Rabu, 15 Ogos 2018

Amalan Untuk Murah Rezeki ❤


1) Memperbanyakkan Beristighfar

Nabi Nuh berkata kepada kaumnya,
Firman ALLAH SWT MAKSUDNYA :

 “MOHONLAH AMPUN KEPADA RABB KALIAN, SESUNGGUHNYA DIA ADALAH MAHA PENGAMPUN, NESCAYA DIA AKAN MENGIRIMKAN HUJAN KEPADAMU DENGAN LEBAT (MELIMPAH RUAH MEMBAWA KEBAIKAN), DAN MEMBANYAKKAN HARTA DAN ANAK-ANAKMU, DAN MENGADAKAN UNTUKMU KEBUN-KEBUN DAN MENGADAKAN (PULA DI DALAMNYA) UNTUKMU SUNGAI-SUNGAI (YANG PENUH DENGAN KEBAIKAN DAN MANFAAT).” (SURAH NUH AYAT 10 – 12)
.
Sabda Nabi S.A.W,

"BARANGSIAPA MEMPERBANYAK ISTIGHFAR MAKA ALLAH AKAN MENGHAPUSKAN SEGALA KEDUKAANNYA, MENYELESAIKAN SEGALA MASALAHNYA DAN MEMBERINYA REZEKI DARI ARAH YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA. (RIWAYAT AHMAD, ABU DAUD, AN-NASA’I, IBNU MAJAH DAN AL-HAKIM DARI ABDULLAH BIN ABBAS R.A)

2) Ibadah Kepada Allah Tidak Ditinggalkan

Pastikan solat 5 waktu tidak ditinggalkan dan disempurnakan sebaiknya. Jika mampu berjemaah secara konsisten di masjid.
Firman Allah SWT dalam hadis qudsi yg maksudnya :

“WAHAI ANAK ADAM, SEMPATKANLAH UNTUK MENYEMBAHKU NESCAYA AKU MEMBUAT HATIMU KAYA DAN MENUTUP KEFAKIRANMU”. (Hr AHMAD, TIRMIZI, IBNU MAJAH, DAN AL-HAKIM DARI ABU HURAIRAH R.A)

3) Hindari Dosa
Ini amalan untuk murah rezeki yang kita perlu ingat sentiasa. Beristighfar sahaja tidak mencukupi bahkan kita kena jauhi segala dosa dan maksiat daripada diri kita.

Nabi SAW bersabda maksudnya :

“TIDAK BERTAMBAH UMUR SESEORANG KECUALI JIKA DIA MELAKUKAN KEBAIKAN, DAN TIDAK AKAN DITOLAK QADAR ALLAH (IAITU QADAR AL-MU’ALLAQ) KECUALI MELALUI DOA, DAN SESUNGGUHNYA SESEORANG ITU DITAHAN REZEKINYA DISEBABKAN DOSA-DOSA YANG SENTIASA DILAKUKANNYA” ( Hr IBN MAJAH, AHMAD HADIS HASAN)

4) Berbuat Baik Dan Sentiasa Mendoakan Ibu Bapa

Janganlah hanya kerana kita dalam kesempitan baru terdetik dalam hati untuk berbakti kepada kedua ibu bapa kita. Ingat mereka adalah ibu ayah kita yang telah banyak membesarkan kita maka berdoalah agar diberikan kebaikan kepada diri mereka.

Sabda Rasulullah SAW lagi yg bermaksud :

“APABILA HAMBA ITU meninggalkan berdoa KEPADA KEDUA ORANG TUANYA NESCAYA TERPUTUSLAH REZEKI (ALLAH ) DARIPADANYA.” (RIWAYAT AL-HAKIM DAN AD-DAILAMI)

5) Doa Murah Rezeki Sepertimana Yg Dibaca Oleh Rasulullah Kepada Anas Bin Malik

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya.
Jika anda mahu baca doa ini pada diri anda sendiri atau kepada perempuan sila gantikan dhomir yg bersesuaian.

6) Banyakkan Bersedekah

Amalan bersedekah ini merupakan antara keajaiban yg Allah berikan kepada mereka yg bersedekah. Mereka yg bersedekah harta mereka tidak berkurangan bahkan harta mereka semakin bertambah. Tetapi ikhlaskan niat kita sewaktu hendak menghulurkan sedekah, jangan kita mengharapkan apa-apa balasan.
Mungkin kita merasakan harta kita tidak bertambah tetapi sekurang-kurangnya amalan ini menyebabkan kita rasa kaya dalam jiwa kita.

“PERUMPAMAAN (NAFKAH YANG DIKELUARKAN OLEH) ORANG-ORANG YANG MENAFKAHKAN HARTANYA DI JALAN ALLAH ADALAH SERUPA DENGAN SEBUTIR BENIH YANG MENUMBUHKAN 7 BULIR, PADA TIAP-TIAP BULIR 100 BIJI. ALLAH MELIPAT GANDAKAN (GANJARAN) BAGI SIAPA YG DIA KEHENDAKI. DAN ALLAH MAHA LUAS (KARUNIA-NYA) LAGI MAHA MENGETAHUI.” (AL BAQARAH: 261)

7) Membantu Mereka Yg Lemah

Bantulah mereka yg lebih lemah daripada kita seperti orang sakit, fakir miskin, orang kurang upaya, orang tua dan lain-lain lagi. Ini kerana sabda nabi yg berbunyi

“TIDAKLAH KAMU DIBERI PERTOLONGAN DAN DIBERI REZEKI MELAINKAN KERANA ORANG-ORANG LEMAH DI KALANGAN KAMU.” (Hr BUKHARI)

