Khamis, 16 Ogos 2018

Rahsia Resepi Berjaya Dalam Kehidupan




Saya pasti setiap orang kat dunia ni mesti nak berjaya dalam hidup dia. Tak kisahlah apa yang mereka lakukan, mereka tetap ingin berjaya walaupun sebagai seorang tukang cleaner.
Skop kejayaan ini bukanlah semata-mata hanya untuk orang yang nak kaya aje. Tak guna kalau kaya tapi tak ada kebahagian dalam hidup. Tak guna kalau berjaya di dunia tapi di akhirat sana melingkup.
Oleh tu, untuk berjaya kena ada resepinya. Haa.. Setiap orang yang berjaya ada resepi kejayaan mereka yang tersendiri. Macam resepi masak tomyam. Ada orang resepi nya letak limau, ada orang resepinya letak lemon, dan macam-macam lagi. Resepi ni lah sebenarnya rahsia kejayaan mereka.
Justeru, saya rasa terpanggil nak kongsikan kepada anda semua tentang resepi rahsia kejayaan dalam kehidupan. Bukan sekadar dalam kehidupan saya, tapi juga saya melihat kepada kejayaan insan-insan di sekeliling saya. Saya ni jenis suka perhatikan orang. Haa.. Jaga-jaga, mungkin anda juga orang yang saya sedang perhatikan. Ha Ha Ha..

Rahsia 1: Kenalpasti Impian Anda

Resepi pertama untuk anda jadi orang yang berjaya adalah anda kenalah kenalpasti apakah impian anda. Seeloknya biarlah impian anda tu adalah sesuatu yang relevan dan boleh dicapai. Jangan pula letakkan impian yang mustahil dicapai macam nak jadi superman ke, power rangers ke. Ni contoh je..
Bukan apa, kadang-kadang ada aje orang kita ni main letak impian yang tak realistik. Sebab tu sampai ke sudah mereka tak dapat nak capai impian mereka tu. Kalau boleh, janganlah pula impian anda tu diperam lama sangat. Biar ia sentiasa refresh supaya barulah anda pun turut rasa bersemangat untuk capai impian anda.
Kalau anda kata nak ada kereta sendiri atau rumah sendiri, ia bukanlah mustahil. Cuma mungkin perjalanan untuk sampai tu lambat sedikit. Lihat kepada usaha yang anda lakukan lah. Apa pun, kenalpasti impian anda inilah yang paling utama sekali anda kena letakkan sebab kalau anda tak tahu apa impian anda, bagaimana diri anda nak bantu anda capai target tersebut?
Orang yang tak ada target dengan orang yang ada target perjalanan untuk berjaya tu nampak jauh beza tau. Orang yang dah ada target, dia tahu apa yang dia nak, dan secara automatik dia akan lakukan apa yang perlu ke arah tersebut.

Rahsia 2: 'Reminder' Impian Anda Setiap Hari

Rahsia resepi kedua pula ialah anda kena selalu 'reminder' akan impian anda setiap hari. Benda ni memang perlu supaya anda tidak hilang fokus. Untuk berjaya, anda kenalah sentiasa fokus dengan impian anda. Tapi untuk dapatkan fokus, anda kena selalu ingat tentang impian anda.
Sekiranya anda tidak mengingati impian anda, maka anda sudah tidak meletakkan fokus pada impian anda untuk setiap tingkah laku yang anda lakukan. Senang kata, bila tak fokus anda tak buat apa yang perlu untuk capai impian anda. Kiranya anda tidak memberikan komitmen untuk capai impian anda pun.
Ada macam-macam cara yang anda boleh gunakan untuk reminder impian anda seperti setiap pagi anda tuliskan impian anda di dalam sebuah buku atau dalam ruang nota telefon pintar anda. Tak pun, anda juga boleh set kan alarm dalam telefon anda untuk remind impian anda. Automatik tiap pagi anda akan baca apa impian anda.
Cubalah lakukan perkara ini. Saya pasti anda tidak akan lari daripada impian anda dan anda sendiri akan rasa kagum melihat keberkesanannya.

Rahsia 3: Tingkatkan Motivasi Diri

Selain itu, anda juga boleh tambahkan resepi ketiga ini iaitu dengan meningkatkan motivasi diri, anda juga sudah semakin melangkah ke arah kejayaan. Nak tahu sebab apa anda kena motivasikan diri?
Sebagai manusia, kita ni insan yang lemah. Kadang-kadang kita ni mudah aje give up. Sebab tu kita kena ada sesuatu yang boleh memotivasikan diri kita sekali gus meningkatkan semangat untuk terus berjaya.
Anda boleh baca kisah-kisah kejayaan orang lain untuk meningkatkan inspirasi anda untuk berjaya juga. Atau pun, anda kenalah duduk dalam circle orang yang berjaya. Haa.. kalau anda boleh berada dalam kalangan orang-orang berjaya, aura dia orang ni kuat tau. Silap hari bulan, anda pun boleh jadi seperti mereka.
Bak kata orang, cas positif. Jika kita kelilingi diri kita dengan cas positif, maka positif lah kita. Tapi kalau keliling penuh dengan cas negatif, dari positif boleh jadi negatif tau. Oleh sebab itu, pemilihan kawan sangat penting. Kawan yang baik akan membawa kita ke arah yang lebih baik.
Semua ni anda boleh gunakan untuk tingkatkan motivasi diri anda. Anda cubalah mana-mana pun cara asalkan ianya mampu meningkatkan motivasi diri anda. Semoga dengan bermotivasinya diri anda, semangat anda untuk berjaya juga berkobar-kobar.

