Rabu, 22 Ogos 2018

8 Cara Kreatif Untuk Anda Bersedekah

OLEH RIZAL ALHAJ  •  12 JUL 2018  •  2 MIN BACA
#1- Sabun Basuh Tangan Di Masjid
Ada kebanyakan masjid yang kita pergi, tidak disediakan sabun. Tandas pula kadang-kadang agak berbau sebab tiada pewangi.
Jadi ada baiknya kalau kita dapat belikan sabun dan juga pewangi. Kemudian letakkan di masjid yang berhampiran. Inshaa Allah, ramai yang dapat menggunakannya.

#2- Selipar Untuk Masjid

Kebanyakan masjid juga kekurangan selipar yang kita selalu guna untuk menggambil wuduk ataupun masuk ke tandas. Anda boleh menghadiahkan beberapa pasang selipar jepun dan letakkan di masjid.

#3- Simpan Syiling

Kita kumpul duit syiling, simpan dalam tabung tetapi setiap hari Jumaat kita keluarkan duit syiling tadi dan sedekahkan di Masjid atau kepada orang yang susah..

#4- Berikan Baki Bayaran

Paling mudah untuk bersedekah adalah ketika membeli sarapan pagi di gerai tepi jalan, baki bayaran RM1 – RM2 tu kita sedekahkan buat makcik atau pakcik yang berniaga tu.

#5- Kain Pelikat Dan Telekung

Sedekahkan kain pelikat dan telekung di surau shopping mall, surau stesen minyak dan hentian rehat. Semoga bermanfaat dapat digunakan bersama.
Disamping itu, boleh juga sedekahkan di masjid yang biasa kita kunjungi disamping memungut kain pelikat atau telekung yang telah kotor. Kita bawa pulang untuk basuh atau hantar dobi.

#6- Makanan Kucing

Walaupun kita tidak membela kucing, kita boleh membeli makanan kucing dalam pek yang kecil. Letakkan di dalam kereta dan jika kita kemana-mana dan terjumpa kucing berkeliaran, beri mereka makan. Kucing adalah makhluk kesayangan Rasulullah S.A.W.

#7- Kertas & Pen

Dimana-mana majlis ilmu samada ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid biasanya hadirin yang mendengar tidak membawa pen dan juga buku catatan.
Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 kemudian diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos yang tidak mahal tetapi memberi manfaat yang sangat besar.

#8- Surah Al-Fatihah

Sedekahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah S.A.W, para sahabat, isteri atau suami kita, kepada kedua ibubapa kita, para sahabat dan kenalan kita yang masih hidup dan yang telah meninggal dunia.
Bacakan juga Al-Fatihah untuk diri kita juga. Doakan yang baik-baik untuk setiap orang yang kita jumpa. Sedekah yang paling baik ialah apabila kita dapat memberikan sesuatu yang orang lain perlukan.



























 



 
 
 
 
 
 

KONGSIKAN ARTIKEL INI

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.