Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Iman itu ada tujuh puluh lebih atau enam puluh lebih cabang. Yang paling utama adalah perkataan لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ (Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan-ganguan yang menyakitkan di jalanan. Sifat malu adalah sebahagian daripada iman."
(Hadith riwayat al-Bukhari, No. Hadith : 9 ,Muslim, No. Hadith : 35)
Matan hadith :
Matan hadith :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأذَى عَنْ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الإيمَانِ.متفق عليه.
]صحيح البخاري, كتاب الإيمان, باب أمور الإيمان, حديث رقم 9[
]صحيح مسلم , كتاب الإيمان , باب بيان عدد شعب الإيمان وأفضلها وأدناها وفضيلة الحياء وكونه من الإيمان, حديث رقم [35
Pengajaran hadith :
- Iman adalah terdiri daripada amalan hati, anggota badan dan lidah. Daripada keimanan juga akan terpancar sifat-sifat yang baik seperti sentiasa bersedekah, menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berdakwah kepada Allah SWT.
- Cabang iman yang paling utama adalah perkataan, لاَ إِلَهَ إِلا اللَّهُ (Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah), manakala sifat malu pula merupakan sebahagian daripada darjat-darjat iman.
- Sifat malu yang dimiiliki oleh orang beriman lahir apabila melihat kepada nikmat-nikmat yang telah dikurniakan Allah SWT kepadanya dan betapa dia merasakan dirinya amat sedikit dalam mensyukuri nikmat-nikmat tersebut.
Sumber rujukan :
1. Kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim serta syarahnya 2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin Li an-Nawawi
3. Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Miftahul Masabih Li Syeikh Ali Al-Qari
3. Kitab Mirqatul Mafatih Syarh Miftahul Masabih Li Syeikh Ali Al-Qari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.