 kali setiap selepas solat. Ia akan memakan masa lebih kurang– 10 - 20 minit sahaja. Amalkanlah KERANA Allah.
Selepas dibaca 7 kali : Mohon " Ya Allah, Makbulkanlah hajat hamba mu ini ....( Teruskan dengan Sebut apa Hajat anda itu ......... )
Jadi, bila anda sudah sempurnakan pembacaan sebanyak 49 kali, maka anda pun sudah mohon hajatmu dimakbulkan sebanyak 7 kali. Serentak, permohonan anda sudah sampai kesemua 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.
Rahsia ini amatlah mujarab dan saya mengamalkan bacaan 49 kali ini untuk menarik tajaan atau sponsorship untuk pengajian luar negara yang melibatkan beratus ribu ringgit, setiap kali saya pergi luar negara. Alhamdullilah.
Rahsia ini amatlah mujarab dan saya mengamalkan bacaan 49 kali ini untuk menarik tajaan atau sponsorship untuk pengajian luar negara yang melibatkan beratus ribu ringgit, setiap kali saya pergi luar negara. Alhamdullilah.
WIRID INI JUGA DIBACA OLEH SUFI BESAR HAZRAT KHWAJA MU’INUDDIN CHISTI DIMALAM IANYA KEMBALI......
Pada malam Rejab 633 Hijrah sufi ini saperti biasa masuk ketempat khalwatnya selepas solat Isya. Beliau menutup pintu bilik itu dan memulakan amalannya.
Bacaan wirid inilah yang dibacanya tanpa henti. Beliau memberitahu murid muridnya jangan mengganggunya pada malam itu. Murid murid beliau berada jauh sedikit dari bilik khalwat guru mereka itu tetapi mereka mendengar bunyi bacaan yang luar biasa. Sampai subuh barulah bunyi bacaan itu berhenti tetapi Tuan Syeikh tidak keluar dari biliknya.
Akhirnya setelah lama menunggu mereka membuka pintu, alangkah terperanjatnya mereka Sheikh besar itu telah meninggal dunia. Ayat ayat berikut kelihatan bersinar pada dahinya :-
Hadha Habibullah ; Mata fi hubbillah
( Inilah Kekasih Allah; Mati Dalam Cinta Allah.)
KAMUS SUFI
ALAM ALAWI = Alam yang tinggi
ALAM SUFLI = Alam yang rendah
ALAM LAHUT = Takrif umum ialah suatu maqam / level dalam pengamalan tasauf sehingga dia lupa akan sesuatu , yang diingati hanyalah Allah.
Istilah istilah lain yang berkaitan/ nama nama lain Alam Lahut ialah , a'yan sabitah, ruh idhafi, adam syu-un zatiyah, zat ma'nawi, shuratul ilmi, haqiqat nyawa, gambaran insan.
ALAM ALAWI = Alam yang tinggi
ALAM SUFLI = Alam yang rendah
ALAM LAHUT = Takrif umum ialah suatu maqam / level dalam pengamalan tasauf sehingga dia lupa akan sesuatu , yang diingati hanyalah Allah.
Istilah istilah lain yang berkaitan/ nama nama lain Alam Lahut ialah , a'yan sabitah, ruh idhafi, adam syu-un zatiyah, zat ma'nawi, shuratul ilmi, haqiqat nyawa, gambaran insan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.