Oleh Haniff Nasir • 11 Jan 2018 • 5 min baca
Dalam kehidupan seharian, kita memerlukan beberapa perkara untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan. Contohnya: tenaga, kesihatan, kasih sayang, masa, kewangan dan ketenangan.
Beberapa perkara ini umum dikenali sebagai rezeki. Rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T dan setiap manusia memiliki rezeki yang tersendiri.
Rezeki masing-masing bersifat ekslusif dan tidak sama dengan orang lain. Ada kalanya kita berkehendak untuk melakukan sesuatu, tetapi terhalang kerana kesakitan, kesempitan masa, kekurangan tenaga atau harta benda dan juga kehilangan orang yang disayangi.
Kita digalakkan untuk berusaha bersungguh-sungguh dan bersegera melakukan kebaikan, serta menjauhi segala kejahatan.
Maka, ada beberapa perkara yang disarankan di dalam Islam, apabila dilakukan secara berterusan (istiqamah), Insha Allah akan dipermudah urusan, seterusnya dimurahkan rezeki ke atasnya. Lima cara mudah untuk murah rezeki adalah;
Allah menjanjikan keberkatan dan rahmat ke atas hamba-Nya yang memuliakan waktu Dhuha sebagaimana yang tertulis di dalam kitab suci-Nya;
Rasulullah S.A.W menerangkan kelebihan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh adalah lebih bermakna daripada dunia dan seluruh isinya.
Maka, sebaik-baik waktu untuk berdoa untuk keberkatan dan kurniaan rezeki adalah pada dua ketika; sebelum solat Subuh dan pada waktu Dhuha.
Bersedekah itu tidak akan sesekali mengurangi harta kita, bahkan menambah dan memberkati apa yang kita miliki.
Allah menyukai hamba-Nya yang bersedekah ke jalan kebaikan. Bahkan, Allah akan mengurniakan rahmat kepada mereka yang bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Cara terbaik untuk bersedekah adalah dengan menyumbang sedikit wang kepada badan kebajikan yang berkelayakan, atau kepada golongan fakir miskin.
Memberi sumbangan kepada pihak masjid atau surau juga merupakan salah satu cara untuk bersedekah.
Bahkan, sebaik-baik sedekah itu adalah apabila ia dilakukan secara tersembunyi dan diam, bukannya secara terang-terangan dan mengumumkan kepada khalayak ramai supaya hati kita tidak dipengaruhi oleh sifat mazmumah untuk melihatkan kepada orang lain (riya’).
Begitu juga suami kepada isteri dan anak-anaknya. Tidak dilupakan juga, kepada adik-beradik dan keluarga. Jika berkemampuan, kepada saudara mara dan jiran tetangga juga.
Bantuan yang diberikan kepada mereka tidak semestinya berbentuk kewangan, sebagaimana yang disangkakan orang ramai.
Menyumbang tenaga dan masa bersama mereka juga dianggap sebagai salah satu bantuan yang harus diberikan, jika berkemampuan.
Apa sahaja yang dilakukan kepada mereka, sehingga mereka berasa senang hati dan bergembira atas penglibatan kita, sudah memadai untuk dikira sebagai satu sumbangan.
Salah satu sifat terpuji seorang Mukmin adalah hati dan jiwanya sentiasa suka bantu membantu antara sesama Muslim, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran atau habuan.
Nabi Muhammad S.A.W telah memberitahu tentang kelebihan membantu orang lain melalui hadis Baginda. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah S.A.W bersabda:
Surah ini dinamakan al-Waqiah kerana perkataan ‘al-Waqiah’ yang bermaksud kiamat, berada di dalam ayat pertama surah ini. Daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
Kesimpulan
Harus diingatkan bahawa setiap cara yang dijelaskan di atas merupakan ikthiar dan usaha kita, yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan, kerana Allah S.W.T.
Pendek kata, berniatlah melakukan perkara di atas dengan lafaz: ‘… kerana Allah Ta’ala’.
Allah berkehendak untuk memberikan sesuatu kepada hamba-Nya, sama ada secara jelas atau tersembunyi. Rezeki itu milik-Nya.
Ketahuilah segala apa yang kita miliki harta, masa, kesihatan, kasih sayang dan kudrat badan, adalah dengan izin-Nya bertujuan untuk melakukan ibadah kepada-Nya.
Moga dengan azam dan kecekalan kita membuktikan kemampuan kita dalam sesuatu perkara, menjadikan Allah mudah memberikan rezeki kepada kita.
Beberapa perkara ini umum dikenali sebagai rezeki. Rezeki itu datangnya daripada Allah S.W.T dan setiap manusia memiliki rezeki yang tersendiri.
Rezeki masing-masing bersifat ekslusif dan tidak sama dengan orang lain. Ada kalanya kita berkehendak untuk melakukan sesuatu, tetapi terhalang kerana kesakitan, kesempitan masa, kekurangan tenaga atau harta benda dan juga kehilangan orang yang disayangi.
Kita digalakkan untuk berusaha bersungguh-sungguh dan bersegera melakukan kebaikan, serta menjauhi segala kejahatan.
Maka, ada beberapa perkara yang disarankan di dalam Islam, apabila dilakukan secara berterusan (istiqamah), Insha Allah akan dipermudah urusan, seterusnya dimurahkan rezeki ke atasnya. Lima cara mudah untuk murah rezeki adalah;
#1 – Solat Dhuha
Solat Dhuha adalah solat sunat dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha, iaitu lebih kurang 20 minit selepas waktu Syuruk (naik matahari) sehingga lebih kurang 20 minit sebelum Zohor. Rasulullah S.A.W bersabda“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” H.R Muslim, berdasarkan kitab Riyahd as-Salihin, karya Imam an-NawawiImam Nawawi menghuraikan masa tersebut adalah ketika berlalunya satu perempat tempoh siang hari, sekitar jam 10 pagi sehingga 1 petang.
