Sabtu, 4 Ogos 2018

14 Amalan Agar Disayangi Allah



Siapa yang tidak mahu dicintai Allah?
Cinta yang paling tinggi dan paling dicita-citakan. Setiap daripada kita mahu menjadi hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Berikut adalah beberapa amalan yang membawa kita kepada cinta-Nya. Namun tidaklah beerti amalan lain tidak berfungsi sedemikian. Cuma ini antaranya:
1. Mencontohi Rasulullah.
Ikutlah perkara yang dipesan Baginda S.A.W dan amalkanlah sunnahnya.
Allah berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, pasti Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’” (Surah Ali ‘Imran 3:31)

2. Menunaikan suruhan Allah. Baik yang wajib mahu pun amalan sunat. Serta meninggalkan semua larangannya.
3. Menjaga hubungan (terutamanya dengan ibu bapa, jiran, adik-beradik, kawan, saudara-mara, pasangan dan semua orang).
Dalam satu hadis Qudsi Allah berfirman: “Telah wajib cinta-Ku untuk sesiapa yang saling mengasihi, bergaul mesra, menziarahi dan menanggung keperluan kerana-Ku.” (Hadis riwayat Malik)
4. Sentiasa bertaubat. Allah sangat suka dengan mereka yang bertaubat.
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa menyucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)
5. Mencintai dan menziarahi orang lain kerana Allah.
6. Takut buat kerosakan. Seperti buang sampah merata-rata misalnya.
“Dan Allah tidak suka orang yang melakukan kerosakan.” (Surah Al-Ma’idah 5:64)

7. Bersyukur dengan nikmat, bersabar dengan ujian.

Bersyukur dengan semua nikmat yang kita perolehi. Sikap ini bukan saja dituntut, malah jika kita bersyukur, banyak lagi nikmat lain yang akan diperolehi, insyaAllah.
Dan kita perlu bersabar di atas musibah dan ujian yang menimpa. Perlu yakin dan redha akan hikmahnya. Yakin ada perkara yang lebih baik menanti kita dan hidup tetap perlu diteruskan.
“Allah sentiasa menyayangi orang yang sabar.” (Surah Ali ‘Imran 3:146)
8. Merendah diri dengan orang lain.
9. Tidak mudah mengeluh.
10. Menjauhi sifat mazmumah.
11. Tidak terleka dengan duniawi.
12. Sesungguhnya Allah mengasihi mereka yang berlaku adil. Jadi berlaku adillah, walaupun terhadap perkara yang kita tak suka.
13. Membaca al-Quran, banyakkan zikir.
14. Memaafkan orang.
Serta banyak lagi yang boleh kita amalkan, untuk menjadi hamba-Nya yang dikasihi.

Doa Rasulullah SAW untuk memohon cinta-Nya

الّلهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْأَعْمَالَ الّذِي يُبَلِّغُنِى حُبَّكَ.
“Ya Allah, aku memohon kecintaan-Mu, dan kecintaan orang yang mencintai-Mu dan kecintaan terhadap sebarang amalan yang membawa aku kepada cinta-Mu.” (Riwayat al-Tirmizi)
Amalkanlah selalu. Selain daripada ini banyak lagi amalan yang boleh diamalkan jika kita rajin menuntut ilmu.
Moga kita semua dipermudahkan serta istiqamah dalam usaha untuk memperoleh cinta dan redha-Nya. InsyaAllah.

































 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.