Nabi SAW bersabda maksudnya,

“CARILAH UNTUKKU orang2 yg lemah KERANA HANYA KITA DIBERI REZEKI DAN DIBANTU SEBAB ORANG-ORANG LEMAH DARI KALANGAN KAMU.” (Hr AHMAD, MUSLIM, IBNU HIBBAN, AL HAKIM)

8) Memudahkan Urusan Orang Lain Atau Menunaikan Hajat Mereka

Apabila kita memudahkan urusan orang lain insyallah Allah akan mudahkan pula urusan kita, dan apabila kita menunaikan hajat orang lain insyallah akan kabulkan pula hajat kita. Sabda Rasulullah yg bermaksud

“Siapa yg menunaikan hajat saudaranya MAKA ALLAH AKAN MENUNAIKAN HAJATNYA…” (Hr MUSLIM)

9) Mempertautkan Silaturahim Sesama Manusia

Bagi mereka yg berniaga istilah networking sesama peniaga lain sudah tidak asing lagi. Semakin besar networking kita semakin besar juga peluang-peluang perniagaan dapat diwujudkan.

Nabi SAW bersabda:

“BARANG SIAPA INGIN DILAPANGKAN REZEKINYA DAN DILAMBATKAN AJALNYA MAKA HENDAKLAH DIA menghubungi sanak saudaranya (MENJALINI SILATURAHIM)” (Hr BUKHARI)

10) Muliakan Tetamu Yg Bertandang

Apabila ada tetamu yg berhajat untuk datang menziarahi kita alu-alukanlah mereka. Dan muliakanlah mereka apabila mereka sudah hadir dan berikan layanan sebaik mungkin.

Nabi SAW berwasiat kepada Saidina Ali,

“WAHAI ALI ! ANJURKANLAH berbuat baik KEPADA MEREKA YANG SEDANG CERIA WAJAHNYA. Dan hormatilah tetamu SEBAB REZEKI TETAMU YANG SINGGAH KERUMAH SESAORANG PUN IKUT SINGGAH DI SITU. DAN KALAU IA MENINGGALKAN RUMAH ITU, dosa PENGHUNI RUMAH ITU lenyap BERSAMA KEPERGIAN TETAMU TERSEBUT. LALU TERHAPUSLAH DOSA-DOSA ITU JAUH DITENGAH LAUTAN.”

11) Solat Dhuha

Apabila bercakap tentang amalan untuk murah rezeki mesti orang akan sentiasa berpesan untuk melazimi solat dhuha. Firman Allah SWT dalam hadis qudsi,
.
“WAHAI ANAK ADAM, JANGAN SEKALI-KALI ENGKAU MALAS MENGERJAKAN 4 RAKAAT PADA WAKTU PERMULAAN SIANG (SOLAT DHUHA), NANTI PASTI AKAN AKU CUKUPKAN KEPERLUANMU PADA PETANG HARINYA.” (Hr AL-HAKIM DAN THABRANI)

12) Sentiasa Bersyukur

Bersyukur apabila kita mendapat rezeki dan nikmat bukanlah perkara mudah kerana kita lebih mudah mengingati Allah apabila dalam kesusahan.

Firman Allah SWT,

“DEMI SESUNGGUHNYA! JIKA KAMU BERSYUKUR, NESCAYA AKU tambahi NIKMAT-KU KEPADAMU, DAN DEMI SESUNGGUHNYA JIKA KAMU KUFUR, SESUNGGUHNYA AZAB-KU AMAT KERAS.” (IBRAHIM : 7)

13) Tidak Putus Berdoa Kepada Allah

Tidak kira sesempit mana keadaan kita jangalah berputus asa berdoa kepada Allah. Kadangkala Allah sengaja melambatkan doa kita dikabulkan sebab dia nak tengok sejauh mana kesungguhan kita dan Allah juga suka mendengar doa daripada hambaNya.

Pada suatu hari Rasulullah SAW masuk ke masjid lalu terserempak seorang yang dipanggil Abu Umamah. Rasulullah SAW bersabda kepadanya:

“Wahai Abu Umamah, aku lihat engkau duduk di masjid bukan pada waktu solat, kenapa?”

Jawab Abu Umamah: “Dukacita dan hutang menyelubungiku, wahai Rasulullah!”

Jawab Rasulullah saw:

“Mahukah kamu aku ajarkan suatu bacaan jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.”

Abu Umamah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah.”

Baginda bersabda: “Apabila tiba waktu pagi dan petang bacalah:

“Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih; aku berlindung denganMu daripada lemah dan malas; aku berlindung denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung denganMu daripada bebanan hutang dan penindasan orang.”

Kata Abu Umamah:

“Aku membaca doa tersebut, lalu Allah menghilangkan rasa dukacitaku dan melangsaikan hutangku.”
(Hr Abu Daud daripada Abu Said al-Khudri)

14) Bertawakal Kepada Allah

Amalan untuk murah rezeki yg terakhir selepas kita penat berusaha adalah dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah.

Firman Allah swt;

“Barangsiapa bertawakal KEPADA ALLAH , NESCAYA ALLAH mencukupkan (KEPERLUANNYA).” (AT-THALAQ: 3)

Pesanan kami kesemua amalan ini perlu diiringi dengan usaha yg bersungguh-sungguh, tidak bermakna bila kita dah amalkan maka kita boleh sambil lewa sahaja dalam pekerjaan kita. Dan kita perlu faham rezeki itu bukan dalam bentuk wang sahaja.

SELAMAT BERAMAL 😊

#InshaAllah

Assalamua'laikum ❤


























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.