Allah menjanjikan keberkatan dan rahmat ke atas hamba-Nya yang memuliakan waktu Dhuha sebagaimana yang tertulis di dalam kitab suci-Nya;
“Demi (waktu) Dhuha!” Surah ad-Dhuha, QS 93:1Tidak ramai yang tahu bahawa kunci rezeki seseorang manusia itu hadir pada awal pagi, iaitu sebelum solat Subuh.
Rasulullah S.A.W menerangkan kelebihan solat sunat dua rakaat sebelum Subuh adalah lebih bermakna daripada dunia dan seluruh isinya.
Maka, sebaik-baik waktu untuk berdoa untuk keberkatan dan kurniaan rezeki adalah pada dua ketika; sebelum solat Subuh dan pada waktu Dhuha.
#2 – Bersedekah
Allah Maha Pemberi Rezeki (ar-Razzaq). Beberapa ayat di dalam al-Quran telah menjelaskan kelebihan bersedekah antaranya; meringankan beban orang lain, mendidik diri bersifat bersyukur, menyucikan harta kita, serta sebagai tanda menghargai rezeki yang diberikan oleh Allah kepada kita.Bersedekah itu tidak akan sesekali mengurangi harta kita, bahkan menambah dan memberkati apa yang kita miliki.
Allah menyukai hamba-Nya yang bersedekah ke jalan kebaikan. Bahkan, Allah akan mengurniakan rahmat kepada mereka yang bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Cara terbaik untuk bersedekah adalah dengan menyumbang sedikit wang kepada badan kebajikan yang berkelayakan, atau kepada golongan fakir miskin.
Memberi sumbangan kepada pihak masjid atau surau juga merupakan salah satu cara untuk bersedekah.
Bahkan, sebaik-baik sedekah itu adalah apabila ia dilakukan secara tersembunyi dan diam, bukannya secara terang-terangan dan mengumumkan kepada khalayak ramai supaya hati kita tidak dipengaruhi oleh sifat mazmumah untuk melihatkan kepada orang lain (riya’).
#3 – Menyumbang Kepada Orang Yang Disayangi
Salah satu tanggungjawab seorang anak adalah membantu dan menolong kedua ibu bapanya. Antara caranya adalah dengan memberi sumbangan secara ikhlas kepada mereka, tanpa mengharapkan balasan.Begitu juga suami kepada isteri dan anak-anaknya. Tidak dilupakan juga, kepada adik-beradik dan keluarga. Jika berkemampuan, kepada saudara mara dan jiran tetangga juga.
Bantuan yang diberikan kepada mereka tidak semestinya berbentuk kewangan, sebagaimana yang disangkakan orang ramai.
Menyumbang tenaga dan masa bersama mereka juga dianggap sebagai salah satu bantuan yang harus diberikan, jika berkemampuan.
Apa sahaja yang dilakukan kepada mereka, sehingga mereka berasa senang hati dan bergembira atas penglibatan kita, sudah memadai untuk dikira sebagai satu sumbangan.
#4 – Membantu Orang Lain
Sama seperti konsep nombor 3 di atas, apabila kita membantu orang lain, sebenarnya kita membantu diri sendiri.Salah satu sifat terpuji seorang Mukmin adalah hati dan jiwanya sentiasa suka bantu membantu antara sesama Muslim, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran atau habuan.
Nabi Muhammad S.A.W telah memberitahu tentang kelebihan membantu orang lain melalui hadis Baginda. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, nescaya Allah akan mempermudah urusannya di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolong hamba-Nya selama mana hamba-Nya itu suka menolong saudaranya (yakni sesama Muslim)” H.R Muslim, berdasarkan Hadith ke-36 dalam Hadith Empat Puluh (Hadith Arba’in)Ringkasnya, apabila kita membantu seseorang, Allah akan membantu kita dalam urusan di dunia dan di akhirat.
#5 – Membaca Surah Al-Waqiah
Surah al-Waqiah adalah surah yang ke-56 di dalam al-Quran, terletak pada juzu’ ke-27 dan terdiri daripada 96 ayat.Surah ini dinamakan al-Waqiah kerana perkataan ‘al-Waqiah’ yang bermaksud kiamat, berada di dalam ayat pertama surah ini. Daripada Ibnu Mas’ud RA, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:
“Barangsiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” H.R al-BaihaqiDengan mengamalkan bacaan surah ini selepas solat Maghrib, pasti akan dipermudah urusan kita.
Kesimpulan
Harus diingatkan bahawa setiap cara yang dijelaskan di atas merupakan ikthiar dan usaha kita, yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan berterusan, kerana Allah S.W.T.
Pendek kata, berniatlah melakukan perkara di atas dengan lafaz: ‘… kerana Allah Ta’ala’.
Allah berkehendak untuk memberikan sesuatu kepada hamba-Nya, sama ada secara jelas atau tersembunyi. Rezeki itu milik-Nya.
Ketahuilah segala apa yang kita miliki harta, masa, kesihatan, kasih sayang dan kudrat badan, adalah dengan izin-Nya bertujuan untuk melakukan ibadah kepada-Nya.
Moga dengan azam dan kecekalan kita membuktikan kemampuan kita dalam sesuatu perkara, menjadikan Allah mudah memberikan rezeki kepada kita.
Kongsikan Artikel Ini
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.