Jumaat, 18 Januari 2019

Malu : Contoh Sifat Rasulullah SAW

 
Daripada  Abu Said al-Khudri RA katanya, “Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu mengatasi malunya seorang perawan di dalam bilik tidur bersama suaminya yang belum dikenalinya, apabila Baginda melihat sesuatu yang dibenci kami akan nampak muka Baginda berubah”.
 
 
Huraian Hadith: 
  1. Rasulullah SAW adalah contoh yang wajib diikuti oleh umatnya, kerana perbuatan, perkataan dan pengakuannya merupakan perkara yang dianjurkan oleh Islam.
  2. Setiap para nabi dan rasul yang diutuskan Allah adalah untuk melaksanakan kebaikan dan memerangi kemungkaran.
  3. Malu adalah sifat wanita yang asli. Kurangnya sifat malu pada golongan ini menunjukkan kiamat hampir berlaku.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.