Ahad, 19 Ogos 2018

SURAH AL WAQIAH DAN DOA MURAH REZEKI



SURAH AL WAQIAH DAN DOA MURAH REZEKI 

Hari ni TB nak share kan doa-doa atau surah atau tips yang boleh kita amalkan untuk mendapat keberkatan dan rezeki yang murah dari Allah.. Disamping menjalani kehidupan seperti biasa, amalan-amalan ini juga perlu untuk memantapkan lagi iman kita selain bersolat dan membaca al-quran.. Hemm.. cakap pasal solat.. TB pun tak sempurna.. moga amalan membaca surah al-waqiah ini dapat kita selitkan doa untuk menjaga solat kita.. InsyaAllah.. 


Moga anak mama nanti jaga solat .. 



Apa-apa pun jom tengok amalan doa atau surah yang baik untuk kita amalkan.. dan kalau dapat tahu erti dan maknanya lagi bagus.. semoga bermanfaat buat kita semua.. 

Al-Waqiah Surah Kekayaan

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.
“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

TB selalu amalkan Sural alwaqiah ni setiap kali lepas Isyak.. dan TB yakin dengan membaca surah alWaqiah ini Allah akan dengar dan murahkan rezeki TB sekeluarga..


Insyaallah dengan mengamalkan surah al-Waqiah saban hari sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW, hidup kita akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dilimpahi kebahagiaan di dunia dan akhirat. 

Dengan izin Allah kita akan memperolehi rezeki yang melimpah ruah supaya kita berkesempatan melaksanakan amal jariah dan meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik.





jangan lupa doa ni juga..
Ayat Seribu Dinar, 
baca hari-hari selepas solat


dan juga gambar dibawah ni.. solat.. 
untuk rezeki datang dan takkan kurang ... 


--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Credit tengkubutang






























































TAJAAN PROGRAM DAN ANAK YATIM

Beri Sumbangan Anda Sekarang

Sumbangan berbentuk kewangan boleh dipanjangkan terus kepada akaun di bawah. Jika ada sebarang persoalan yang memerlukan penjelasan lanjut sila hubungi YATIM.
CIMB: Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia.
No Akaun: 80-0067644-2
AFFIN Bank: Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia.
No Akaun: 10-002-001290-7
*Sumbangan anda layak dikecualikan daripada taksiran cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), sila hubungi YATIM jika perlu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.