Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdul Rahman dengan berkata, telah berkata Abu Hurairah RA : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh kali." (Hadith riwayat Al-Bukhari, No. Hadith : 6307)
Matan hadith :
Matan hadith :
أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، قَالَ: قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: )وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً(
]صحيح البخاري, كتاب الدعوات , باب استغفار النبي صلى الله عليه وسلم في اليوم والليلة , رقم 6307[
Pengajaran Hadith :
- Asal perkataan غفر adalah ستر bermaksud menutup atau melindungi daripada dosa. Manakala mengucapkan istighfar adalah memohon keampunan dan pembebasan daripada dosa-dosa.
- Walaupun Rasulullah SAW adalah insan yang ma’sum (diampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang) Baginda senantiasa memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT sekurang-kurangnya sebanyak 70 kali setiap hari.
- Sebagai umat Baginda yang tidak sunyi daripada melakukan dosa sewajarnya sentiasa lebih banyak memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT pada setiap masa.
1. Kitab Sahih Al-Bukhari
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riayadus Salihin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.