Rahsia 4: Tidak Mengenal Erti Kegagalan

Untuk mencapai kejayaan, anda kenalah mempunyai hati yang kental dan tidak mengenal erti kegagalan. Sudah lumrah manusia, untuk berjaya memang kegagalan adalah cabarannya. Namun, jangan pernah mudah berputus asa atau mengalah dengan kegagalan tersebut. Tapi anggaplah ia sebagai pemangkin semangat anda untuk terus berjaya.
Anda ingat tak kisah Thomas Edison yang mencipta mentol? Beliau telah gagal sebanyak 9.998 kali untuk mencipta mentol, namun beliau tidak pernah kenal erti kegagalan. Akhirnya beliau tetap berjaya mencipta mentol. Haa.. Jadikan kisah ini sebagai penguat semangat anda jika anda berhadapan dengan kegagalan.
Hanya orang yang bangun semula selepas terjatuh akan berjaya. Jadi, jadikan diri anda sebagai salah seorang yang berjaya walapun menempuhi kegagalan pada awalnya.

Rahsia 5: Yakin, Usaha & Positif

Selain anda tidak mengenal erti kegagalan, anda juga kena masukkan resepi yang kelima ini iaitu yakin, usaha dan positif. Sekiranya anda tidak ada resepi rahsia yang ini, mungkin kisah kejayaan anda tidak akan tercipta. Untuk berjaya anda perlu yakin dengan diri anda. Bahkan, anda juga perlu meletakkan usaha yang tinggi di dalamnya.
Bukankah kata pepatah juga mengatakan 'usaha tangga kejayaan'? Haa.. Jadi anda kenalah usaha lebih. Cuba sedaya upaya dan sehabis mungkin untuk anda berikan usaha anda. Buat yang terbaik. Ia sama aje macam anda nak duduki peperiksaan. Kalau anda tak berusaha untuk ulangkaji atau buat latihan, mustahil untuk anda dapatkan keputusan yang bagus kan?
Melainkan otak anda ni jenis genius macam Adi Putra. Tapi kebanyakan kita memang hanya biasa-biasa. Jadi kenalah berikan usaha yang lebih untuk jadi luar biasa. Selain usaha, anda juga harus berfikiran positif dengan apa yang berlaku. Ketiga-tiga elemen ini jika digabungkan memang menjadikan kejayaan anda suatu yng indah di kemudian hari.

Rahsia 6: Sentiasa Perbaiki Diri

Anda juga harus sentiasa perbaiki diri sendiri. Ini adalah rahsia resepi untuk berjaya yang seterusnya. Sudah tentu dalam melakukan sesuatu mungkin kita ada tersalah langkah, tapi cuba anda renung kembali dan perbaiki lagi di mana kah salah dan silapnya.
Ambil satu masa untuk anda muhasabah diri anda. Cari di mana kelemahan anda, dan kemudian cuba untuk cari apakah jalan penyelesaian untuk perbaiki masalah tersebut. Apabila anda sentiasa memperbaiki diri anda, secara tidak langsung anda juga memperbaiki landasan anda untuk terus berjaya.
Begitu juga jika anda orang lain memberikan kritikan atau teguran yang membina. Ambil teguran tersebut, kaji dan perbaiki diri anda kerana mungkin anda tidak nampak di mana salah anda dan ada orang lain yang lihat apakah silap anda.

Rahsia 7: Berdoa & Bertawakal Kepada Allah

Sekiranya anda sudah mempunyai kesemua rahsia resepi untuk berjaya seperti yang saya sebutkan di atas tadi, jangan tertinggal satu lagi resepi paling besar ini untuk berjaya iaitu berdoa dan bertawakal kepada Allah.
Mungkin ada yang memandang remeh soal ini. Tapi sebenarnya jika anda pandai menggunakannya ia memang akan memberikan ganjaran yang anda sendiri tidak terduga.
Sekiranya anda berdoa dan betul-betul berserah kepadaNya, anda akan perasan yang jalan anda untuk berjaya dipermudahkan. Segalanya berjalan dengan lancar. Namun, jika sekiranya ada dugaan dan halangan yang mendatang, ia bukanlah sebagai pematah semangat anda. Tapi fikirkan hikmah yang besar disebaiknya.
Saya sangat yakin dengan kuasa Doa dan Tawakal ini. Iniah resepi terbesar untuk anda berjaya. Tanpanya, tidak guna anda berusaha bersungguh-sungguh.

Bertindaklah sekarang!

Apa anda tunggu lagi? Saya dah kongsikan rahsia resepi untuk berjaya. Cepat-cepat setkan matlamat dan impian anda. Mulakan sekarang kerana masih belum terlambat lagi untuk anda melakukannya.
Jika orang lain boleh berjaya, mengapa tidak anda??
Kejarlah impian anda dengan langkah yang betul.
Saya doakan agar anda semua berjaya suatu hari nanti...
Please follow and like us:






























































































 
 




 
 
 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.